#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

27 November 2012

Temui Black, Stacy & Aris Ariwatan di AADK IDOL!!




"vibrant & alive"


Agensi Antidadah Kebangsaan akan menganjurkan Pertandingan AADK IDOL pada 4 Disember 2012 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya mulai 6.30 petang hingga 11.30 malam. Sebanyak 17 nyanyian akan dipersembahkan oleh klien dan kakitangan AADK iaitu kategori solo dan duet.

Tetamu Kehormat yang akan menghadiri majlis ini adalah YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis terkenal tanah air seperti Aris Ariwatan, Stacy, Black dan Zehra Zambri. 
Manakala pengacara yang bakal menggamatkan Dewan Plenari adalah Achong Sweetchild. 

Konsep program kali ini adalah berwarna MERAH. Warna merah dipilih kerana ia melambangkan keberanian, keceriaan, energi, kasih sayang dan aktif.
Bertemakan "Vibrant & Alive" AADK IDOL pada 4 Disember ini dijangka lebih ceria dan menghangatkan kerana kehadiran penonton dalam kalangan klien, Rakan Strategik dan Pintar serta NGO, SKUAD 1Malaysia serta penduduk sekitar Putrajaya. Para penonton / jemputan dialu-alukan untuk memakai pakaian mengikut warna tema.


Maklumat lanjut sila hubungi hafidah (03-89112391) atau tengku hanizar (03-89112395) di Bahagian Pencegahan, AADK Ibupejabat. Sila buat pengesahan awal kepada 
shafinaz (03-89112466) kerana tempat duduk adalah terhad.


Jumpa anda di sana!!!



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya