#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

03 May 2013

Pameran Antidadah di Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia 2013

Angkatan Tentera Malaysia(ATM) telah menganjurkan Hari Terbuka ATM yang diadakan serentak di seluruh negara pada 6 April 2013 (Sabtu)  lalu.

Di peringkat negeri Pahang, program berkenaan telah diadakan di Pangkalan Udara Kuantan dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak. Turut hadir sama ke majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Karnival Hari Terbuka ATM ini adalah merupakan kesinambungan dari program My Beautiful Malaysia. 

Pelbagai agensi kerajaan dan NGO telah dijemput untuk mengadakan pameran seperti Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), Tentera Darat 12 RAMD, Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK), Jabatan Penjara dan lain lain.

Antara persembahan menarik minat pengunjung di Karnival Hari Terbuka ATM ini adalah seperti  Tempur Tanpa Senjata Oleh Tentera Darat, Semaphone (Isyarat menggunakan bendera), Air Force Drumline oleh Tentera Udara, Free Fall Demo dan Demonstrasi Pasukan Khas (Hostage Rescue).

Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) turut membuka kaunter khidmat nasihat dan LIKE Facebook SKUAD 1Malaysia dan follow Twitter SKUAD 1Malaysia. Pengunjung pameran juga berpeluang menaiki bas pameran AADK yang turut disediakan di tapak karnival.

Kehadiran pengunjung di program tersebut adalah seramai 30,000 orang.







Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya