#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

02 October 2012

wajah baru lorong haji taib, chow kit.


Lorong Haji Taib terletak di Kuala LumpurMalaysia, berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Lorong Haji Taib adalah diambil dari nama asal seorang yang bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batu SangkarBukittinggi di Sumatera BaratIndonesia (1858-1925).
Kawasan Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya menjadi buah mulut orang kerana sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah Kuala Lumpur berikutan terdapat ramai pelacur luar dan dalam negara yang beroperasi di sini. Selain itu banyak penagih dadah dan bapuk menjalankan kegiatan mereka di kawasan ini (wikipedia).

Pada tahun 1876, seorang pedagang dari Sumatera berketurunan Minangkabau, datang berhijrah ke KL (Kuala Lumpur). Beliau mempunyai kilang biji timah, tanah ladang, rumah dan kedai sekitar perkampungan Melayu di sini. Akhirnya kerana gigih dan tekun berusaha, beliau menjadi antara orang Melayu yang terkaya pada masa itu. 

Beliau meninggalkan banyak jasa kepada komuniti Melayu KL sekitar awal kurun ke 19, terlibat dengan penubuhan Kampung Baru KL, menjadi tokoh pembangunan, tokoh sejarah pembukaan KL dan kenalan rapat Sultan Abdul Samad . Nama beliau sebenar ialah Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batu SangkarBukittinggi diSumatera BaratIndonesia (1858-1925). Kini namanya diabadikan kepada nama sebatang jalan, yang terletak disalah satu kawasan paling sibuk di ibunegara, menjadi pusat perniagaan berdaya maju, iaitu Jalan Haji Taib. 


Rumah Terbuka Aidilfitri @ Chowkit


Pada sambutan Syawal yang lalu, Yayasan Salam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan jamuan hari raya di Lorong Haji Taib 3. Program ini telah disiarkan secara langsung di rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. Program ini juga telah mendapat liputan media yang luas di mana majlis telah diakhiri dengan siaran langsung temuramah dengan Ketua Pengarah AADK melalui Berita 1.30 di TV3.


Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menghargai klien, rakan kongsi dan ahli keluarga serta masyarakat yang telah banyak menyumbang dalam memastikan kesejahteraan dan kepulihan klien dalam meghadapi masalah dadah terutamanya di Chow Kit dan kawasan sekitarnya. 

Antara yang turut hadir dalam program ini adalah YBhg Datuk Ahmad bin A. Talib iaitu pemegang Amanah Yayasan Salam Malaysia, rakan media, ahli SKUAd 1Malaysia, pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan kerajaan, agensi swasta dan klien serta ahli keluarga mereka.

Program telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang disusun seperti jamuan makan, persembahan hari raya oleh artis jemputan, pertandingan hiasan gerai tercantik dan pemilihan anugerah glamor raya. 




keratan akhbar mengenai liputan majlis di NST











kisah-kisah di Lorong Haji Taib yang mungkin anda suka

layari Malam Tak Berbintang Di Lorong Hj Taib (Bhg 1 & 2) di sini syahrilkadir.wordpress

atau siapa haji taib: namanya digunakan pada lorong itu...
suaralabuan.blogspot.com




hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya