#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

23 July 2013

Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab


Bertepatan dengan pelancaran tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan negara oleh YB Perdana Menteri Malaysia, tema sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2013 iailah "Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab".

Mengapa ia satu tanggungjawab?

·    Masalah dadah masalah semua.
Dadah tidak mengenal mangsanya. Ia tidak mengenal warna kulit, agama, latar belakang dan fahaman politik. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan diri dan ahli keluarga tidak terlibat dengan masalah dadah.

·    Kesan dadah sangat memudaratkan.
Jenis dadah yang disalahgunakan pada masa kini telah berubah berbanding jenis dadah tradisional seperti ganja dan heroin. Dadah jenis stimulan seperti syabu dan ecstacy boleh menyebabkan seseorang bertindak sangat agresif dan di luar kawalan. Jika tidak dibendung, ia sudah tentu akan memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.

·    Selamatkan kanak- kanak dan remaja. Mereka harapan masa depan.
Kita perlu melindungi golongan kanak-kanak dan remaja kerana mereka mudah terdedah dengan risiko penagihan dadah. Ini adalah kerana mereka suka mencuba perkara baru yang mungkin membahayakan diri. Sikap tidak prihatin dan tidak ambil peduli terhadap kanak-kanak dan remaja akan menyebabkan mereka hilang pedoman dan mudah terpengaruh dengan nilai-nilai yang negatif.

·    Komuniti sejahtera di tangan anda.
   Inginkan kesejahteraan di dalam persekitaran anda? Tiada orang lain yang boleh menyediakannya kecuali anda sendiri. Mulakan sekarang!



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...








Hari Antidadah Antarabangsa 2013

Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2013 telah disambut meriah tahun ini dengan kehadiran 4,388 orang di Dewan Plenari, PICC. 3,550 orang dari jumlah peserta yang hadir merupakan ahli SKUAD 1Malaysia dari seluruh negara. Manakala bakinya merupakan sukarelawan dari Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta pegawai dan kakitangan AADK.

Objektif Sambutan.
1. Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap kesihatan dan kesejahteraan.

2. Menggerakkan SKUAD 1Malaysia dan ahli komuniti dalam mengatasi masalah dadah d kawasan masing-masing.

3. Menyampaikan maklumat perkhidmatan terkini kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah.
                                           
Aktiviti yang disediakan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program sambutan tersebut. Antaranya adalah pameran oleh SKUAD 1Malaysia negeri Selangor, Perak, Terengganu, Johor dan Melaka. Di samping itu, pameran jualan produk turut diadakan. Booth fun games juga telah mendapat perhatian dari ahli-ahli SKUAD 1Malaysia. 

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis nasyid terkenal iaitu Nowseeheart, Juara AADK Idol dan Drug Free Youth Association. Di samping itu, Pertandingan Spontan Gwiyomi turut diadakan dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peserta.

Pameran Perkhidmatan AADK.
Hari Antidadah Antarabangsa 2013 telah diwarnakan dengan pameran perkhidmatan AADK seperti cure and care, SKUAD 1Malaysi dan Drugs Free Zone. Pameran Drugs Free Zone adalah pertama kali diperkenalkan kepada umum iaitu dengan tujuan untuk memberi maklumat dan informasi kepada pengunjung yang hadir mengenai perkhidmatan Pengesanan dan Pengawasan.

Ucapan Pelancaran YB Dato' Seri Menteri Dalam Negeri.
Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini adalah sangat berjaya dari segi penganjurannya. Semangat dan moral ahli-ahli SKUAD 1Malaysia yang tinggi ternyata memeriahkan suasana sambutan. Dewan Plenari telah digamatkan dengan sorakan dan laungan antidadah oleh ahli SKUAD 1Malaysia terutama apabila YB Menteri Dalam Negeri membuat ucapan pelancaran.

YB Menteri Dalam Negeri telah melakar sejarah memberi ucapan yang sangat bermakna dan membakar semangat remaja dan belia yang hadir pada hari tersebut. Ia merupakan ucapan spontan dan dari 'hati' serta sangat bertepatan dengan tema sambutan pada kali ini. Ia juga terbukti apabila setiap patah perkataannya mendapat tepukan dan sorakan dari seluruh peserta yang hadir. YB menteri Dalam Negeri turut memberi semangat kepada semua ahli SKUAD 1Malaysia agar menjadi sukarelawan antidadah dan membantu AADK terutamanya klien yang terlibat dengan masalah dadah. 

Tema.
Tema Hari Antidadah Antarabangsa 2013 adalah "Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab". Tema ini telah digunakan sejajar dengan pelancaran tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan negara oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Tema ini dipilih sebagai satu galakkan kepada semua remaja dan belia untuk terlibat dengan kerja-kerja sukarela terutamanya yang melibatkan permasalahan dadah. Di dalam keadaan masyarakat sekarang yang banyak berlakunya masalah sosial dan gejala negatif, adalah lebih baik kita melibatkan golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti yang positif dan berfaedah agar mereka tidak menyumbang ke arah meningkatkan masalah sosial sedia ada.
Baca lanjut mengenai kesukarelaan bukan pilihan, ia satu tanggungjawab di sini...
http://nodrugplease.blogspot.com/2013/07/kesukarelaan-bukan-pilihan-ia-satu.html


Pelancaran Kempen Antidadah Baharu.
Di majlis ini juga kempen antidadah telah dilancarkan. Kempen ini merupakan pendekatan terbaharu AADK dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai bahaya dadah kepada kesihatan diri dan membawa kesengsaraan kepada ahli keluarga. 
Baca lanjut mengenai pelancaran kempen antidadah terbaharu di sini..http://nodrugplease.blogspot.com/2013/07/ambil-kisah-ambil-tindakan-kempen.html























hidup ini terlalu indah untuk disiakan ...

22 July 2013

Ambil Kisah. Ambil Tindakan. Kempen Antidadah Baharu


Pelancaran kempen antidadah terbaharu telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri pada 7 Julai 2013 dalam program Hari Antidadah Antarabangsa 2013 di PICC. Pelancaran kempen antidadah ini merupakan usaha terkini kerajaan dalam memberi kesedaran mengenai bahaya dadah kepada seluruh rakyat Malaysia. Pendekatan kekeluargaan, kasih sayang dan keprihatinan ahli keluarga mampu menghindarkan anak-anak dan orang yang tersayang dari masalah penagihan dadah. Inilah mesej utama yang ingin disampaikan melalui Kisah Mia dan Adam. Saksikan kisah selanjutnya di wecareweserve.org.

Ambil Kisah. Ambil Tindakan. 


acara pelancaran oleh tetamu VVIP

bergambar bersama para pelakon yang menjayakan iklan Kisah Mia dan Adam

Mia Sara, Zahiril Adzim, Safura dan Arash bersama Ketua Pengarah AADK dan YB Menteri Dalam Negeri


Ambil Kisah. Ambil Tindakan..



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan ..


Kisah Mia & Adam Ep 3

03 July 2013

PROGRAM DI KEM PLKN SRI KANDI KOTA KUALA MUDA KEDAH

Program kerjasama di antara Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK ) telah dijalankan pada 02 Jun 2013 (Ahad), bertempat di Kem PLKN Sri Kandi Kota Kuala Muda, Kedah yang telah disertai seramai 114 orang pelatih PLKN. 

Ini merupakan satu langkah yang bijak kerana penyebaran maklumat mengenai dadah dan kesannya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan Negara dapat disampaikan secara lebih teratur melalui program yang dirancang. 

Pengisian program juga lebih kepada melatih para peserta supaya dapat berfikir dan tidak hanya komunikasi sehala.  Program ini juga dapat memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama di antara ahli kumpulan.

                                            Sesi Penerangan Tentang Penyalahgunaan Dadah


Pelatih PLKN menjalani aktiviti Latihan Dalam Kumpulan



                                 



Sesi Pembentangan Para Pelatih PLKN




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...


PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH DI KILANG SHARP CORPORATION SDN. BHD

Pencegahan merupakan strategi utama dalam menangani permasalahan dadah dari terus mengancam masyarakat dan negara. Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang merangkumi pendidikan pencegahan dadah dan publisiti bagi memastikan tempat kerja bebas daripada penyalahgunaan dadah. 

Penyalahgunaan dadah di tempat kerja mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta              benda dan menjejaskan imej organisasi. Penyalahgunaannya juga merupakan satu ancaman kerana penyalahgunaan dadah menjejaskan keupayaan untuk bekerja dengan selamat, membawa masalah kepada majikan dan menjejaskan imej organisasi serta produktiviti negara.

AADK Daerah Kuala Muda telah mengadakan Program tempat kerja bebas dadah di peringkat swasta (TEKAD) pada 20 Mei 2013 (Isnin) bertempat di Sektor Perkilangan SHARP Corporation Sdn. Bhd. Sungai Petani, Kedah.  

Program ini telah dihadiri seramai 100 pekerja. Aktiviti pameran serta sesi ceramah turut dilaksanakan.  Program seperti ini telah mendapat sambutan oleh pekerja kilang tersebut.

Objektif melaksanakan program ini adalah memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah di tempat kerja dan menyediakan program pemulihan yang berkesan dan mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

Ceramah dari Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda



Pameran Di Kawasan Kantin Kilang SHARP



Hidup ini terlalu indah disiakan...


Minggu Pencegahan Dadah di SMK Engku Husin, Semenyih

Pada 18.6.2013 ( Selasa ) Sekolah SMK Engku Husin telah mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bertajuk Minggu Pencegahan Dadah. 

Program yang melibatkan pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah berkenaan bahaya terlibat dengan dadah.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pameran Bas Bergerak AADK, Pertandingan Karangan esei, Kuiz dan melukis poster.

Antara pelajar yang mengunjungi Pameran Bas Bergerak AADK 



                                  Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

“A Day With Counseling” di Universiti Asia Metropolitan (AMU)

Pada 8 Mei 2013, Universiti Asia Metropolitan (AMU) telah mengadakan program “A Day With Counseling”. AADK Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk memberi ceramah dan mengadakan pameran menerusi bas pameran antidadah bagi memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang bahaya dadah.  Program ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang pelajar.

Selain memberi penerangan mengenai bahaya dadah dan kesannya, AADK juga turut membuka kaunter aduan bagi permasalahan dadah dan mengedarkan risalah mengenai perkhidmatan terkini yang diberikan oleh AADK.



pengunjung bas pameran


                                  Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

Promosi Hari Antidadah Antarabangsa 2013

YBhg Puan Sri Dato' Ketua Pengarah AADK di program Malaysia Hari Ini pada 1 Julai 2013

Pn Hafidah dan Khai Aziz, DFYA di Selamat Pagi Malaysia  pada 1 Julai 2013



Pn Norkumala dan Khai Aziz, DFYA di Nasional FM sempena promosi HADA 2013





Volunteering is not a choice, it is a responsibility.. promo HADA di traxx.fm baru-baru ini


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...





02 July 2013

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Antidadah Antarabangsa 2013

1.        Bismillahirrahmanirrahim.

2.        Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.
3.        Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi dapat menikmati hidup dengan aman serta merdeka di bumi Malaysia yang tercinta ini.Tarikh 26 Jun pada setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Ini dilaksanakan bertujuan bagi menyokong matlamat yang dipersetujui dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) pada tahun 1987 untuk menjadikan masyarakat antarabangsa bebas dadah. Matlamat sambutan ini adalah untuk memberi peringatan bahawa  dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara-negara di seluruh dunia.
4.        Sambutan ini memperingatkan akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah dan kesannya kepada keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosiopolitik serta ekonomi negara. Penagihan dadah dalam negara akan mencapai tahap epidemik sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya dan sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan. Semua rakyat Malaysia diseru agar bersama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan semangat yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab bersama membantu kerajaan membebaskan negara dari masalah dadah. Tanggungjawab yang diamanahkan ini akan lebih berkesan dengan sokongan secara total daripada semua pihak.
5.        Pada tahun ini Hari Antidadah Antarabangsa bertemakan “KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, IA SATU TANGGUNGJAWAB’. Tema ini sebenarnya berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk menggerakkan gelombang kesukarelaan negara. Bagi mewujudkan kesinambungan usaha gerakan bersepadu yang melibatkan masyarakat sivil dan golongan belia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menyemarakkan semangat kesukarelaan tersebut melalui penubuhan SKUAD 1Malaysia yang kini telah mencapai bilangan seramai 255,256 orang ahli.Ini menggambarkan betapa rakyat amat prihatin terhadap isu penyalahgunaan dadah dan sentiasa mendokong usaha kerajaan dalam mencegah dan merawat pulih individu yang telah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Sukarelawan-sukarelawan antidadah memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar dalam membantu menangani masalah dadah melalui program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengawasan. Selain daripada itu, ahli masyarakat secara keseluruhan  diseru supaya tampil ke hadapan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bagi mencari penyelesaian dan pendekatan terbaik bagi membanteras masalah dadah. Cabaran dan tanggungjawab ini perlu dipikul secara bersama dan secara sukarela.
6.        Sejarah dan perkembangan penagihan dadah di negara ini telah berubah mengikut peredaran masa. Dalam mengharungi era globalisasi yang penuh cabaran ini AADK telah bertindak proaktif dengan mengambil pendekatan yang disuntik nilai tambah ke arah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara terbuka dan sukarela. Ianya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Kadar Jenayah Jalanan, dimana AADK telah membuat anjakan paradigma bagi merintis satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan program pemulihan yang lebih sistematik berasaskan keperluan kumpulan sasar.Penyampaian perkhidmatan AADK telah ditransformasikan dengan mewujudkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan terkini seperti Klinik Cure & Care 1Malaysia (Klinik C&C 1Malaysia), Cure & Care Service Centre (CCSC), Caring Community House (CCH), Cure &Care Vocational Centre (CCVC) dan Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC)

7.        Transformasi yang bermula pada 2010 telah menunjukkan impak yang positif dengan kehadiran terkumpul klien secara sukarela seramai 29,498 orang di 11 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia. Manakala klien yang hadir mendapatkan perkhidmatan di 52 Cure & Care Service Centre (CCSC) telah mencecah sejumlah 575,443 orang sehingga 30 April yang lalu.  Sebanyak 72 buah Caring Community House (CCH) atau Rumah Komuniti yang merupakan pusat aktiviti kemasyarakatn bagi melibatkan masyarakat dalam usaha memulihkan penagih dadah. CCH adalah pusat aktiviti kemasyarakatan  yang dikendalikan sepenuhnya oleh komuniti setempat dan bertindak sebagai pusat penyebaran maklumat anti-dadah. Manakala Cure & Care Vocational Centre (CCVC) dibangunkan untuk membantu penagih dan pengguna dadah mendapatkan perkhidmatan latihan kemahiran, penempatan pekerjaan dan pengembangan kerjaya selain sebagai satu pusat kecemerlangan untuk mengembalikan fungsi penagih sebagai masyarakat yang produktif. AADK juga telah membuat anjakan berganda dalam melaksanakan transformasi di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) dengan menstrukturkan semula pengisian agar seiring dengan keperluan kepulihan klien.

8.        Melihat transformasi yang dilaksanakan dan hasil kejayaan yang dikecapi, pihak badan dunia seperti UNODC, UNAIDS dan World Health Organisation (WHO) dan NGO-NGO dari luar negara yang terlibat dengan pembasmian masalah dadah telah mengiktiraf pendekatan kerajaan Malaysia dalam usaha memulihkan masalah penagihan dadah. WHO misalnya, memberikan penghargaan dan pujian terhadap pendekatan ‘Pulih dan Prihatin’ Malaysia dalam Laporan “Good Practices In Asia: Effective Paradigm Shifts Towards Improved National Response To Drug & HIV/AIDS” yang dikeluarkan pada awal tahun lalu. Kerajaan Malaysia turut mendapat pujian dari badan dunia di mana kita  dilihat satu-satunya kerajaan di dunia memberikan sokongan penuh kepada usaha membasmi penagihan dadah dalam negara.

9.        Bagi menyokong transformasi kerajaan dalam mengurangkan indeks kadar jenayah, Bahagian Pengesanan dan Pengawasan AADK yang bertanggungjawab terhadap Orang Kena Pengawasan akan memastikan mereka hadir utk mendapatkan rawatan dan pemulihan. InsyaAllah, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri khususnya AADK akan memperluaskan lagi perkhidmatan-perkhidmatan terbabit dalam masa yang terdekat ini demi memenuhi ekspektasi masyarakat dan memastikan rakyat Malaysia bebas dari ancaman dadah.


10.     Sempena sambutan peringatan hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini, marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia meneruskan usaha membina Negara bebas dadah. Ia bukan nya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan  kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Akhir sekali, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar lebih prihatin dan meningkatkan semangat kesukarelaan demi menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.




Hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan...




Hari Antidadah Antarabangsa 2013





Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2013 akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre(PICC).


Jumpa anda di sana!!!



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya