#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

02 July 2013

Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Antidadah Antarabangsa 2013

1.        Bismillahirrahmanirrahim.

2.        Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.
3.        Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi dapat menikmati hidup dengan aman serta merdeka di bumi Malaysia yang tercinta ini.Tarikh 26 Jun pada setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Ini dilaksanakan bertujuan bagi menyokong matlamat yang dipersetujui dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) pada tahun 1987 untuk menjadikan masyarakat antarabangsa bebas dadah. Matlamat sambutan ini adalah untuk memberi peringatan bahawa  dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara-negara di seluruh dunia.
4.        Sambutan ini memperingatkan akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah dan kesannya kepada keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosiopolitik serta ekonomi negara. Penagihan dadah dalam negara akan mencapai tahap epidemik sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya dan sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan. Semua rakyat Malaysia diseru agar bersama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan semangat yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab bersama membantu kerajaan membebaskan negara dari masalah dadah. Tanggungjawab yang diamanahkan ini akan lebih berkesan dengan sokongan secara total daripada semua pihak.
5.        Pada tahun ini Hari Antidadah Antarabangsa bertemakan “KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, IA SATU TANGGUNGJAWAB’. Tema ini sebenarnya berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk menggerakkan gelombang kesukarelaan negara. Bagi mewujudkan kesinambungan usaha gerakan bersepadu yang melibatkan masyarakat sivil dan golongan belia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menyemarakkan semangat kesukarelaan tersebut melalui penubuhan SKUAD 1Malaysia yang kini telah mencapai bilangan seramai 255,256 orang ahli.Ini menggambarkan betapa rakyat amat prihatin terhadap isu penyalahgunaan dadah dan sentiasa mendokong usaha kerajaan dalam mencegah dan merawat pulih individu yang telah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Sukarelawan-sukarelawan antidadah memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar dalam membantu menangani masalah dadah melalui program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengawasan. Selain daripada itu, ahli masyarakat secara keseluruhan  diseru supaya tampil ke hadapan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bagi mencari penyelesaian dan pendekatan terbaik bagi membanteras masalah dadah. Cabaran dan tanggungjawab ini perlu dipikul secara bersama dan secara sukarela.
6.        Sejarah dan perkembangan penagihan dadah di negara ini telah berubah mengikut peredaran masa. Dalam mengharungi era globalisasi yang penuh cabaran ini AADK telah bertindak proaktif dengan mengambil pendekatan yang disuntik nilai tambah ke arah perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara terbuka dan sukarela. Ianya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Kadar Jenayah Jalanan, dimana AADK telah membuat anjakan paradigma bagi merintis satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan program pemulihan yang lebih sistematik berasaskan keperluan kumpulan sasar.Penyampaian perkhidmatan AADK telah ditransformasikan dengan mewujudkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan terkini seperti Klinik Cure & Care 1Malaysia (Klinik C&C 1Malaysia), Cure & Care Service Centre (CCSC), Caring Community House (CCH), Cure &Care Vocational Centre (CCVC) dan Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC)

7.        Transformasi yang bermula pada 2010 telah menunjukkan impak yang positif dengan kehadiran terkumpul klien secara sukarela seramai 29,498 orang di 11 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia. Manakala klien yang hadir mendapatkan perkhidmatan di 52 Cure & Care Service Centre (CCSC) telah mencecah sejumlah 575,443 orang sehingga 30 April yang lalu.  Sebanyak 72 buah Caring Community House (CCH) atau Rumah Komuniti yang merupakan pusat aktiviti kemasyarakatn bagi melibatkan masyarakat dalam usaha memulihkan penagih dadah. CCH adalah pusat aktiviti kemasyarakatan  yang dikendalikan sepenuhnya oleh komuniti setempat dan bertindak sebagai pusat penyebaran maklumat anti-dadah. Manakala Cure & Care Vocational Centre (CCVC) dibangunkan untuk membantu penagih dan pengguna dadah mendapatkan perkhidmatan latihan kemahiran, penempatan pekerjaan dan pengembangan kerjaya selain sebagai satu pusat kecemerlangan untuk mengembalikan fungsi penagih sebagai masyarakat yang produktif. AADK juga telah membuat anjakan berganda dalam melaksanakan transformasi di Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) dengan menstrukturkan semula pengisian agar seiring dengan keperluan kepulihan klien.

8.        Melihat transformasi yang dilaksanakan dan hasil kejayaan yang dikecapi, pihak badan dunia seperti UNODC, UNAIDS dan World Health Organisation (WHO) dan NGO-NGO dari luar negara yang terlibat dengan pembasmian masalah dadah telah mengiktiraf pendekatan kerajaan Malaysia dalam usaha memulihkan masalah penagihan dadah. WHO misalnya, memberikan penghargaan dan pujian terhadap pendekatan ‘Pulih dan Prihatin’ Malaysia dalam Laporan “Good Practices In Asia: Effective Paradigm Shifts Towards Improved National Response To Drug & HIV/AIDS” yang dikeluarkan pada awal tahun lalu. Kerajaan Malaysia turut mendapat pujian dari badan dunia di mana kita  dilihat satu-satunya kerajaan di dunia memberikan sokongan penuh kepada usaha membasmi penagihan dadah dalam negara.

9.        Bagi menyokong transformasi kerajaan dalam mengurangkan indeks kadar jenayah, Bahagian Pengesanan dan Pengawasan AADK yang bertanggungjawab terhadap Orang Kena Pengawasan akan memastikan mereka hadir utk mendapatkan rawatan dan pemulihan. InsyaAllah, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri khususnya AADK akan memperluaskan lagi perkhidmatan-perkhidmatan terbabit dalam masa yang terdekat ini demi memenuhi ekspektasi masyarakat dan memastikan rakyat Malaysia bebas dari ancaman dadah.


10.     Sempena sambutan peringatan hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini, marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia meneruskan usaha membina Negara bebas dadah. Ia bukan nya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan  kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Akhir sekali, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar lebih prihatin dan meningkatkan semangat kesukarelaan demi menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini.




Hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan...




No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya