#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

03 May 2013

Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2013 peringkat Negeri Pahang


Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tangungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosio politik serta ekonomi Negara kita.

Objektif program Sambutan Peringatan HADK adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap kesihatan dan kesejahteraan dan menggerakkan SKUAD 1Malaysia dan ahli komuniti dalam memerangi masalah dadah dalam komuniti mereka. Ia juga bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan terkini kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah. Tema yang digunakan adalah "Kesukarelaan Bukan Pilihan , Ia Satu Tanggungjawab".

Pada 7 April 2013, bertempat di Perkarangan Dewan serbaguna, Taman Tas, Kuantan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang telah menganjurkan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan(HADK) 2013.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YBhg. Dato’Mohamed Suffian bin Awang. Beberapa orang kenamaan turut hadir memeriahkan program ini iaitu YB. Dato' Mohd.Zaili Bin Haji Besar dan Ahli Parlimen Paya Besar, Y.B. Dato' Haji Abdul Manan bin Ismail.

AADK juga telah menjemput sebanyak 30 jabatan kerajaan untuk turut serta mengadakan pameran seperti PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan lain-lain lagi.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, pelbagai aktiviti dan program menarik telah disediakan. Acara berbentuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, konvoi SKUAD 1Malaysia, Kayuhan Basikal Ziarah Kasih, permainan Sasarkan Gol, Dam Aji dan tarik tali telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

















No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya