#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

25 May 2011

hidup sejahtera tanpa dadah

Poster sempena sambutan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa pada 19 Februari 2011

Bangi, 21 Februari: Dalam memastikan rakyat Malaysia menjauhi dadah, pendekatan kesihatan telah digunapakai oleh AADK. Think Health Not Drug atau Hidup Sejahtera Tanpa Dadah telah dipilih sebagai tema bagi Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan bagi tahun 2011. Majlis perasmian sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah Binti Haji Mohamed, Ketua Pengarah AADK di Auditorium Ibu Pejabat AADK pada 19 Februari yang lalu.

Dalam perutusan sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah mengingatkan kepada seluruh warga AADK supaya menanamkan sifat yang lebih mesra dan penyayang dalam melaksanakan program-program rawatan dan pemulihan dadah. YBhg. Dato’ turut meminta agar warga AADK memberi khidmat kepada klien sebagai pesakit dan bukan sebagai penjenayah.

Selain itu, YBhg. Dato’ turut mengingatkan kepada warga AADK supaya tidak leka dengan kejayaan yang diperolehi sepanjang tahun 2010. Kejayaan tersebut seharusnya menjadi pemangkin untuk warga AADK bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, berintegriti serta penuh keikhlasan bagi mencipta lebih banyak pembaharuan dalam AADK.

“Amat penting untuk tuan-tuan dan puan-puan semua menjayakan agenda transformasi ini kerana kehendak rakyat dan persekitaran global sudah berubah serta tidak mengizinkan lagi kita bekerja menggunakan pemikiran lapuk dan jumud”, ujar YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah lagi. 

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya