#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

04 March 2011

Cure & Care


pencegahan bermula di rumah

Masalah dadah memang masalah seantero dunia. Sebut saja negara mana yang tiada masalah dadah? Jauh dan seceruk mana sekalipun, pasti penagihan dadah adalah salah satu masalah sosial yang melanda dalam komuniti mereka. Bhutan, Vietnam, Laos, Afghanistan, Pakistan, Korea, Jepun.. sebut saja.. Dadah adalah fenomena. Malah Afghanistan adalah pengeluar / penanam pokok popi. Malaysia juga apa kurangnya. Makmal-makmal kecil / haram telah banyak memproses dadah jenis syabu, ecstacy dll.. Pihak polis banyak buat tangkapan (sila rujuk surat khabar tempatan)... dan tahniah pada pihak penguatkuasaan sebab kejayaan demi kejayaan dalam membenteras supply dadah dalam pasaran.
Kajian oleh National Institute of Drug Abuse (NIDA) menunjukkan bahawa penagihan dadah boleh dirawat. Namun, kemudahan rawatan mestilah mengambil kira semua aspek yang diperlukan oleh pesakit.. bukan sahaja dari sudut fizikal, malah mengambil kira sudut perubatan, psikologi dan kemahiran sosial.. 
Ini adalah masa untuk kita bermuhasabah. Lihat dalam diri masing-masing.. kalau kita tak hisap dadah, bagus.. tapi macamana pulak dengan adik beradik, sepupu, pak cik, mak cik, ipar duai, kawan-kawan, anak jiran yang kita kenal... Apa yang kita buat, hanya tunggu dan lihat, tanpa beri apa-apa bantuan?

Apa peranan kita? Di mana kita nak menyumbang? Adakah dengan mengatakan dadah itu haram sudah mencukupi? Atau hantar sahaja penagih ke pulau itu rasional? Cuba bayangkan yang menagih itu anak kita atau bapa kita.. Sanggup ke nak hantar mereka ke pulau?

Jadi, mulalah bertindak dengan mendidik anak-anak kita mengenai bahaya dadah. Beritahu mereka bahawa kesan dadah sangat besar dalam kehidupan. Ia boleh merosakkan otak, merosakkan tubuh badan, merosakkan semuanya.. Si bapa yang merokok pula, cuba-cubalah berhenti merokok.. kalau nak berhenti merokok pun payah, apalagi nak berhenti hisap dadah.. bawa anak melawat ke pusat pemulihan dadah dan tengok macamana penagih dadah dirawat.. Betapa susahnya nak jadi manusia yang berfungsi secara normal semula..

Tanggungjawab sebagai ibubapa sangat berat.. Bukan hanya memberi makan dan minum, tapi didikan yang berguna. Sematkan nilai-nilai mulia sejak anak masih kecil. Contohnya tolong menolong, bercakap benar, bertanggungjawab, toleransi, jujur dan lain-lain lagi.

Gunakan masa berkualiti dengan anak. Maklumlah sekarang ni zaman ibubapa bekerja. kerja.kerja.kerja....
Tuntutan kerja lebih tinggi berbanding masa di rumah.. tapi jangan abaikan anak di rumah.


Macamana nak gunakan masa dengan berkualiti?
Maksimakan aktiviti bersama anak di dalam masa yang terhad. itu sahaja.
Maknanya, buatlah aktiviti bersama. Cuci pinggan dengan anak, Cuci kain dengan anak.. Sambil tu cerita apa aktiviti hari ini di sekolah? Apa cikgu ajar hari ini? Kerja sekolah banyak ke? Kalau dah sampai masa buat kerja sekolah, apa lagi, duduk sebelah anak dan beri tunjuk ajar. Suruh anak baca buku, tapi kita tengok tv.. Ia takkan menyokong.. Jadi tutup tv, dan membaca bersama-sama anak.. Bacalah apa-apa sahaja.. Asalkan tingkahlaku membaca itu ditunjukkan.


Satu lagi, jangan tinggal anak waktu kita pergi ke pasar di hari minggu. Bawa mereka ke pasar. Biar mereka kenal ikan kembung, ikan parang, pucuk pakis dan tahu taucu tu macamana rupanya. Daun kunyit tu warna apa.. Ini proses pembelajaran.. kemahiran hidup.. Mana tau kalau kita sakit dan tak boleh ke pasar, mereka boleh berdikari.. Tiadalah kes nak beli daun bawang, mereka terbeli daun sup ...

Apa kaitan ini semua dengan penagihan dadah? Takkan tak tau beli daun bawang boleh mengakibatkan anak-anak untuk hisap dadah...

Kita kena lihat, penagihan dadah adalah disebabkan oleh masalah dalaman yang dialami oleh seseorang. Contohnya rasa rendah diri, rasa tertekan, tak boleh selesaikan masalah, tiada kawan yang jujur untuk mendengar, mengabaikan ajaran agama dan moral, dan keluarga yang porak peranda. Penagihan dadah itu hanya simptom
atau tanda-tanda akibat sakit dalaman tadi. Maknanya, disebabkan tekanan terlalu tinggi dan tiada kemahiran untuk atasi tekanan, maka seseorang akan ambil dadah.. Jadi, yang perlu ditangani adalah kemahiran untuk mengatasi tekanan dulu, barulah seseorang itu tahu bahawa dadah bukanlah jawapan untuk mengatasi tekanan... Aspek kemahiran hidup boleh menjadikan diri anak bertambah yakin, dan mereka tahu untuk mengemudikan hidup bila ditimpa masalah.. mudah..
sumber: http://bidan-raka.blogspot.com/2010/07/hanya-tiga-persen-kesertaan-pria-ber-kb.html


Peranan ibu bapa sangat penting.. Jangan salahkan anak bila mereka hisap dadah.. tapi salahkan ibubapanya juga.. Sebab ajaran dari kecil tidak dititiberatkan..

Inilah masa untuk kita bertindak.. Mulakan di rumah kita sekarang.. Beri didikan yan sempurna kepada anak-anak supaya mereka menjadi orang yang berbakti dan berjaya di dunia dan akhirat. Ingat! anak-anak kita tanggungjawab kita.

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya