#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 September 2012

awak isteri dunia, akhirat..


Sungai Petani: "Pada malam Sabtu lalu, arwah memberitahu saya  isterinya di dunia dan akhirat, sedangkan dia tidak pernah menyebutnya selepas tujuh tahun kami berkahwin". Begitu kata Noor Baizura Rahim, 30, isteri Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pusaat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, yang menghembuskan nafas terakhir selepas koma selama dua hari sejak Ahad lalu.

Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam, selepas 41 jam koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Mangsa parah di kepala akibat terjatuh selepas ditendang ketika cuba menangkap peragutdi Pekan Bedong, dekat sini. Kejadian berlaku jam 12.30 tengahari Ahad lalu berhampiran Pejabat Pos Bedong apabila mangsa yang minum di gerai berhampiran membantu mengejar dua peragut yang melarikan beg tangan seorang wanita yang menunggang motorsikal.

Kepala mangsa terhempas di atas jalan selepas terjatuh akibat ditendang seorang daripada peragut dalam kejadian itu. Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah daerah Kuala Muda, DSP Ricky Teh yang dihubungi berkata mangsa disahkan meninggal dunia di ICU HSAH selepas menerima rawatan sejak dua hari lalu akibat parah di kepala. Menurutnya, polis sudah menahan seorang suspek dipercayai anggota tentera berusia 26 tahun yang turut menerima rawatan di HSAH kerana cederaaa di muka dan badan, selain memburu rakan nya yang melarikan diri.


Sumber: Harian Metro (5 September 12012)



alfatihah...













think health, not drugs
hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

1 comment:

  1. semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.. amin..
    alfatihah..

    ReplyDelete

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya