#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

14 July 2012

Temui sandwich boys and girls di Suria KLCC Esplanade

Ayuh ke Esplanade Suria KLCC pada 15 Julai 2012 9.00 pagi hingga 6.00 petang sempena pelancaran 1M4U.. 2,000 orang ahli SKUAD 1Malaysia akan berada di sana... Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk semua pengunjung beserta dengan hadiah-hadiah yang sangat superb!!..

Pengunjung yang melawat Crime and Drugs Free Zone juga akan dihiburkan dengan persembahan buskers dari Drug Free Youth Association dan ahli-ahli SKUAD 1Malaysia...

Anda juga berpeluang menyertai pertandingan berposing dengan sandwich boys and girls yang akan berada di Esplanade Suria KLCC pada waktu tersebut. 

Cara-cara menyertai adalah sangat mudah.
1. pose dengan gaya yang paling kreatif bersama sandwich boys / girls.
2. upload foto tersebut ke FB SKUAD 1Malaysia. pastikan anda like dulu sebelum upload foto.
3. Anda boleh upload foto bersama sandwich boys / girls dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.
4. pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti.
5. pemenang akan diberitahu melalui PM selepas pukul 5 petang.
6. hadiah boleh dituntut di Crime and Drug Free Zone pada pukul 5.00 - 7.00 petang pada hari yang sama.
7. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang pertanyaan / bantahan tidak akan dilayan.


Aktiviti lain yang disediakan adalah sepak goll!!, voice out, 1 minit penentu masa depan anda dan pertandingan street dance.


Jumpa anda di sana!!!









Ini adalah antara hadiah yang menanti untuk aktiviti foto kreatif bersama sandwich boys and girls... amacam? berbaloi tak?


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan... 
Let's think health not drugs...



05 July 2012

Hari Antidadah Antarabangsa 2012 dalam kenangan


Sempena sambutan peringatan Hari Antidadah Antarabangsa yang lalu, pihak urusetia telah mengumpulkan tandatangan ahli-ahli SKUAD 1Malaysia dari seluruh Malaysia.


Sebahagian tandatangan tersebut telah dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir di Lanai Matic, Jalan Ampang, Kl pada 24 Jun 2012 yang lalu...


Inilah hasilnya.. gimik pelancaran HADA 2012
SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin..

sebelum....

YBhg Dato' KSU menandatangani bunting raksaksa...

ok.. perfect!! macam ni barulah semangat ahli-ahli SKUAD 1Malaysia

Ok ok  mizi boleh tarik sekarang .. ready, 1, 2 , 3...

ah.. tu dia... giant bunting di kota raya Kuala Lumpur yang penuh dan sarat dengan tandatangan ahli SKUAD 1Malaysia



semua yang hadir nak merakamkan kenangan indah...

20,000 tandatangan yang dah dikumpul di sepanjang bulan April, Mei dan Jun 2012

Put a word if you care....idea asal  seorang sahabat di Pencegahan


tahniah semua...

dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat dan bertungkus lumus untuk memastika event ini berjaya dilaksanakan..

sehingga bertemu lagi tahun hadapan...





nelayan HIV....


Untuk makluman,baru-baru ini TV9 telah mengadakan liputan khas berkenaan isu nelayan HIV. Berikut adalah laporan eksklusif Nelayan HIV yang boleh dilayari di laman youtube:

http://www.youtube.com/watch?v=6zR13Z0isnI&feature=youtu.be
 

hidup terlalu indah untuk disiakan ..

KEPRIHATINAN UMMAH, MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH



KHUTBAH JUMAAT
SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA 2012


اَلْحَمْدُ لِله القَائِلِ,
نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنُوءْمِنُ بِهِ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أًنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّأًتِ أًعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللُه فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لآ أِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ اللهِ, إِتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


Sidang Muslimin Yang Di Rahmati Allah Sekalian,

Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, khatib ingin berpesan kepada diri khatib sendiri serta kepada sidang Jumaat yang berbahagia sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan dan mengukuhkan pegangan aqidah kita kepada Allah Yang Maha Esa dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.

Tanggal 26 Jun pada saban tahun, telah tercatat dalam kalender dunia akan peringatan Hari Antidadah Antarabangsa (HADA). Perlu diingatkan bahawa sejarah memperingati hari tersebut dicetuskan hasil usaha pimpinan terdahulu menerusi persidangan antarabangsa mengenai penagihan dan pengedaran dadah yang berlangsung di Vienna, Austria pada tahun 1987. Tanggal tersebut telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Pengisytiharan tersebut merupakan salah satu usaha pihak PBB kearah memerangi ancaman penyalahgunaan dan pengedaran dadah secara yang tersusun dan integrated diseluruh dunia.  Ia bukanlah sekadar hanya hari peringatan semata-mata, tetapi kita haruslah menghayati akan intipati hari peringatan tersebut. Menjadi kewajipan kita semua untuk bersama-sama membasmi gejala penyalahgunaan dadah. Oleh itu, mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk “Keprihatinan Ummah, Membanteras Penyalahgunaan Dadah”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Melihat kepada statistik Penagih Dadah dalam tempoh antara 1988-2010 sahaja terdapat 325,075 orang penagih dadah yang berdaftar secara komulatif. Ini menunjukkan pada setiap hari terdapat seramai 48 penagih baru. Bilangan penagih yang berjaya dipulihkan adalah sebanyak 57,189 orang iaitu (18%) dari tahun 2000-2010. Pada tahun 2010 sahaja seramai 23,642 orang penagih dadah telah dikesan di seluruh negara berbanding tahun 2009 hanya 15,736 orang termasuk penagih baru dan juga yang berulang. Secara purata, di negara kita hari ini seramai 48 penagih baru dan 18 penagih berulang telah dikesan setiap hari sepanjang tahun 2010.

            Keadaan ini nyata amat membimbangkan kita semua memandangkan sebahagian besar penagih yang dikesan melalui hasil kajian yang di buat pada tahun 2005 disekitar 68.11% atau 22,344 penagih terdiri daripada para belia melayu yang beragama Islam. Dalam masa lima tahun terkini ianya terus meningkat apabila maklumat yang diperolihi pada tahun 2010 yang lalu mendapati dari 23,642 orang penagih seramai 18,693 orang atau 79.07 % terdiri dari para belia melayu yang beragama Islam. Sebahagian kecil lain ialah mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang lain. Kebimbangan berlaku disaat negara kita amat memerlukan generasi belia yang bersemangat juang yang tinggi untuk meneruskan agenda traansformasi pembangunan negara. Tanpa adanya generasi sebegini, bagaimanakah kita akan mencapai kesejahteraan dalam menempuh cabaran global masa kini. Kita semua harus sedar, bahawa permasalahan dadah sudah menular ke dalam masyarakat kita berabad lamanya. Jika bukan kita sendiri yang memikul tanggungjawab ini, siapa lagi yang harus kita harapkan?

Sebagai satu usaha untuk membanteras masalah dadah dalam kalangan belia ini, Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (AADK, KDN) pada tahun 2011 telah menubuhkan Sukarelawan Antidadah atau SKUAD 1 Malaysia. Lanjutan daripada itu maka tema HADA pada tahun 2012 ini ialah “Sukarelawan Prihatin”. Tema ini dipilih memandangkan betapa perlunya  semangat kesukarelawan diperluaskan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya bagi membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah. Matlamat utama penubuhan Sukarelawan Antidadah atau Skuad 1 Malaysia, ialah untuk mengajak semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan dalam membantu pihak kerajaan khususnya AADK,KDN bagi menangani masalah serta ancaman dadah, menggerakkan program-program dan aktiviti pencegahan dadah di dalam komuniti, memberi sokongan dan membantu bekas-bekas penagih dadah bagi mengekalkan kepulihan total dan akhirnya memastikan penglibatan anggota masyarakat dalam usaha merealisasikan masyarakat bebas dadah.

Manakala fungsi dan peranan ahli Skuad 1 Malaysia pula ialah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan dadah seperti memberi kesedaran dan pendidikan mengenai bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah melalui program bersemuka, sukan dan rekreasi, kerohanian, kesenian dan kebudayaan serta intervensi terhadap kumpulan yang berisiko. Disamping itu mereka juga terlibat dalam merancang dan melaksanakan program rawatan dan pemulihan seperti khidmat masyarakat, khidmat nasihat, temu seru, kemahiran hidup, latihan teknik dan ,vokasional, penempatan kerja dan pembangunan kerjaya.

Namun demikian kita tidak seharusnya hanya membiarkan pertubuhan atau sukarelawan tertentu sahaja yang berperanan membasmi penyalahgunaan dadah, sebaliknya ia perlu dipikul secara bersama. Gejala penyalahgunaan dadah ini perlu diberi perhatian serius kerana ia merupakan masalah ummah sejagat samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sebahagian besar negara di dunia ini turut menghadapi permasalahan yang sama. Tidak dinafikan, peranan di setiap lapisan masyarakat merupakan faktor utama bagi merealisasikan keberkesanan serta kejayaan menangani gejala ini. Firman Allah Azza Wajalla dalam surah al-Ma`idah ayat 2

"...وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ..."

Maksudnya:  “... Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan ...”

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Dan Dirahmati Allah,

Sehubungan dengan itu, untuk mencapai misi ini, kita haruslah bersatu padu menggembleng tenaga tanpa mengira perbezaan ideologi, agama dan juga bangsa. Selain dari pihak berkuasa, kitalah yang harus memainkan peranan ini sebagai satu pasukan sukarelawan yang utuh. Seperti yang kita semua sedia maklum, masyarakat hari ini semakin terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri dan juga negara. Mimbar ingin sekali lagi mengingatkan bahawa dengan membiarkan ummah berada dalam keadaan yang lemah, mundur serta dibelenggu dengan perkara negatif seperti penyalahgunaan dadah, akan menghancurkan sebuah tamadun yang kukuh. Sabda Rasullullah s.a.w.;

اَلمُؤمِنُ لِلْمُؤْمِن كَالبُنْيَان يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضَ وَشَبَكَ بَيْنَ أَصَابِعَهُ

"Mukmin yang satu dengan yang lainnya bagaikan sebuah bangunan yang saling memperkuat antara sebahagian dengan sebahagian yang lainnya. (Rasulullah s.a.w. sambil memasukkan jari-jari tangan kecelah jari-jari lainnya)”
(HR. Muttafaqun `alaih)

            Jelaslah di sini, sebagai sebuah masyarakat, kita mestilah bergabung tenaga untuk sama-sama membanteras masalah ini demi mewujudkan komuniti sejahtera bebas dadah. Sebagai umat yang diberikan keistimewaan dan akal fikiran oleh Allah SWT semestinya kita segera mengatur langkah untuk melaksanakan perubahan dalam mempertahankan kejayaan ketamadunan kita pada hari ini untuk dinikmati generasi akan datang. Sesebuah negara maju bukan hanya cukup dengan bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata, malah yang lebih penting lagi adalah mempunyai warganegara yang hebat dalam melawan perkara negatif di samping mempunyai pegangan agama yang kukuh.

Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Kita semua haruslah sedar bahawa sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita semua telah dipertanggungjawabkan untuk sama-sama membendung masalah ini dengan apa cara sekalipun. Apa yang kita semua sudah sedia maklum, dadah banyak dibawa melalui pintu-pintu masuk utama negara dan disinilah semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Bukan hanya pihak berkuasa sahaja tetapi kita juga sebagai sebuah anggota masyarakat yang prihatin akan masalah ini haruslah menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Janganlah terdapat sekelumit pun niat di dalam hati kita untuk terlibat dengan masalah ini walau dengan apa alasan sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-`Asr ayat 1 hingga 3:


وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ الإنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلاَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”

Ingatlah wahai sidang Jumaat sekalian, kita akan dipersoalkan di akhirat kelak dengan apa yang telah kita lakukan. Melihat kepada permasalahan dadah yang melanda anak bangsa kita sekarang, kita tidak seharusnya duduk bergoyang kaki bersenang lenang kerana mereka inilah penggerak masa depan dan penentu kemajuan negara. Mimbar ingin mengingatkan semua, bahawa perubahan yang ingin kita laksanakan hendaklah bermula dari dalam diri kita sendiri dan barulah kita mampu untuk melaksanakan perubahan dalam masyarakat. Hal ini kerana apabila diri kita kukuh dengan pegangan agama, insya-Allah kita mampu melaksanakan perubahan untuk melawan gejala negatif yang telah lama menggugat keharmonian negara.

Firman Allah dalam dalam Surah Ar Ra’du ayat 11;

...إِنَّ ٱللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ ...

Bermaksud; “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,
           
Akhirnya, marilah kita segera menggerakkan serta mengembangkan gelombang kesukarelawan yang prihatin terhadap gejala penyalahgunaan dadah. Biarpun terdapat pelbagai nama sukarelawan yang sedia tertubuh, namun misinya biarlah sama. Sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran yang lumayan kepada hamba-hambanya yang ikhlas melakukan amal kebajikan. Sementara kita masih ada peluang, marilah kita memanfaatkannya agar dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar merayu sidang Jumaat dan umat Islam sekalian agar kita sama-sama bersatu padu dan menggembling tenaga di bawah akidah yang sama, agama yang sama, kiblat yang sama, nabi yang sama serta Tuhan yang sama yakni Allah SWT dalam membendung masalah utama ummah. Marilah kita semua mengubah pemikiran kita ke arah yang lebih positif, agar ianya selari dengan peredaran masa dan zaman. Jadikan perubahan diri sebagai asas untuk kita membina sebuah tamadun bangsa yang beretika dan bermaruah. Sama-samalah kita menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang bebas dari dibelenggu permasalahan penyalahgunaan dadah selari dengan tuntutan syariat Islam.

بَارَكَ اللُه لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ, أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللَه العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

:nota
Khutbah khas ini Insya Allah  akan di siarkan secara life oleh RTM pada hari jumaat 16 Syaaban/6 July 2012 di salah satu dari empat masjid utama di W.Persekutuan sama ada di Masjid Negara, Masjid W.Persekutuan, Masjid  Besi dan Masjid Putra. Khutbah ini juga akan dibaca serentak di seluruh negara.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya