#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

21 October 2012

Rashidah Rasul Qariah 2012


Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid AADK Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 13 September yang lalu. Tema majlis pada kali ini adalah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”. Majlis telah berlangsung dengan meriah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bandar Baru Bangi, Selangor. Pertandingan AlQuran dan Nasyid ini adalah dalam kalangan klien AADK dan para pegawai serta kakitangan.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg Puan Sri Dato' Zuraidah bt Hj Mohamed telah menyatakan perasaan bangga kerana kesemua peserta adalah sangat kreatif dan inovatif di mana mereka telah menyampaikan lagu nasyid ciptaan sendiri. Pertandingan seumpama ini telah berjaya mencungkil bakat klien dan pada masa yang sama menggalakkan mereka menjadikan agama sebagai panduan hidup.

Di samping itu, ukhuwwah di antara klien dan pegawai AADK turut dieratkan dan perpaduan dapat disemai dalam kalangan mereka. Katanya lagi, perpaduan adalah penting dalam melaksanakan dan meneruskan program-program transformasi yang sedang dilaksanakan oleh AADK sekarang seperti memberikan perkhidmatan secara terbuka, percuma dan tanpa melibatkan perundangan. 


 







Majlis diakhiri dengan sumbangan Yayasan Taqwa MAIWP berupa cek dan Al-Quran digital untuk digunakan oleh klien-klien AADK samada di Klinik Cure & Care 1Malaysia dan Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC).






Keputusan
Pertandingan Al-Quran &  Nasyid AADK Peringkat Kebangsaan:

Ulasan Juri.
YBhg Ustaz Hashim bin Harun sebagai Pengerusi Juri telah memberikan ulasan penjurian seperti berikut;
- Tajwid. Penguasaan para peserta dalam bidang adalah amat baik.
- Taranum & suara. Penguasaan taranum dan fasohah terutama dalam kalangan Qari adalah sangat baik.
- Fasohah. Secara umumnya, penguasaan dalam bidang fasohah telah meningkat dari tahun sebelumnya. 

Keputusan Pertandingan.
Kategori qariah kakitangan
1. 
Rashidah binti Rasul dari AADK Ibu Pejabat. 86%.
2. AADK kedah. 81%.
3. AADK pahang. 78%.

Kategori qari kakitangan
1.
Saharudin bin Mohd Nor dari CCRC Sungai Ruan. 92.5 %.
2. CCRC jelebu. 88%.
3. CCRC Gambang. 86%.

Kategori qari klien
1.
Isman Hadi bin Jaafar dari CCRC Papar.
2. CnC Karangan. 89%.
3. AADK Besut. 88%.

Kategori qariah klien
1. 
Rus Anisah binti Razak dari CCRC Bachok. 
2. CCRC Bachok.
3. CnC Tampoi.

Pertandingan Nasyid
1.  We read. CCRC Raub.
2. Shoutul ummah. CnC Tampin.
3. Izzul Islam. CCRC Tiang Dua.

tahniah kepada semua pemenang!!




hidup ini terlalu indah untuk disiakan....



1 comment:

  1. Tahniah Shidah.. Tak sangka, kann ramai orang yang berbakat di BTM tu..

    ReplyDelete

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya