#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

12 April 2013

Hargai Keamanan 6



hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

Hargai keamanan 5



hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

hargai keamanan 4




hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

Pameran Antidadah di Dataran Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan


 Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang pada 30 hingga 31 Mac 2013 (Sabtu hingga Ahad), bertempat di Dataran Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaacob.

Program berbentuk mini karnival ini disertai oleh sebanyak 35 jabatan kerajaan dan beberapa NGO seperti AADK, LPPKN, Jabatan Kesihatan, PTPTN, Jabatan Penerangan, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan di booth pameran AADK adalah:
i. Pendaftaran Ahli SKUAD 1Malaysia
ii.Kaunter LIKE FACEBOOK dan TWITTER AADK Malaysia dan SKUAD 1Malaysia
iii.Kaunter Khidmat Nasihat & Aduan
iv.Permainan Dam Ular dan Kuiz Antidadah
v.Permainan lantun bola pingpong dalam cawan
vi.Pemeriksaan kesihatan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari CCRC Gambang


Perasmian oleh Menteri Besar Pahang


 Penyampaian cenderahati oleh Pengarah AADK Negeri Pahang kepada Menteri Besar Pahang semasa lawatan ke Booth Pameran AADK 

     Pemeriksaan kesihatan oleh Penolong Pegawai Perubatan CCRC Gambang
  
Menteri Besar Pahang sedang beraksi di permainan ‘Sasarkan Gol’


Pendaftaran Ahli SKUAD 1Malaysia


Penerangan di Bas Pameran oleh kakitangan yang bertugas


Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan seramai 5000 orang pengunjung yang hadir.


hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




Minggu Antidadah SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat



Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus melaksanakan program pencegahan bersama komuniti supaya impaknya lebih besar kepada masyarakat. 

Bagi memastikan visi membanteras masalah penagihan dadah tercapai, AADK telah melaksanakan pelbagai program secara tersusun dan terancang bersama komuniti yang mana akan memberikan impak tinggi kepada masyarakat.

Baru-baru ini bas pameran AADK  telah diundang ke SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat sempena Minggu Antidadah pada 14 Mac 2013. Objektif utama pameran ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada para pelajar sekolah supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi dadah.

Bas pameran telah diletakkan di perkarangan bangunan SMK Tanjung Sepat bagi memudahkan aktiviti pameran dan lawatan pelajar sekolah. Aktiviti pameran bermula jam 9.00 pagi dan pelajar-pelajar telah membuat lawatan secara giliran mengikut kelas. 

Diharapkan dengan pameran seperti ini para pelajar di peringkat sekolah mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah.




                            


hidup ini terlalu indah untuk disiakan...


Bas Pameran AADK di Kampung Bawong, Sungai Siput



Pada 30 Mac 2013, program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) telah diadakan bertempat di Kampung Bawong, Sungai Siput (U), Perak.

Program yang dianjurkan oleh Unit Koordinasi Strategi Nasional, Kementerian Kewangan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hj. Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, Menteri Kewangan II Malaysia. 


Beberapa orang VVIP turut hadir bagi memeriahkan program berkenaan iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ SK Devamany, Pengerusi Barisan Nasional Sungai Siput Dato’ Seri Samy Vellu  dan  ADUN Lintang,YB Datuk Ahamad.



Pada program kali ini, pengunjung berpeluang menaiki bas pameran AADK. Selain menyaksikan pameran antidadah dan tayangan Video antidadah, sesi penerangan kepada pengunjung dan sesi soal jawab turut diadakan.





Program sehari tersebut telah berjaya menarik seramai 1,000 orang pengunjung  yang terdiri daripada penduduk Orang Asli dan Masyarakat Setempat.  


hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya