#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

18 August 2012

Cepat menang duit raya!!!







PERTANDINGAN BERGAMBAR
‘hidup ini terlalu indah untuk disiakan’

3 Langkah mudah…
1.    Rakam gambar
(Ingatan : Gambar tersebut perlu mempunyai perkataan ‘hidup ini terlalu indah untuk disiakan’)
2.    Like page FB SKUAD 1Malaysia
3.    Muat naik (Upload) gambar di page SKUAD 1Malaysia.

****** Lima pemenang duit raya akan dipilih

Terma dan Syarat:
1    1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta ahli keluarga terdekat mereka.
2    2. Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan tetap menjadi hak milik AADK.
3    3. AADK berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.
4    4. Gambar hendaklah dirakam dalam tempoh 1 hingga 20 Syawal 1433 hijrah. 
     [Tarikh Tutup Penyertaan 7 September 2012 (Jumaat)].
5    5. Penganjur berhak meminda terma dan syarat pada bila-bila masa semasa tempoh peraduan berlangsung. Penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tamat tidak akan dilayan.
6    6. Peserta boleh menggunakan kamera digital/handphone (sekurang-kurangnya 5 megapixel).
7    7. Peserta hendaklah memastikan keaslian yang diambil adalah terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan.
8    8. Gambar tersebut perlulah menunjukkan ciri-ciri keceriaan, persahabatan, dan ukhuwah dan perlulah mempunyai perkataan ‘hidup ini terlalu indah untuk disiakan’ di dalam gambar tersebut.  
9    9. Peserta perlu Like page FB SKUAD 1Malaysia dan gambar dimuat naik (upload) di page SKUAD 1Malaysia (format JPEG, PNG, BMP atau TIFF beresolusi 300/tinggi).
     10. Dengan penyertaan yang dihantar para peserta bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak AADK.
     11. Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kriteria: kreatif, keunikan, menepati tema dan mematuhi terma serta syarat.
     12. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika ianya melanggar terma & syarat.
     13. Keputusan hakim adalah muktamat dan segala bentuk surat menyurat tidak akan dilayan.
     14. Pemenang akan dimaklumkan melalui page FB SKUAD 1Malaysia. 
      
     
     Maklumat lanjut sila layari FB SKUAD 1Malaysia....see more...




     Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...









17 August 2012

ceria di hari lebaran




selamat menyambut hari lebaran
kunjung mengujung amalan mulia
pagi raya ditunggu penuh debaran
takut-takut tak cukup duit raya..

pagi raya ditunggu penuh debaran
takut-takut tak cukup duit raya
apalah yang nak disusahkan
yang penting raya mesti ceria..




Sebelum Raya... Click!




Selepas Beraya.... 
ehemmm... sebenarnya semangat nak kerja lebih...


Apapun, warga editor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..
dan nantikan pertandingan mengumpul duit raya bermula 1 syawal hingga 20 syawal di facebook SKUAD 1 Malaysia.. cuba jangan tak cuba.. pengumuman pertandingan akan dibuat soon.. tunggu !!!





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan....



Ucapan Hari Raya oleh KP AADK



Sila layari  adk.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut perkhidmatan terkini.. 





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




15 August 2012

riang ria hari raya.... mana yang paling kreatif?


Lamanya terpisah
Kini tibalah masanya
Kita bergembira bersama
Suasana riang ria hari raya


Sempena Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, ucapan selamat Hari Raya dari rakan dan taulan sampai melalui emel, sms, FB, twitter dan macam-macam lagi.. Apa kata, sambil kita count down hari raya, sambil menyudahkan tugas-tugas akhir sebelum mengambil cuti, atau dalam kita sibuk menyediakan keperluan hari lebaran, kita lihat hasil kreativiti kad raya dan boleh bagi undi mana satu paling kreatif..






















Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

 Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Pohon saga juntainya berayun;
Dibuat galah mengait timba;
Timba berada di dalam paya;
Warga Rawatan Perubatan memohon ampun;
Silap dan salah jangan dicela;
Moga bahagia di Hari Raya

Buah kedudu dibuat tepung;
Untuk berjimat di Hari Raya;
Bila memandu pulang ke kampung;
Sentiasa berhemah di jalan raya










































































tumbs up untuk semua yang menggunakan kemudahan IT untuk ucapan Hari Raya tahun ini.. jimat dan mudah.. yang penting mesej sampai !!!

so, mana satu pilihan anda??



selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin..




hidup ini terlalu indah untuk disiakan...


Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya