#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

24 August 2013

Sambutan Merdeka 2013

SIARAN MEDIA
‘MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’
DIPILIH SEBAGAI TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-56

PUTRAJAYA – Tema ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-56. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara. Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan. Sempena pemilihan tema ini, satu pertandingan logo kemerdekaan juga turut diadakan selama 10 hari dan dibuka kepada rakyat Malaysia. Hadiah wang tunai disediakan untuk pemenang utama bernilai RM5,000 serta sijil penghargaan serta 10 hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu dan sijil penghargaan. Logo yang dipilih bagi tahun ini ialah seperti di Lampiran. 

Sebanyak 480 penyertaan daripada rakyat Malaysia telah diterima. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini iaitu :
i) Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos 2013 di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.
ii) Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Acara yang 
bermula pada jam 5.00 petang itu dimeriahkan dengan Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.
iii) Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 pula diadakan pada 31 Ogos 2013 melibatkan persembahan Pasukan Keselamatan Negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Turut diadakan pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM. Acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan 
Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang.   

Tahun 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia. Sempena sambutan ini, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini. Acara-acara yang akan diadakan adalah:
i) Acara Bot Berhias yang akan diadakan pada 15 September 2013 bertempat di tebingan Sungai Sarawak.
ii) Acara sambutan di Sarawak diadakan pada sebelah siang 16 September 2013 di Padang Merdeka, Kuching dan dijangka turut melibatkan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan. 
iii) Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah pula akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pelbagai program diadakan sempena sambutan ini bermula pada 15 September 2013 termasuk pelbagai aktiviti Karnival Rakyat. Acara kemuncak sambutan pada 16 September 2013 di Sabah akan dimeriahkan dengan penyertaan semua kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum/etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing dan akan diadakan pada sebelah malam.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi  http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/


Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
2 Ogos 2013


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya