#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 September 2012

peringatan hari antidadah antarabangsa 2012


poster hari antidadah antarabngsa 2012


26 Jun diraikan setiap tahun sebagai hari Peringatan Antidadah Antarabangsa. Pada tahun 
ini seramai 5,000 orang sukarelawan antidadah (SKUAD 1Malaysia) dari seluruh negara telah          
berkumpul di Lanai Matic, Jalan Ampang Kuala Lumpur untuk memperingati hari Antidadah 
Antarabangsa. 

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bersempena dengan sambutan peringatan Hari Antidadah 
Antarabangsa 2012 antaranya adalah seperti pelancaran FB SKUAD 1Malaysia, Pertandingan 
Sambung Dialog di FB SKUAD 1Malaysia, bual bicara di media penyiaran dan media cetak,
menganjurkan program yang melibatkan ahli SKUAD 1Malaysia di seluruh negara seperti
sukan dan  rekreasi, outreaching, kerohanian, pameran dan penerangan. 

Para sukarelawan juga telah terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan di booth AADK  
seperti permainan, like FB SKUAD 1Malaysia, pertandingan-pertandingan, persembahan war 
cry, pertunjukan gendang, persembahan kebudayaan,nyanyian dan flashmob. Kemuncak 
program adalah pelancaran sambutan peringatan Hari Antidadah Antarabangsa apabila 
perasmi melengkapkan tandatangan di bunting gergasi yang telah disediakan. Gimik 
pelancaran ini menandakan sokongan semua ahli SKUAD 1Malaysia terhadap usaha 
pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat. Sebanyak 20,000 tandatangan telah 
dikumpulkan di seluruh negara.

Tema?
     "Sambutan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini bertemakan “Sukarelawan Prihatin” iaitu merupakan kesinambungan dengan sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan yang telah diadakan pada bulan Februari 2012 lalu di Sembrong. Tema ini juga adalah selari dengan tema yang ditetapkan oleh United Nation Office on Drugs and Crime (UNODC) iaitu “Global Action for Healthy Communities without Drugs” yang bertujuan untuk menyeru seluruh rakyat bangkit bersama-sama melahirkan komuniti yang sihat melalui gerakan kesukarelaan antidadah. Selain itu, tema Sukarelawan Prihatin ini juga dipilih bagi menghargai usaha dan sumbangan para sukarelawan antidadah yang banyak membantu kerajaan dalam melaksanakan program pencegahan dan rawatan dan pemulihan dadah. Saya berharap dengan lebih ramai ahli yang mendaftar sebagai sukarelawan antidadah, ramai yang akan lebih prihatin dengan klien, ahli keluarga serta ahli masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah. Apabila lebih ramai yang prihatin dengan masalah dadah, maka matlamat Negara Bebas Dadah pada tahun 2015 akan dapat dicapai (petikan ucapan perasmian YBhg Datuk Abd Rahim bin Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri).


KSU mengumumkan berita gembira...
Di dalam majlis ini juga YBhg KSU KDN telah mengumumkan cadangan untuk  
mengemukakan saranan memberi elaun khas kepada para sukarelawan antidadah yang telah 
banyak berbakti dan terlibat dengan program antidadah tanpa imbuhan kewangan dari 
pihak kerajaan. Pengumuman tersebut telah mendapat sambutan dan sorakan dari para 
sukarelawan yang hadir.


Fokus pada remaja dan belia.
Tumpuan diberi kepada golongan remaja dan belia kerana mereka lebih terdedah dan 
berisiko untuk terlibat dengan masalah dadah samada sebagai pengguna atau penagih. 
Berdasarkan statistik Bionadi tahun 2011, jumlah penagih tertinggi adalah pada usia remaja 
hingga belia iaitu antara umur 18 hingga 39 tahun iaitu seramai 8,760 orang daripada 11,194
 orang (78%) daripada keseluruhan penagih yang dikesan pada tahun berkenaan. Ini 
menunjukkan kepada kita bahawa golongan yang terlibat dengan dadah adalah dalam 
kalangan mereka yang berada di usia produktif dan sepatutnya boleh menyumbang kepada 
pembangunan negara.

Analisis Laporan Dadah 2011 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan bahawa Pengaruh Kawan (44.51%) merupakan faktor utama yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan gejala dadah, diikuti faktor Perasaan Ingin Tahu (20.31%) dan faktor Untuk Keseronokan(13.13%). Oleh itu, adalah perlu untuk kita bersama-sama golongan muda pada hari untuk kita bimbing dan pandu mereka ke arah masa hadapan yang lebih baik. Golongan muda perlu dibawa bersama menggerakkan usaha-usaha kerajaan terutama dalam membebaskan negara dari masalah dadah.


Kenyataan yang menyakitkan..
Corak penagihan dadah pada masa kini juga telah melalui perubahan yang amat ketara sekali. Jika dahulu, pengguna atau penagih-penagih dadah dijumpai di bawah jambatan, di lorong-lorong jalan, di port-port dan dalam kusut masai, kurus, cengkung dan tidak terurus tetapi pada hari ini penagih terdiri daripada golongan pelajar universiti, professional, pegawai, berpakaian kemas dan kelihatan sihat pada mata kasar. Namun tanpa kita sedari mereka ini merupakan seorang pengguna dadah dan kemungkinan ada diantara mereka ini merupakan salah seorang dari ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, setiap dari kita perlu lebih sensitif dan peka dengan perubahan dan perkembangan ahli keluarga dan rakan sekeliling kita supaya masalah ini dapat dibendung sebelum ianya menjadi lebih parah.

Adakah anda peduli?
sertai kami sebagai ahli SKUAD 1Malaysia (sukarelawan antidadah). sila hubungi 03-89112406 /2415 / 2402 / 2407 untuk maklumat lanjut...























think health, not drugs
hidup ini terlalu indah untuk disiakan........

19.    

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya