#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

27 November 2012

Temui Black, Stacy & Aris Ariwatan di AADK IDOL!!




"vibrant & alive"


Agensi Antidadah Kebangsaan akan menganjurkan Pertandingan AADK IDOL pada 4 Disember 2012 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya mulai 6.30 petang hingga 11.30 malam. Sebanyak 17 nyanyian akan dipersembahkan oleh klien dan kakitangan AADK iaitu kategori solo dan duet.

Tetamu Kehormat yang akan menghadiri majlis ini adalah YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis terkenal tanah air seperti Aris Ariwatan, Stacy, Black dan Zehra Zambri. 
Manakala pengacara yang bakal menggamatkan Dewan Plenari adalah Achong Sweetchild. 

Konsep program kali ini adalah berwarna MERAH. Warna merah dipilih kerana ia melambangkan keberanian, keceriaan, energi, kasih sayang dan aktif.
Bertemakan "Vibrant & Alive" AADK IDOL pada 4 Disember ini dijangka lebih ceria dan menghangatkan kerana kehadiran penonton dalam kalangan klien, Rakan Strategik dan Pintar serta NGO, SKUAD 1Malaysia serta penduduk sekitar Putrajaya. Para penonton / jemputan dialu-alukan untuk memakai pakaian mengikut warna tema.


Maklumat lanjut sila hubungi hafidah (03-89112391) atau tengku hanizar (03-89112395) di Bahagian Pencegahan, AADK Ibupejabat. Sila buat pengesahan awal kepada 
shafinaz (03-89112466) kerana tempat duduk adalah terhad.


Jumpa anda di sana!!!



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




17 November 2012

Latin America looks to Europe for drug fighting models


CADIZ, Spain (Reuters) - Latin American countries are turning to Europe for lessons on fighting narcotics abuse after souring on the prohibition-style approach of the violent and costly U.S.-led war on drugs.Until recently, most Latin American countries had zero-tolerance rules on drugs inspired by the United States.But now countries from Brazil to Guatemala are exploring relaxing penalties for personal use of narcotics, following examples such as Spain and Portugal that have channelled resources to prevention rather than clogging jails.
Latin America is the top world producer of cocaine and marijuana, feeding the huge demand in the United States and Europe. Domestic drug use has risen and drug gang violence has caused carnage for decades from the Mexican-U.S. border to the slums of Brazil.On Thursday, Uruguay's Congress moved a step closer to putting the state in charge of distributing legal marijuana. On the same day a leftist lawmaker in Mexico presented a bill to legalise production, sale and use of marijuana.
While the Mexican bill is unlikely to pass, it reflects growing debate over how to fight drug use in a country where 60,000 people have died since 2006 in turf battles between drug traffickers and clashes between cartels and security forces.Even top world cocaine producer Colombia, a stalwart U.S. partner in drug crop eradication campaigns and with one of the toughest anti-drug laws in Latin America, is hinting at change.Colombian President Juan Manuel Santos said on Thursday it was worth exploring the Portuguese model, one of the most liberal drug policies in the world. "The experience that you have had with drug consumption policies is very interesting to us. The entire world is looking for new ways to deal with the problem. I hope to learn more and more about the experience you have had," he said on a visit to Lisbon. 
Santos stopped in Portugal on his way to the Ibero-American summit in the Spanish city of Cadiz. Leaders there on Saturday called for analysing a shift toward regulating drug use rather than criminalising it.
Portugal decriminalised all drug use in 2001 to combat a serious heroin problem that had caused an outbreak of HIV/Aids among drug users. The shift has been hailed as a success story as consumption 
levels dropped below the European average.
"The positive evaluation of Portugal's model has taken away the fear in Latin America over reforms," said Martin Jelsma of the Transnational Institute, which advocates the liberalisation of drug laws in Latin America.
Spain - where drug consumption soared in the 1980s after the end of the Franco dictatorship - has tried to fight high cocaine use by emphasizing treatment programmes for addicts and declining to prosecute possession of small amounts of drugs for personal use.
Jelsma said cannabis initiatives such as Uruguay's have built on the experience in Catalonia and the Basque Country, in northern Spain, where the courts tolerate marijuana cultivation for personal use by members of social clubs.






(Fiona Ortiz, the Star Online, 17 November 2012)



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



16 November 2012

Pertandingan Akhir Lukisan Batik Dekorasi Dinding




Bertemakan Flora dan Fauna, pertandingan akhir lukisan batik dekorasi dinding akan diadakan di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur pada 22 November 2012 mulai 10 pagi hingga 5 petang. Seramai 30 peserta  dari Cure and Care Rehabilitation Centre dan Klinik Cure and Care 1Malaysia telah layak di peringkat saringan pertama dan akan menunjukkan kemahiran serta bakat masing-masing pada hari tersebut. Pertandingan ini julung kali diadakan secara terbuka dan orang ramai adalah dijemput hadir. 

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggilap bakat dan kemahiran klien dalam bidang melukis dan mencanting batik. Umum mengetahui bahawa kemahiran melukis dan mencanting batik boleh memberi pulangan yang lumayan. Oleh itu, sempena pertandingan akhir ini, pihak urusetia juga akan menjemput beberapa pengusaha batik terkenal di sekitar ibu kota untuk turut sama menyaksikan hasil batik dekorasi dinding yang bakal dihasilkan oleh para peserta. Mana tahu, mereka juga akan turut tertarik dan berminat dengan batik yang dihasilkan :)

Di samping acara pertandingan, pameran jualan hasil produk batik dan kraftangan dari beberapa CCRC terpilih dan Klinik Cure and Care 1Malaysia Bachok juga akan diadakan. 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi pihak urusetia di Bahagian Pencegahan, Agensi Antidadah Kebangsaan ( nazir: 03-89112410, adzif : 03-89112403 atau hafidah : 0389112391).

jumpa di sana!!!




hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




09 November 2012

peluang memenangi 6 hp pintar mulai 12 - 30 November !!



“Tweet Your Thought & Win”

·        2 Langkah mudah…
1.    Follow Twitter @SKUAD1Malaysia dan @AADK Malaysia
2.   Tulis mesej anda (contoh : nodrugsplease) #UnitedAgainstDrugs &
Tweet ke @SKUAD1Malaysia @AADK Malaysia
·        Enam pemenang akan dipilih





Terma dan Syarat:
1.      Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta ahli keluarga terdekat mereka.
2.     Peserta perlu mematuhi 2 langkah pertandingan seperti didalam poster.
3. Tempoh pertandingan 12 hingga 30 November 2012. 
   [Penyertaan akan ditutup jam 5.00 petang].
4.    Penganjur berhak meminda terma dan syarat pada bila-bila masa semasa tempoh peraduan berlangsung. Penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tamat tidak akan dilayan.
5.  Dengan penyertaan yang dihantar para peserta bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak AADK.
6.     Penyertaan akan dihakimi berdasarkan menepati langkah dan mematuhi terma serta syarat.
7. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika ianya melanggar terma & syarat.
8.     Keputusan hakim adalah muktamat dan segala bentuk surat menyurat tidak akan dilayan.
9. Pemenang akan dimaklumkan melalui page FB SKUAD 1Malaysia & twitter @SKUAD1Malaysia dan @AADK Malaysia.





hidup ini terlalu indah untuk disiakan...





terima kasih ben ashaari


benashaari.com telah membantu mempromosikan program sambung dialog FB SKUAD 1Malaysia pada 25 Mei - 27 Jun yang lalu. Bagi menghargai kerjasama blogger tersebut, YBhg Pn Sri Dato' Ketua Pengarah telah memberikan sijil penghargaan kepada beliau. 

Tahniah dan terima kasih Ben Ashaari.





hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

07 November 2012

Pentas Akhir Kugiran AADK 2012.




6 band hebat akan bertanding untuk merebut juara Pertandingan Akhir Kugiran AADK 2012. Saksikan kemunculan mereka di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 11 November 2012, pada pukul 8.00 pm. 

Bertemakan Pulih Melalui Muzik (HealingThrough Music), program ini diadakan sebagai satu penghargaan dan galakkan kepada klien agar terus menggunakan kebolehan dan kemahiran dalam bidang muzik dengan cara yang lebih positif.



the Brotherhood:
Wazwan Wahab (Vocalist)
Abdul Halim Omar (Backup Vocalist)
Izamuddin Abdul Latip (Lead Guitarist)
Nornaimuddin Mohamed Rasid (Rhythm Guitarist)
Hisham Abdul Ghani (Bass Guitarist)
Norhisham Kassim (Keyboardist)
latip Mohamad (Drummer)
Titian  Harapan:
Mohd Harmain Mahayuddinn (vocalist)
Khairul fahmi Rasol (vocalist 2)
Mohd Yusob Abu Bakar (vocalist 3)
Ahmad Dabri Sheikh Abu Bakar (lead guitarist)
Johari Ali (bass guitarist)
Rudy Salamat (drummer)
the Read Familia:
Arry Sonny Sidek (vocalist)
Mohd Fairul Mohd Pianna (lead guitarist)
Hasbullah Hanapi ( second guitarist )
Saharuddin Mohd Amin (bass guitarist)
Mohd Khairi Saidi (Keyboardist)
Ahmad Zainal Nurdin (drummer)
the Stingers:
Rooze  Ramiah (vocalist)
Shaherwanizam Shahril (vocalist)
Noor midi Taib (lead guitarist)
Rosle Amirul (second guitarist)
Moh Ghapar Musa (bass guitarist)
Mohd Fadli Abdullah (keyboardist)
Yusman mohd Noh (drummer)
the North Star:
Azrul Anwar Daud (vocalist)
Mohd Nizam Zainan (vocalist)
Mohd Nizam Ahmad (lead guitarist)
Maarajuddin Said (second guitarist)
Abdul Latif Md Salleh (bass guitarist)
Arman Hamid (percussion / back-up vocalist)
Faizul Aizan Ismail (drummer)
Overstige:
Muhammad Wazir Safik Idris (vocalist)
Zaidi Nuraldin (Second Vocalist / Lead Guitarist)
Samsul Azhan Zainal Abidin (Rhythm Guitarist)
Nasri Safaruddin (Bass Guitarist)
Muhammad Ashraff Azmi (keyboardist)
Muhammad Suffian Omar Bakhi (drummer)


Lagu-lagu yang akan dipersembahkan adalah Meniti Suratan, Nikotika, Terasing, Gelora Cinta, Gemuruh, Boulevard, Isi dan Kulit, Terharu, Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara, Diam-Diam Jatuh Cinta, Rajawali Terbang Tinggi & Gerhana.

Ayuh beramai-ramai ke sana!!


Muzik telah digunakan secara meluas dalam bidang kesihatan, iaitu untuk meningkatkan kesejahteraan pesakit, mengurangkan tekanan dan mengalihkan tumpuan pesakit dari mengalami perasaan, pemikiran dan simptom yang kurang menyenangkan..read more...

Kisah hebat Pertandingan Kugiran AADK 2011....click here..



hidup ini terlalu indah untuk disiakan.....









06 November 2012

DFYA volunteers in action!!




Tiada apa yang lebih mulia dari memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.. Sekumpulan sukarelawan dari Drug Free Youth Association telah menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga yang memerlukan di Pangsapuri Sri Purnama, Subang Bestari pada hari 3 November 2012 lepas. Bantuan adalah dalam bentuk pemberian pakaian dan permainan kanak-kanak yang telah dikumpulkan dalam kempen Donate With Your HEART sebelum itu..

Tahniah Khai dan DFYA. see more...




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya