#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

07 August 2013

Pantun Seloka di pagi raya. Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


Bermaaf-maafan di pagi lebaran,
Rumah dikunjungi saudara mara,
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
Barulah Aman, Hidup Sejahtera.

Pagi-pagi menyusun kain
Kain disusun di atas papan
Let's Pulih Zahir Batin
Kemaafan kan permulaan pemulihan :)



DALAM KERENDAHAN HATI ADA KETINGGIAN BUDI.. 
DALAM KEMISKINAN HARTA ADA KEKAYAAN JIWA.. 
DALAM KELEMBUTAN LIDAH ADA KETERLANJURAN KATA.. 
DALAM GURAU SENDA TENTU ADA KEKHILAFAN DAN DOSA.. 
MOHON KEMAAFAN UNTUK SEGALA-GALANYA..
(AADK Kuala Terengganu)

Kapal Dagang Dari Seberang, 
Sarat Muatan Kayu Meranti,
Aidilfitri kian menjelang,
Marilah kita saling memaafi.
(AADK Melaka Tengah)

ketupat rendang kueh bahulu,
enak dimakan bersama keluarga,
wahai teman wahai saudaraku,

mari bermaafan dihari raya.

(Pengarah Klinik C & C Kota Bharu)

Udara dingin dihening pagi,
Takbir bergema rai kemenangan,
Aidilfitri kini menjelma lagi,
Bersalam salaman tanda kemaafan.
(Klinik Cure & Care 1Malaysia Karangan)


Bingkai ketupat daun kelapa..
Kelapa muda enak dirasa..

1 Syawal hampir tiba..

Mohon maaf atas salah dan dosa..
Selamat hari raya Idul Fitri.. 
                              (Klinik Cure & Care 1 Malaysia Jerantut)


Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf
                                (CCVC Sepang)


Bulan Ramadhan bulan yang mulia ,
Di sambut dengan hati yang gembira ,

Kini Syawal semakin menjelma ,

Tangan dihulur maaf dipinta . . .
(Pusat Latihan Sungai Petani)

Kebaya biru bersanggul rotan,
Bertudung jurai bunga siantan,
Salam Lebaran kami ucapkan,
Ampun dan maaf kami pohonkan.
(AADK Johor)

Dalam Manis Ada Hempedu,
Dalam Kata-Kata Banyak Maknanya,
Sayunya Hati Ramadhan Yang Kian Berlalu
Untuk Menyambut Bulan Syawal Yang Bakal Menjelma
(Bahagian Rawatan dan Pemulihan)

Hadirmu Syawal makin terasa,
Perginya Ramadhan penuh makna,

Salah dan khilaf maaf dipinta,

Dari kami warga C&C Tampin untuk semua

Andai jemari tidak sempat berjabat
Andai raya tak sempat berjumpa
seiring beduk yang bergema
kami hulurkan salam menyambut Aidilfitri
jika ada kata dan kekurangan kami 
membekas luka
mohon maaf zahir batin
marilah kita saling mengasihi dan memaafkan
(AADK Langkawi)

Satu Syawal menjelang tiba
takbir bergema menggegarkan jiwa
sekiranya ada salah dan dosa
ampun dipinta dihari mulia
(Bhg Dasar Perancangan dan Penyelidikan)

Tangisan dan rintihan tiada henti
Alangkah hibanya di Aidilfitri
Di sini hari ini lebaran yang dinanti
Sanubari bernyanyi suci murni

Amalan dirahmati pekerti lahir batin

Sesuci sebersih lebaran ini
Bersalam bermaafan
Keampunan keberkatan
Bersaudara berpanjangan
Yang malang jangan dilupakan
Kusyukuri Mu Rabbani
Anugerah Aidilfitri
Indahnya Hari ini
(AADK Sarawak)

Dalam Manis ada hempedu
Dalam kata-kata banyak maknanya
Sayunya hati Ramadhan yang kian berlalu
Untuk menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma
(Bhg Pencegahan Ibupejabat AADK)


Wangian bunga suci dan bersih
Sebagai penyeri teruna dan dara
Buang yang keruh ambil yang jernih

Dihari raya beramah mesra
(Klinik Cure & Care 1Malaysia Tampoi)

~Bersaut kokok si ayam jantan,
Galak menanti sang matahari,
Ucapan diberi tanda ingatan,
Selamat menyambut Aidilfitri.~
(AADK daerah Barat Daya)

Pohon saga juntainya berayun,
Dibuat galah mengait timba,
Timba berada di dalam paya,
Warga AADK Negeri Melaka memohon ampun,
Silap dan salah jangan dicela,
Moga berbahagia di Hari Raya

Makan ketupat dengan lemang,
Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa yang tinggal haruslah diganti 
(AADK Daerah Sepang)


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minal Aidil wal Faizin








No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya