#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 September 2012

latihan vokasional untuk bekas penagih..


Zuraidah Mohamad (dua dari kiri ) sedang melayan tetamu yang hadir pada Majlis Terbuka Aidilfirti anjuran AADK di Ibupejabat AADK di Sungai Merab, Bangi, Selangor. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Suhaimi Abdullah (tiga dari kanan).

Hulu Langat 4 Sept - Dalam usaha membantu kerajaan agar tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) aakan melatih bekas penagih dadah dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka memenuhi keperluan tenaga kerja di negara ini.

Bagi tujuan tersebut, AADK menubuhkan pusat rawatan dan pemulihan vokasional (CCVC) yang menawarkan beberapa kursus kemahiran jangka pendek dan panjang kepada bekas penagih di Sepang dekat sini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zuraidah Mohamed berkata bekas penagih dadah yang ingin mendapatkan kemahiran untuk memudahkan pekerjaan atau belajar berniaga, kini boleh memohon memasuki CCVC yang dibuka sejak Januari lalu.

Beliau berkata, selain membantu bekas penagih membina hidup baru, prnubuhan ccvc juga diharap dapat melahirkan ramai pekerja mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di negara ini agar kerajaan tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing.

" Kami yakin tenaga kerja yang dikeluarkan oleh CCVC dapat memenuhi permintaan pekerja mahir yang diperlukan oleh syarikat-syarikat di negara ini. "Pihak syarikat tidak perlu bimbang untuk mengambil bekas penagih yang dilatih oleh CCVC kerana kami sentiasa memantau perkembangan mereka setelah tamat latihan bagi memastikan mereka tidak kembali menagih"

"Malah majikan boleh merujuk kepada kami tentang masalah pekerja terbabit pada bila-bila masa," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari raya Aidilfitri di Ibupejabat AADK, Jalan Sungai Merab, Bangi, di sini hari ini.

Menurut Zuraidah, CCVC tersebut mampu manampung 400 pel;atih pada satu-satu masadan setakat ini, sudah melahirkan lebih 250 pekerja mahir. Katanya , 70 pelatih yang tamat latihan sudah pun mendapat pekerjaan, manakala bakinya menunggu untuk ditempatkan di syarikat-syarikat yang berminat mendapatkan perkhidmatan mereka.

Zuraidah berkata, semua kursus yang ditawarkan secara percuma dan diajar oleh tenaga pengajar dari Pusat Giatmara dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Katanya bekas penagih yang berminat menjalani latihan di CCVC boleh menghantar permohonan kepada callcentreccvc@gmail.com.

Utusan Malaysia ( 5 September 2012)




think health, not drugs..
hidup ini terlalu indah untuk disiakan..................


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya