#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

14 August 2012

Sultan Kelantan Mencemar Duli Melawat Booth Pameran AADK




Pasir Mas, 20 Julai : KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Pasir Mas, Kelantan  pada 3 Julai yang lalu . Turut hadir ke majlis tersebut  Tengku Mahkota Kelantan, Ketua Hakim Negara, Pegawai-pegawai Istana, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Kakitangan Awam/Swasta serta seramai 2,000 orang awam. Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan dan AADK Daerah Pasir Mas terlibat secara langsung dengan  mengadakan pameran  antidadah bersempena dengan  Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas  Negeri Kelantan Darul Naim.  

Selain AADK, pihak agensi kerajaan dan swasta juga turut sama mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Dalam kemeriahan program tersebut, KDYMM Sultan Muhammad Ke V turut mencemar duli melawat gerai pameran AADK. Promosi SKUAD 1Malaysia dan penerangan perkhidmatan yang disediakan AADK merupakan tarikan utama pengunjung untuk menghadiri gerai pameran AADK.

Diharapkan dengan diadakan pameran seperti ini pengunjung mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan. Di samping itu pengunjung  juga  dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya dadah seterusnya mewujudkan masyarakat yang mengamalkan dan meneruskan gaya hidup sihat tanpa dadah.

Sumber : Mohd Nizam bin Musa

Gambar-gambar di sekitar lawatan..


Persiapan Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas, Kelantan

KDYMM Sultan Kelantan , Sultan Muhammad Ke V bersama-sama Tengku Mahkota Kelantan di Teniat Diraja

Di antara pengunjung Booth Pameran AADK mengisi Keahlian Skuad 1Malaysia

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Bin Zakaria mengiringi KDYMM Sultan Muhammad Ke V mencemar duli melawat Booth pameran pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan swasta

KDYMM Sultan Muhammad Ke V mencemar duli melawat booth pameran AADK

KDYMM Sultan Muhammad Ke V memperkatakan sesuatu kepada pegawai-pegawai AADK



Think Health, not Drugs
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.....

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya