#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

10 September 2013

SKUAD 1Malaysia di Bagan Datoh


Skuad 1Malaysia, “Semarakkan Semangat Kesukarelaan”
Oleh : Mohd Razif Bin Hamdan, AADK Hilir Perak
 
Bagan Datoh, 07 September 2013 : Semangat kesukarelaan merupakan nadi utama  bagi mencapai visi dan misi AADK. Tujuan utama Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) diwujudkan adalah bagi memastikan pelbagai lapisan masyarakat bertindak dan bergerak ke arah mencapai matlamat menangani masalah dadah di Malaysia.

            Bertempat di Dewan Kompleks FAMA, Simpang Tiga, Rungkup, Bagan Datoh,  Program Ramah Mesra SKUAD 1Malaysia Negeri Perak bersama Y.B. Dato Seri Doktor Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Puan Sri Dato Zuraidah binti Mohamed, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan.  



Program berorientasikan konsep sembang santai itu telah menemukan pengerusi dan jawatankuasa tertinggi ahli SKUAD 1Malaysia Negeri Perak dengan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Ketua Pengarah AADK Malaysia, semua Ketua- Ketua Jabatan Daerah Hilir Perak dan pemimpin masyarakat setempat.



Antara lain intipati ucapan Y.B. Menteri ialah menggesa agar masyarakat setempat mengambil cakna mengenai permasalahan dadah dan peranan mereka dalam membantu AADK memulihkan penagih dadah dan mencegah anak muda dari terlibat seperti yang dipaparkan dalam kisah Mia & Adam “Ambil Kisah, Ambil Tindakan”.  



Selain itu, Program AZAM Kerja 1Malaysia yang sedang giat dijalankan oleh AADK Daerah dan Klinik Mini C&C Kinta turut diperkenalkan kepada penduduk sekitar Bagan Datoh sebagai salah satu makluman bahawa kerjaya merupakan keperluan dalam proses kepulihan.  KIOSK yang dibuka ialah seperti Mat Salai (burger), Waffler King, My Best (chicken chop), Ayamas (nugget), Soto, Zymaxx (ice blended), mesin jahit (Apple), Dor Rue (hiasan kerongsang)  dan polish kereta.


















Para pengunjung pameran juga didedahkan dengan transformasi AADK, kesan penagihan, tayangan video serta beberapa aktiviti seperti sepak bola, timang bola takraw, dam ular dan menyusun jigsaw puzzle.  Persembahan kawad oleh klien CCRC Batu Kurau turut berlangsung sempena sambutan Hari Kemerdekaan beberapa hari yang lalu. 
Malahan sebahagian ibu tunggal dan anak yatim di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datoh turut diraikan dalam majlis yang sama. 


Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya