#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

22 June 2012

Pelancaran FB SKUAD 1Malaysia

Majlis Pelancaran Facebook SKUAD 1Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Abd Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada hari ini di Bilik Sidang Media KDN, Putrajaya.

Di dalam ucapannya, YBhg Dato' KSU telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada AADK kerana telah berjaya menggerakkan sukarelawan antidadah di peringkat akar umbi. Beliau mengingatkan bahawa kualiti ahli sukarelawan adalah penting berbanding dengan kuantiti.

Beliau juga meminta agar jumlah like dan pengunjung facebook SKUAD 1Malaysia dipertingkatkan dan menggunakan saluran media sosial untuk berkongsi maklumat dan informasi berkaitan program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengesanan dan pengawasan.

Di dalam majlis tersebut, YBhg Dato' KSU telah like facebook SKUAD 1Malaysia dan bergambar dengan ahli-ahli SKUAD 1Malaysia Ibupejabat AADK.

tahniah!!!




Hidup terlalu indah untuk disiakan.....

Sambutan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa 2012


Hari Antidadah Antarabangsa akan disambut di Lanai MaTiC, 
Jalan Ampang Kuala Lumpur 
pada 24 Jun 2012 (7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari).

Pelbagai Acara  untuk ahli SKUAD 1Malaysia dan para pengunjung...

Hadiah cabutan bertuah untuk aktiviti like facebook dan twitter di booth pameran adalah sangat menarik.. 

Anda berpeluang memenangi hadiah berikut;







Jom ke sana!!!



hidup terlalu indah untuk disiakan...

24 Jun 2012. Let's Get Viral!!!



 Sambutan Peringatan HADA 2012. Lanai MaTiC, Jalan Ampang, KL
24 Jun 2012. 7.00 am - 1.30 petang
Let's get viral !!!!!

Learn the dance: 

1. Hoore Hoore (Sudirman) - 1:23
http://bit.ly/HADA2012A

2. Dancing Queen (ABBA) - 2:42
http://bit.ly/HADA2012B

3. Fireworks (Katy Perry) - 2:05
http://bit.ly/HADA2012C

4. FULL - 5:50
http://bit.ly/HADA2012D

For more Information; 
5. Event page - 


See you there....








08 June 2012

200 peserta futsal sertai SKUAD 1M di Rantau Panjang

Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan dengan kerjasama SKUAD 1Malaysia Daerah Pasir Mas dan Umno Bahagian Rantau Panjang telah menganjurkan Sambutan Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan  peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung disekitar kawasan Rantau Panjang pada 16-17 Mac yang lalu.


"SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin" menjadi tema sambutan selaras dengan sambutan tersebut diperingkat kebangsaan. 


Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab untuk berhadapan dengan ancaman dadah demi keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosio politik serta ekonomi negara kita.


AADK Negeri Kelantan mengambil inisiatif dengan menganjurkan program 4 dalam 1  iaitu Kejohanan Futsal Antidadah SKUAD 1Malaysia, Pertandingan Mewarna Poster Antidadah Kanak-kanak, Ceramah Antidadah dan Motivasi Ahli MAWADAH dan Pertandingan Dikir Barat Antidadah SKUAD 1Malaysia.

Kejohanan Futsal Antidadah SKUAD 1Malaysia disertai oleh 25 pasukan yang berjaya menarik seramai 200 peserta yang telah mendaftar sebagai ahli SKUAD 1Malaysia. 


04 June 2012

BenAshaari.com pun tolong promote..


Saya diberitahu kawan mengenai blogger ben ashaari yang mempunyai ramai follower dan entri nya semua menarik dan mencuit hati..
so, saya minta bantuan beliau untuk mempromosikan pertandingan sambung dialog anjuran AADK..
dalam masa kurang sejam, 
Ben Ashaari dah pun post promosi ini dalam wall nya..





cuba tengok laporan trafik sepanjang 2011.. memang happening..



so, thanks ben ashaari.. anda memang supportive..
terima kasih daun keladi



jika anda ingin membaca lanjut blog ben ashaari, sila layari benashaari.com



hidup ini terlalu indah untuk disiakan,
let's think helath, not drugs...



Anda Ahli SKUAD yang aktif?



pencarian ahli SKUAD 1Malaysia yang aktif sedang dilaksanakan..























sila hubungi pihak urusetia di talian 0389112406 / 2402 untuk maklumat lanjut..






think health, not drugs..
hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan..



01 June 2012

SKUAD 1M berwajah baru


inilah  identiti baru SKUAD 1Malaysia sekarang..



orang kuat fan page SKUAD 1M..


Ahli  SKUAD 1Malaysia berpeluang mendapatkan T-Shirt baru SKUAD 1M jika menyertai pertandingan sambung dialog di facebook SKUAD 1M.

Sila layari
 http://nodrugplease.blogspot.com/2012/05/nak-menang-ipad3.html 
untuk maklumat lanjut.  





Anda juga boleh mendapatkan T-Shirt ini jika hadir sebagai peserta di Majlis Pelancaran Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2012 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur  pada 24 Jun 2012.
cepat-cepat menghubungi pihak urusetia program di talian 03 - 89112391 / 03 - 89112406 kerana ia adalah terhad.. hanya peserta yang bertuah sahaja dapat memakai T-Shirt ini...

SKUAD 1M ada di mana-mana.........


entri saya kali ni agak peribadi.. 
saya hadir program Hari Sukaneka anjuran sebuah Jabatan Kerajaan di Kajang baru-baru ini..


terhibur jugak melihat keletah kanak-kanak pra sekolah yang bersukaneka di bawah terik matahari...
cuba tengok gelagat mereka..

sarapan dulu sebelum sukaneka..

makan banyak-banyak, nanti lari kuat..

yang ni atlit harapan ...

sedang tunggu VVIP sampaikan ucapan...


baca ikrar diketuai oleh adik Farid, 5 tahun...

sambil baca ikrar, cheers.. click!!


panas terik...
main belon ke, sembunyi bawah belon ni?

cepat lah... saya dah penat ni..

belon pun semua dan meletup..



ok.. ready untuk pelancaran.. VVIP nak lepaskan belon..

cantik...

emm... indahnya


pegang belon tu kuat-kuat kak, nanti terbang pulak..

tengok kat atas semua...


di tengah-tengah orang ramai, 
tiba-tiba saya ternampak sesuatu....
lalu, 
saya tak lepaskan peluang dan klik! klik! klik!


cuba tengok betul-betul apa yang saya nampak...


Ahli SKUAD 1M wanita....

abang SKUAD 1M...


urusetia pun pakai topi SKUAD 1M....

ha... yang ni SKUAD 1M junior.. comel kan..

kan saya dah kata, 
SKUAD 1Malaysia ada di mana-mana...

tahniah semua yang sudah mendaftar ahli SKUAD 1Malaysia.......


maklumat lanjut mengenai keahlian SKUAD 1Malaysia, sila hubungi Bahagian Pencegahan, AADK di talian 03-89112406 / 2415 / 2407



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
let's think heallth, not drugs..

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya