#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

13 September 2012

siaran langsung majlis tilawah AADK hari ini!!


Bagi memastikan kepulihan para klien dapat dikekalkan serta menjadi insan yang kembali berfungsi kepada masyarakat, pelbagai usaha ke arah menerapkan dan menghayati nilai-nilai keagamaan dan kerohanian turut diberi perhatian secara berterusan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan. Antara usaha mencapai hasrat tersebut ialah dengan menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Kebangsaan yang akan disertai oleh klien AADK yang beragama Islam.
Majlis  Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid AADK Peringkat Kebangsaan ini akan diadakan pada:

       Tarikh             : 13 September 2012 (Khamis)
       Masa               : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
       Tempat           : Dewan Datuk Mohd Shahir,
                                             Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
                                             Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
                                             Jalan Sungai Merab,
                                             43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR 

Bersempena majlis tersebut juga, Ustaz Hj. Abdullah bin Hj. Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Pembangunan Insan) telah keudara di radio IKIM.FM di frekuensi 91.5 fm (Lembah Kelang). Slot "Ceria Pagi" ini keudara dari jam 9.30 pagi hingga jam 10.00 pagi. Di samping itu, promo program juga telah disiarkan di Radio Sinar minggu ini..

Bagi orang ramai yang tidak dapat bersama-sama hadir ke majlis tersebut pada hari ini, AADK telah menyediakan siaran langsung program yang boleh diikuti di pautan 'video live streaming' yang boleh dicapai melalui laman web AADK.

Pautan tersebut boleh dicapai di laman utama dengan mengklik pautan samada di ruangan 'Pengumuman'. Butang pautan seperti dilampirkan dan juga di ruangan 'Orang Awam' bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan 8.30 malam hingga 10.30 malam.



hidup ini terlalu indah untuk disiakan..


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya