#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

24 October 2011

Chow Kit Berubah Wajah

Program  “Santai D' Chow Kit ; Indahnya Chow Kit di Masa Hadapan” telah diadakan di sekitar kawasan Chow Kit pada 24 dan 25 September 2011(Sabtu dan Ahad) yang lalu.

Program anjuran AADK  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama dua hari itu diadakan bertujuan meraikan klien-klien AADK, penduduk setempat,  rakan pintar  dan rakan  strategik AADK.


Pada hari Sabtu, pelbagai acara telah diadakan seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Chow Kit, mengecat, pertandingan Street Soccer, sepak raga, kreativiti merdeka, menganyam ketupat, membaca sajak dan  pertandingan  karaoke peringkat pegawai dan klien AADK.













































Acara kemuncak pada hari kedua, dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg Puan Seri Dato' Zuraidah Hj Mohamed, Ketua Pengarah AADK ke majlis tersebut. Ketibaan beliau telah disambut oleh pegawai-pegawai dan klien AADK.










Dianggarkan  seramai lebih 5000 orang  telah  membanjiri Lorong Haji Taib 3 seawal jam 9.00 pagi.





Artis-artis popular  tanahair seperti Hattan, Zamani, Radhi OAG dan Farina AF  turut hadir bagi menghiburkan pengunjung  program Santai D' Chow Kit.





Kemeriahan program tersebut  turut dihangatkan dengan aktiviti senamtari  yang disertai oleh semua pengunjung yang hadir.





Program “Santai D' Chow Kit ; Indahnya Chow Kit di Masa Hadapan”   berakhir pada jam 4.45 petang.




Tahniah warga AADK WPKL dan CCSC Chow Kit!!!

We Care, We Serve
Kami Perihatin, Kami Sedia Membantu

Berita disediakan oleh:
Basharudin dan Shahkhairul
Cawangan Kesedaran Awam
Bahagian Pencegahan, AADK

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya