#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

28 February 2013

26 February 2013

Peluang menang mini iPad




ekspresi ‘ikrar AMAN’



Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan yang disambut pada 19 Februari setiap tahun, Agensi Antidadah Kebangsaan menganjurkan Pertandingan Ekpresi 'ikrar  AMAN'. Ia adalah sejajar dengan slogan Kementerian Dalam Negeri buat masa ini yang  mengutamakan keamanan. Di samping itu, logo SKUAD Muda KDN juga turut menunjukkan lambang keamanan. 

Aktiviti 'ikrar  AMAN' diharap akan mencetuskan kesedaran dalam kalangan sukarelawan antidadah mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga keamanan di samping melaksanakan aktiviti antidadah serta rawatan dan pemulihan. Selaras dengan tema sambutan pada kali ini iaitu “Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab”, SKUAD 1Malaysia wajar diposisikan dalam barisan paling hadapan para sukarelawan di Malaysia dan di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk memelihara dan mencintai keamanan.

Aktiviti Ikrar Aman juga akan menjadi platform golongan muda dan belia untuk menyatakan komitmen dan kemahuan mereka dengan cara yang kreatif. Ia akan dilaksanakan sebagai “to build up momentum” gerakan dan gelombang kesukarelaan SKUAD 1Malaysia dari seluruh Negara dan semangat tersebut akan dibawa ke majlis pelancaran Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan di Kluang pada 17 Mac 2013. Yang menariknya, penyertaan bertuah akan dicetak dan dipaparkan di booth SKUAD 1Malaysia.

Jom sertai!!


·         3 Langkah mudah…

  1. Like page facebook SKUAD 1Malaysia & follow twitter SKUAD 1Malaysia & twitter AADK Malaysia.
  2. Muat turun (download) & cetak imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan ambil gambar menggunakan jpg. ‘ikrar AMAN’ secara kreatif dan menarik
atau

       menggunakan  imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan diletakkan di dalam gambar secara kreatif dan menarik
  1. Muat naik (upload) gambar ekspresi ‘ikrar AMAN’ anda di facebook SKUAD 1Malaysia

  • 1 Pemenang Utama, 50 Pemenang Hadiah Sampingan...

1 pemenang hadiah utama (mini iPad) & 50 pemenang bertuah (hadiah bernilai RM50.00)







Terma dan Syarat:
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta ahli keluarga terdekat mereka.
  2. Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan tetap menjadi hak milik AADK.
  3. AADK berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.
  4. Tarikh pertandingan mulai 26 Februari hingga 29 Mac 2013. [Penyertaan akan ditutup jam 5.00 petang].
  5. Penganjur berhak meminda terma dan syarat pada bila-bila masa semasa tempoh peraduan berlangsung. Penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tamat tidak akan dilayan.
  6. Peserta hendaklah memastikan keaslian gambar yang diambil adalah terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan.
  7. Peserta perlu Like page FB SKUAD 1Malaysia & menjadi follower twitter SKUAD 1Malaysia & twitter AADK Malaysia.
  8. Setiap penyertaan gambar perlu mempunyai imej jpg. ‘ikrar AMAN’ yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti di lampiran A.
  9. Kaedah bergambar adalah seperti berikut :
i.      Muat turun (download) & cetak imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan ambil gambar menggunakan jpg. ‘ikrar AMAN’ secara kreatif dan menarik
            atau
            menggunakan  imej jpg. ‘ikrar AMAN’ dan diletakkan di dalam    gambar secara kreatif dan menarik.

  1. Muat naik (upload) gambar ekspresi ‘ikrar AMAN’ anda di facebook SKUAD 1Malaysia
  2. Ingatan : Jika langkah 8, tidak dipatuhi pernyertaan peserta dibatalkan.
  3. Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kriteria: kreativiti, keunikan, menepati tema dan mematuhi terma serta syarat.
  4. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika ianya melanggar terma & syarat.
  5. Keputusan hakim adalah muktamat dan segala bentuk surat menyurat tidak akan dilayan.
  6. Pemenang akan dimaklumkan melalui page FB SKUAD 1Malaysia.




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan....



21 February 2013

Kempen Penanaman 1 Juta Pokok Telah Bermula

Program My Beautiful Malaysia telah selesai dilaksanakan secara serentak di seluruh negara baru-baru ini. Program ini telah berjaya menarik para sukarelawan di seluruh negara untuk mengindahkan kawasan dan membuat kerja amal serta memberi bantuan terhadap mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya 18,000 orang SKUAD 1Malaysia telah terlibat dalam program tersebut.


Bagi meneruskan agenda kesukarelaan SKUAD Muda KDN, Kempen Penanaman 1 Juta Pokok telah dilancarkan oleh YBhg Dato' Sri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 15 Februari 2013 di Kompleks Mini KDN, Ipoh. 


Program tersebut merupakan antara aktiviti dalam siri program turun padang beliau ke negeri Perak. Setelah selesai membuat lawatan  kerja ke Jabatan Pendaftaran Negara, di Urban Transformation Centre (UTC) Ipoh, beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Mini KDN, Ipoh seterusnya membuat pelancaran tersebut.



Beliau menanam sebatang pokok untuk perasmian dan sebagai tanda bermulanya kempen Penanaman 1Juta Pokok Skuad Muda KDN.

bergambar kenang-kenangan dengan SKUAD 1Malaysia Perak
(sumber: http://portal.ikdn.gov.my/2013/02/program-turun-padang-ybhg-dato-sri-ketua-setiausaha-kementerian-dalam-negeri-ke-negeri-perak/)



SKUAD 1Malaysia akan turut menyahut Kempen Penanaman 1 Juta Pokok dengan mengadakan aktiviti penanaman pokok mulai 23 Februari sehingga 23 Mac 2013. Antara matlamat program ini adalah untuk menggerakkan aktiviti kesukarelaan dan kemasyarakatan di bawah Kementerian Dalam negeri secara bersepadu.

Semua pejabat AADK Negeri, AADK Daerah, Klinik Cure and Care 1Malaysia, Cure and Care Service Centre, Caring Community House dan Cure and Care Rehabilitation Centre sedang merancang pelaksanaan kempen tersebut. Tidak ketinggalan AADK Ibupejabat juga akan turut mengadakan aktiviti penanaman pokok pada 23 Februari 2013, mulai 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini akan turut dihadiri oleh Ybhg Puan Sri Dato' Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian, pegawai dan kakitangan serta ahli SKUAD 1Malaysia. Adalah disasarkan 100,000 pokok akan ditanam oleh sukarelawan antidadah di sepanjang kempen ini berlangsung.

hargai dan nikmati keindahan alam sekitar!


"Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia 1 Tanggungjawab"


Sertai twitter AADK Malaysia dan Skuad 1Malaysia dan tweet aktiviti sukarela anda #KesukarelaanBukan PilihanIa1Tanggungjawab





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

















19 February 2013

Nantikan Adam & Mia..







Nantikan kisahnya di http://wecareweserve.org/





PERUTUSAN YBHG. KETUA PENGARAH AADK SEMPENA PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2013


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran  ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat izin, limpah kurnia dan ‘inayahNya,  Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013 kali ke 30 dapat disambut lagi pada tahun ini dengan tema  ‘KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, IA SATU TANGGUNGJAWAB’.   Tema ini sejajar dengan ketetapan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,di mana  tahun 2013 merupakan tahun kesukarelaan negara.  ini Diharapkan tema ini dapat menyuntik dan menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan masyarakat  terutama ahli - ahli SKUAD 1Malaysia bagi terus aktif membantu  melaksanakan program-program pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan di seluruh Negara. 

Setelah  30 tahun  kerajaan mengistiharkan dadah sebagai musuh no 1 Negara,   pelbagai pendekatan telah dilaksanakan bagi membantu masyarakat yang terlibat dengan  penyalahgunaan dan penagihan dadah.  Namun demikian, pendekatan tersebut masih tidak menampakkan hasil yang optima dan meyakinkan masyarakat.  Sehubungan ini, satu pendekatan baru yang lebih mesra dan terbuka kepada seluruh masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah telah dilaksanakan di bawah transformasi AADK.   

Dengan mengambil kira trend penagihan dadah yang lebih kompleks, pendekatan tradisional yang digunakan sebelum ini telah ditukar di bawah transformasi pogram rawatan, perubatan dan pemulihan dengan mewujudkan 10 buah klinik Cure n Care 1Malaysia (C&C 1Malaysia), 52 buah Cure n Care Servis Center (CCSC) dan 76 buah Caring Community House (CCH). Di bawah program transformasi ini penagih dadah dilayan sebagai pesakit  dan tidak terikat dengan undang-undang. Bagi mereka yang mempunyai masalah dadah boleh mendapatkan perkhidmatan di semua fasiliti AADK yang terdapat di seluruh negara. 

Bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam program-program pencegahan dadah, sukarelawan antidadah telah digabungkan menjadi SKUAD 1Malaysia.  SKUAD 1Malaysia akan menjadi agen dalam melaksanakan program-program AADK kerana mereka lebih menghayati masalah ahli komuniti yang berhadapan dengan isu penyalagunaan dan penagihan dadah. Memandangkan SKUAD 1Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti, mereka lebih mengenali dan memahami situasi dadah semasa di kawasan mereka dan mudah dihubungi oleh mereka yang menghadapi masalah dadah.   Bilangan ahli SKUAD 1Malaysia sehingga 31 Disember 2012 adalah seramai 255, 256 orang. 

Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013, marilah kita bertekad dan berazam untuk sama-sama menyemarakkan semangat kesukarelaan bagi membantu kerajaan untuk membendung masalah penagihan dadah. 

Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih di atas kegigihan ahli-ahli SKUAD 1Malaysia, rakan strategik dan rakan pintar serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah bersama-sama melaksanakan program-program pencegahan dadah dan rawatan dan pemulihan.   Komitmen dan kerja keras semua pihak diharap dapat diteruskan daripada masa ke semasa.  Kerjasaama erat yang telah terjalin ini biarlah terus kukuh dan  berkekalan sehingga dapat melahirkan masyakat Malaysia bebas dadah.

Akhir kata saya yakin,  Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013 ini akan mencetuskan pemikiran baru masyarakat Malaysia untuk sama-sama memikul tanggungjawab menghadapi cabaran dalam menangani  masalah dadah. 
         
    “KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, IA SATU TANGGUNGJAWAB”

         
Sekian, terima kasih.

15 February 2013

Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013




Perhimpunan sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan akan dijalankan serentak di seluruh pejabat AADK negeri pada 19 Februari 2013. Lokasi perhimpunan peringkat AADK Negeri akan diadakan seperti berikut:


BIL
NEGERI
LOKASI
PENYERTAAN
1
Perlis
CCRC Bukit Chabang
Pegawai & Kakitangan / Klien CCRC
2
Pulau Pinang
CCRC Kg. Selamat
Pegawai & Kakitangan / Klien CCRC
3
Perak
Mini Klinik C&C Kinta
Pegawai & Kakitangan / Ahli SKUAD / Residen
4
Kelantan
CCH Pasir Mas
Pegawai & Kakitangan / Ahli SKUAD
5
Negeri Sembilan
CCSC Port Dickson
Pegawai & Kakitangan / Residen
6
Selangor
Dewan Perpaduan Bangunan Persekutuan
Pegawai & kakitangan / Klien CCSC
7
Pahang
CCH Pekan
Pegawai & Kakitangan / OKP / AJK SKUAD / AJK CCH
8
Sarawak
CCRC Kuching
Pegawai & Kakitangan / Klien / OKP
9
Sabah
CCRC Papar
Pegawai & Kakitangan / klien
10
Terengganu
Dewan Seri Amar, Tingkat 6, Wisma Seri Amar, Terengganu.
Pegawai & Kakitangan / Ahli SKUAD
11
Kedah
CCSC Kuala Muda
Pegawai & Kakitangan / Ahli SKUAD / JKPD / OKP
12
Melaka
AADK Daerah Jasin
Pegwai & Kakitangan / Ahli SKUAD / Klien / OKP / Ahli CCH
13
Kuala Lumpur
Auditorium KDN, Jln Duta
Pegawai & Kakitangan
14
Johor
Klinik C&C 1 Malaysia Tampoi
Pegawai & kakitangan / Klien Desa Damai / Residen / PRS


Manakala perhimpunan peringkat Ibupejabat AADK akan disiarkan secara 'live' mulai 8.30 pagi. Acara kemuncak adalah perutusan YBhg Puan Sri Dato' Ketua Pengarah dan soft launch kempen antidadah yang baru..

Nantikan kisah Mia dan Adam..

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2013? sila klik di sini:

1. Khutbah Jumaat sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaaan 
http://nodrugplease.blogspot.com/2013/02/khutbah-jumaat-sempena-sambutan.html

2. Perutusan Ketua Pengarah AADK Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 
http://nodrugplease.blogspot.com/2013/02/perutusan-ybhg-ketua-pengarah-aadk.html

3. Ikrar Aman sempena Sambutan  Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 
http://nodrugplease.blogspot.com/2013/02/peluang-menang-mini-ipad.html



Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya