#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

19 February 2013

PERUTUSAN YBHG. KETUA PENGARAH AADK SEMPENA PERINGATAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2013


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran  ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat izin, limpah kurnia dan ‘inayahNya,  Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013 kali ke 30 dapat disambut lagi pada tahun ini dengan tema  ‘KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, IA SATU TANGGUNGJAWAB’.   Tema ini sejajar dengan ketetapan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,di mana  tahun 2013 merupakan tahun kesukarelaan negara.  ini Diharapkan tema ini dapat menyuntik dan menyemarakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan masyarakat  terutama ahli - ahli SKUAD 1Malaysia bagi terus aktif membantu  melaksanakan program-program pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan di seluruh Negara. 

Setelah  30 tahun  kerajaan mengistiharkan dadah sebagai musuh no 1 Negara,   pelbagai pendekatan telah dilaksanakan bagi membantu masyarakat yang terlibat dengan  penyalahgunaan dan penagihan dadah.  Namun demikian, pendekatan tersebut masih tidak menampakkan hasil yang optima dan meyakinkan masyarakat.  Sehubungan ini, satu pendekatan baru yang lebih mesra dan terbuka kepada seluruh masyarakat yang mempunyai permasalahan dadah telah dilaksanakan di bawah transformasi AADK.   

Dengan mengambil kira trend penagihan dadah yang lebih kompleks, pendekatan tradisional yang digunakan sebelum ini telah ditukar di bawah transformasi pogram rawatan, perubatan dan pemulihan dengan mewujudkan 10 buah klinik Cure n Care 1Malaysia (C&C 1Malaysia), 52 buah Cure n Care Servis Center (CCSC) dan 76 buah Caring Community House (CCH). Di bawah program transformasi ini penagih dadah dilayan sebagai pesakit  dan tidak terikat dengan undang-undang. Bagi mereka yang mempunyai masalah dadah boleh mendapatkan perkhidmatan di semua fasiliti AADK yang terdapat di seluruh negara. 

Bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam program-program pencegahan dadah, sukarelawan antidadah telah digabungkan menjadi SKUAD 1Malaysia.  SKUAD 1Malaysia akan menjadi agen dalam melaksanakan program-program AADK kerana mereka lebih menghayati masalah ahli komuniti yang berhadapan dengan isu penyalagunaan dan penagihan dadah. Memandangkan SKUAD 1Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti, mereka lebih mengenali dan memahami situasi dadah semasa di kawasan mereka dan mudah dihubungi oleh mereka yang menghadapi masalah dadah.   Bilangan ahli SKUAD 1Malaysia sehingga 31 Disember 2012 adalah seramai 255, 256 orang. 

Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013, marilah kita bertekad dan berazam untuk sama-sama menyemarakkan semangat kesukarelaan bagi membantu kerajaan untuk membendung masalah penagihan dadah. 

Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih di atas kegigihan ahli-ahli SKUAD 1Malaysia, rakan strategik dan rakan pintar serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah bersama-sama melaksanakan program-program pencegahan dadah dan rawatan dan pemulihan.   Komitmen dan kerja keras semua pihak diharap dapat diteruskan daripada masa ke semasa.  Kerjasaama erat yang telah terjalin ini biarlah terus kukuh dan  berkekalan sehingga dapat melahirkan masyakat Malaysia bebas dadah.

Akhir kata saya yakin,  Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013 ini akan mencetuskan pemikiran baru masyarakat Malaysia untuk sama-sama memikul tanggungjawab menghadapi cabaran dalam menangani  masalah dadah. 
         
    “KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, IA SATU TANGGUNGJAWAB”

         
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya