#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

23 November 2011

tiada lagi mesej negatif


AADK sekali lagi menyertai pameran inovasi anjuran Kementerian Dalam Negeri hari ini di Auditorium D8.. Tema pameran kali ini adalah Transformasi Rawatan dan Pemulihan. Produk-produk yang dipamerkan adalah berkaitan Klinik Cure and Care 1Malaysia, Cure and Care Service Centre dan Caring Community House.











Pengunjung mengambil kesempatan menjadi rakan facebook rakan antidadah dan mengikuti perkembangan AADK melalui blog 






Lawatan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ke booth pameran Cure and Care telah diiringi oleh Tan Sri KSU, Pegawai-Pegawai Tinggi KDN dan Puan Sri Dato' Zuraidah Hj Mohamed, Ketua Pengarah AADK. 

YB Menteri Dalam Negeri telah mengucapkan tahniah terhadap pendekatan baru ini dan menyarankan agar AADK tidak lagi menggunakan kaedah menakutkan dalam meyampaikan mesej kesedaran kepada orang ramai. 

Menurut beliau, penglibatan sukarelawan perlu dipertingkatkan dan digunakan dalam menyampaikan maklumat dam mesej kesan dadah kepada kesihatan. Ini adalah perlu sebagai satu usaha yang positif ke arah menggalakkan golongan muda supaya terlibat dalam mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk menjalani kehidupan yang sihat...


Terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pameran ini termasuklah KPP(Penyelidikan), Pengarah C&C Sungai Besi,  Pengarah PUSPEN Dengkil, Bahagian Pengurusan dan Pegawai dan Kakitangan di Bahagian Pencegahan.










We Care, We Serve
Kami Prihatin, Kami Sedia Membantu




21 November 2011

Putrajaya Bergegar!!!!!!!










Pertandingan Kugiran Peringkat Kebangsaan anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan telah di adakan di Auditorium Blok D8, Putrajaya semalam dengan kehadiran penonton yang padat memenuhi auditorium.

Kumpulan band terdiri Dari 6 Kumpulan Dari seluruh negara berentap untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan.. Antara Kumpulan yang bertanding adalah Kumpulan Stranger(Penang), d'Putra (Besut), Eastern Oasis (Sg Ruan),Two Pillars(Melaka), C&C Band (Sg Besi) Dan Arca (Karangan).

Gelagat penyokong-penyokong setiap Kumpulan sangat sporting..riuh rendah auditorium D8 dengan sorakan dan jeritan para penyokong setiap band..

Malam tersebut juga di meriahkan dengan Persembahan artis-artis terkenal seperti Fina AF, Aris Ariwatan Dan Hattan. Juri yang mengadili pertandingan adalah Rahmat Mega Dan Edie Hamid.

Persembahan Aris Ariwatan disambut dengan sorakan dari penonton apabila Aris melaungkan Jauhi Dadah..

Jemputan VVIP yang turut menyerikan program tersebut adalah Tan Sri KSU Kementerian Dalam Negeri serta isteri dan Puan Sri Dato' Zuraidah Hj Mohamed.

Apapun semua yang hadir sangat terhibur dengan semua persembahan pada malam itu..
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

1. Persembahan Terbaik : C & C
2. Guitarist Terbaik : Arca
3.  Vocalist Terbaik : Eastern Oasis
4.  Johan Keseluruhan : C & C
5.  Naib Johan : Eastern Oasis
6. Tempat Ke tiga : Arca

Tahniah kepada semua !!!
Hidup terlalu indah untuk disiakan.. Let's Talk About Health, not Drugs...

24 October 2011

Chow Kit Berubah Wajah

Program  “Santai D' Chow Kit ; Indahnya Chow Kit di Masa Hadapan” telah diadakan di sekitar kawasan Chow Kit pada 24 dan 25 September 2011(Sabtu dan Ahad) yang lalu.

Program anjuran AADK  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama dua hari itu diadakan bertujuan meraikan klien-klien AADK, penduduk setempat,  rakan pintar  dan rakan  strategik AADK.


Pada hari Sabtu, pelbagai acara telah diadakan seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Chow Kit, mengecat, pertandingan Street Soccer, sepak raga, kreativiti merdeka, menganyam ketupat, membaca sajak dan  pertandingan  karaoke peringkat pegawai dan klien AADK.













































Acara kemuncak pada hari kedua, dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg Puan Seri Dato' Zuraidah Hj Mohamed, Ketua Pengarah AADK ke majlis tersebut. Ketibaan beliau telah disambut oleh pegawai-pegawai dan klien AADK.










Dianggarkan  seramai lebih 5000 orang  telah  membanjiri Lorong Haji Taib 3 seawal jam 9.00 pagi.





Artis-artis popular  tanahair seperti Hattan, Zamani, Radhi OAG dan Farina AF  turut hadir bagi menghiburkan pengunjung  program Santai D' Chow Kit.





Kemeriahan program tersebut  turut dihangatkan dengan aktiviti senamtari  yang disertai oleh semua pengunjung yang hadir.





Program “Santai D' Chow Kit ; Indahnya Chow Kit di Masa Hadapan”   berakhir pada jam 4.45 petang.




Tahniah warga AADK WPKL dan CCSC Chow Kit!!!

We Care, We Serve
Kami Perihatin, Kami Sedia Membantu

Berita disediakan oleh:
Basharudin dan Shahkhairul
Cawangan Kesedaran Awam
Bahagian Pencegahan, AADK

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya