#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

28 March 2013

Membina Kekebalan Remaja



ADA dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya kecelaruan di kalangan remaja. Pertama, proses pendidikan dan yang kedua ialah sumber pengaruh di sekitar remaja.


Mendekati remaja menerusi pendidikan perlu bermula pada awal umur lagi. Jangka waktu yang paling kritikal bagi anak-anak mencapai tahap remaja ialah sejak lahir sehingga ke peringkat akil baligh. Akil baligh merupakan puncak suatu proses membentuk manusia yang sudah boleh berdiri atas kaki sendiri. Di peringkat inilah perkembangan kognitif (akal-fikir) berlaku dengan subur yang membolehkan anak-anak membuat tanggapan terhadap sesuatu.



Pada tahap inilah anak-anak mempunyai kesuburan naluri untuk meniru, mencontohi dan meneladani. Pada tahap ini jugalah berlakunya pertumbuhan psikik atau jiwa serta emosi yang menyebabkan anak-anak membina angan-angan, cita-cita dan impian hari depannya.



Sekiranya pertumbuhan dan kesuburan yang sedang berlaku kepada anak-anak tidak didekati dengan ilmu dan keterampilan menerusi watak keibuan dan kebapaan nescaya pembesaran anak-anak bakal mengalami kelompangan yang mudah dimasuki oleh unsur-unsur negatif. Sebab itu penekanan terhadap kepentingan adab, teladan yang baik, kesantunan, budi bahasa, amalan agama mesti bermula pada peringkat awal lagi dengan mengambil pendekatan ilmu. Ilmulah yang mampu memberi kekuatan kepada anak-anak supaya apabila besar nanti ia tidak menyebabkan lahirnya kecelaruan di kalangan mereka.



Oleh itu keterampilan keibubapaan mesti diajar di sekolah-sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi (IPT) kerana tanpa keterampilan keibubapaan, proses mendidik anak-anak dan pembangunan keluarga tidak akan berlaku berasaskan ilmu. Malah ilmu yang diajarkan kepada anak-anak baik di rumah mahupun di sekolah atau IPT mestilah ilmu yang sepadu sifatnya.



Pada asasnya manusia memerlukan dua bentuk ilmu bagi kesempurnaan hidupnya. Pertama, ilmu mengurus diri dan kedua, ilmu mengurus sistem. Ilmu mengurus diri banyak merujuk tentang bagaimana diri dikendalikan dengan bijaksana. Pada diri terdapat nafsu dan hati yang banyak mempengaruhi niat dan tingkah laku manusia. Pembentukan faktor-faktor dalam diri memerlukan pemupukan akidah yang kental, adab yang mulia dan akhlak yang terpuji. Manusia yang berjaya mengurus dirinya adalah manusia yang berada dalam batas nafsu mutmainnah dan hati yang sukakan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Pengurusan diri banyak bergantung kepada faktor ini.



Ilmu mengurus sistem merujuk kepada ilmu-ilmu mengenai sains, teknologi, vokasional dan ilmu-ilmu kemanusiaan yang sangat diperlukan oleh manusia bagi mengurus sumber-sumber rahmat yang banyak di sekitar diri manusia. Sekiranya wujud integrasi antara ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem, kecelaruan tidak akan timbul kerana apa saja yang manusia lakukan selalu mengambil pertimbangan diri yang insaf tentang tanggungjawab kehambaan dan kekhalifahan sebagai asas pengurusan sekitarnya.



Aspek kedua yang sangat penting bagi mengurangkan kecelaruan kepada remaja ialah wujudnya simbiosis atau keserasian antara apa yang diajar di rumah dan di sekolah diterjemahkan baik dalam masyarakat dan sistem. Pengaruh sekitar dalam konteks masyarakat dan institusinya, sistem dan pendekatan pembangunannya harus selari dengan cita-cita baik keluarga dan pendidik.



Ketika ini banyak masa dibazirkan kerana sesetengah pihak di luar sekolah tidak mengambil kira hasrat pendidik dan ibu bapa terhadap program-program dalam media elektronik dan bahan-bahan dalam media cetak hingga menyebabkan rangsanganrangsangan negatif mudah menjebak jiwa remaja yang kosong dan berada dalam pencarian. Lebih parah lagi pendekatan hiburan dalam bentuk festival tidak menggambarkan kejelasan kegiatan yang mampu mencerminkan nilai-nilai murni hingga menyebabkan remaja terjebak dengannya dan akhirnya wujud kecelaruan selepas itu.



Islam mengambil pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Pencegahan dalam pengertian yang luas ialah usaha-usaha membina dan menyuburkan diri anak-anak dan remaja supaya ada kesediaan yang baik untuk menghadapi zaman dewasa yang cabarannya adalah besar dan lebih kompleks. Sekiranya anak-anak dan remaja dipersiapkan dengan kesedaran, ilmu dan keterampilan yang baik menghadapi zaman dewasanya, pendekatan pencegahan sudah diambil kerana daripada kekuatan diri, ilmu dan akhlak ia bakal menjadi benteng terhadap perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan.



Bayangkan anak-anak bila lahir saja ke dunia kita berikan imunisasi atau kekebalan daripada penyakit measles, hepatitis B atau cacar bagi melindungi jasadnya. Betapa pemikiran anak-anak dan juga emosi serta jiwa anak-anak. Apa bentuk kekebalan yang diberikan untuk menghadapi zaman remaja dan dewasa anak-anak juga mempunyai kekebalan menghadapi pengaruh-pengaruh pemikiran, kebudayaan dan corak hidup yang boleh merosakkan jati diri remaja. Tentunya para remaja sejak awal umur lagi memerlukan input atau pengisian yang serasi dengan proses perkembangan kognitif atau daya fikir dan juga perkembangan efektif atau pembangunan hati dan emosi.



Pada masa kini banyak masa dan sumber kewangan terpaksa disediakan bagi menghadapi kerenah dadah dan AIDS/HIV. Pendekatan yang diambil lebih banyak kepada mengubati penyakit atau masalah. Keadaan yang ada adalah ibarat nasi menjadi bubur. Jumlah yang akan terlibat semakin bertambah sekiranya akar masalahnya tidak diatasi. Akar masalah anak-anak dan remaja ialah kekosongan jiwa dan hati, tandusnya belaian dan didikan ibu bapa, mengalami keciciran di sekolah, suasana sekitarnya terutama rakan sebaya yang tidak membantu dan tarikan-tarikan hiburan untuk mengatasi tekanan dan himpitan menyebabkan mereka terjebak dalam salah laku sosial yang membebankan keluarga, masyarakat dan negara.



Kalau ada pihak yang berpendapat bahawa dengan adanya program-program hiburan yang melampaui nilai-nilai agama dan budaya dalam media elektronik, sajian tulisan-tulisan dan paparan gambar-gambar, soal jawab seksual yang separuh pornografik atau lucah dalam media cetak atas nama kepentingan komersial, bayangkan berapa banyak pula belanja diperlukan bagi mengatasi masalah ketagihan rokok, dadah dan HIV/AIDS yang sedang ditanggung oleh negara kini.



Harus ada pertimbangan yang tulus dan telus bahawa umat Islam kini sedang menghadapi persaingan sengit dalam menentukan survivalnya. Globalisasi yang datang adalah suatu bentuk penjajahan baru yang ingin melakukan proses pembaratan terhadap kita. Ia bermula dengan remaja. Remaja amat mudah terpikat dengan tiga perkara: hiburan, pakaian dan makanan. Pihak Barat menerusi agensi-agensi dagangnya dalam bentuk Transnational Corporation sedang menguasai minda dan minat di kalangan remaja kerana remaja akan merasakan dirinya sebagai moden, maju dan up-to-date. Inilah yang sedang diuar-uarkan kepada mereka. Apabila mereka terpikat dengan tiga perkara ini, kecelaruan akan berterusan dan mereka bukan merupakan aset dalam pembangunan negara yang berasaskan acuan sendiri.



Dalam perubahan dunia yang agak terbuka tidaklah menjadi suatu masalah untuk para remaja memanfaatkan faedah kemajuan dunia yang boleh menyumbang ke arah kemajuan kita sendiri. Syaratnya para remaja harus ada keupayaan menyaring dan menilai secara kritikal dan kreatif terhadap unsur-unsur luar supaya tidak terjebak dengan perangkap perubahan yang boleh merosakkan jati diri dan akhlak para remaja.



Perangkap perubahan secara zahirnya nampak hebat dan canggih. Tetapi para remaja jangan lupa bahawa kadang-kadang perubahan alat dan kecanggihan teknologi tidak semestinya mampu mengekal dan mengembalikan manusia kepada fitrah. Kekuatan kepada alat dan teknologi bergantung kepada keelokan perisian dan program kerana teknologi sering dilihat sebagai alat bukannya matlamat.



Matlamat bagi teknologi ialah setakat mana input, perisian dan programnya mampu memperkasa akal budi remaja dengan menjadikan remaja orang-orang yang bermaklumat, berilmu, terdedah dengan keterampilan yang baik dan akhirnya mendorong remaja untuk cemerlang dalam pendidikan. 


Sumber : Prof Datuk Dr Sidek Baba, http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/membina-kekebalan-remaja.html


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...





Do Something Good

SKUAD 1Malaysia telah didaftarkan dalam we page Do Something Good! Ia adalah sebuah web yang membantu para sukarelawan mendapat jaringan dan mempromosi aktiviti mereka.


Layari Do Somtehing Good untuk maklumat lanjut di sini: http://dosomething.gd/org/skuad-1malaysia-2115027195/



Sekiranya anda ingin mempromosi aktiviti SKUAD 1malaysia, sila hubungi admin untuk maklumat lanjut.




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



27 March 2013

Bas Pameran di Hari Bertemu Pelanggan KDN

Sempena Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-61 pada 24 Mac 2013 bertempat di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka, Kementerian Dalam Negeri telah membuka kaunter Hari Bertemu Pelanggan KDN. Bas Pameran AADK turut memeriahkan program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Staf JPAM mengunjungi bas pameran AADK



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



Pameran Antidadah di SMK Tunku Abdul Rahman Putra


Pameran Antidadah sempena Fiesta Pendidikan STAR PUTRA 2013 telah diadakan di SMK Tunku Abdul Rahman Putra pada 16 Mac 2013 (Sabtu). Pameran yang diadakan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan bahaya dadah, malah turut memberi maklumat berkaitan perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh AADK.


                                          Booth Pameran Antidadah dibuka untuk orang ramai

                                       Pengunjung diberi maklumat berkaitan perkhidmatan baru AADK
 Pertandingan “Ekspresi Ikrar Aman”, Facebook SKUAD 1Malaysia dan Twitter SKUAD 1Malaysia dipromosikan kepada pengunjung

Keahlian SKUAD 1Malaysia dipromosikan kepada pengunjung



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




26 March 2013

Bukti Cure and Care Berjaya


" sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga september lalu, seramai lebih 19,000 penagih telah mendapatkan rawatan di klinik ini di seluruh negara bagi menjalani pemulihan ketagihan dadah. Kajian keberkesanan yang dilaksanakan oleh Universiti Malaya tahun ini mendapati bahawa 70% penagih yang datang menerima rawatan menyatakan faktor rawatan percuma, tempoh rawatan yang singkat dan berkesan (1 hingga 3 bulan), prinsip kerahsiaan penerima rawatan merupakansebab utama mereka mendapatkan rawatan. Kajian tersebut juga menunjukkan 38.6% penagih dadah yang datang menerima rawatan mahu berhenti buat selamanya dan tidak mahu ketagihan mereka berulang..."
 (Siasah keluaran 5-11 Oktober 2012)





hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




SKUAD 1Malaysia Gempur Iklan Haram




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...



SKUAD 1Malaysia di Kampung Orang Asli Sungai Judah


Jelajah Komuniti Generasi Muda anjuran SKUAD 1Malaysia Kuala Langat ,Selangor telah diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey, Selangor pada 25 Mac 2013. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Sulaiman bin Mohd Karli, Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat. Ia juga turut dihadiri oleh Puan Hajah Rozana Bt Kamarulzaman Pengerusi SKUAD 1Malaysia Kuala Langat . Program ini mendapat sambutan kira-kira 300 orang penduduk Kampung Orang Asli Sungai Judah dan seramai 100 orang ahli SKUAD juga turut serta. 

Pertandingan Bola Sepak

VVIP menanam pokok sempena Kempen Penanaman 1 Juta Pokok



Pertandingan Gusti Lengan

Aktiviti Mewarna

Persembahan Tarian oleh Orang Asli




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...


Pertandingan Memancing SKUAD 1Malaysia Kampung Batangan





Pertandingan Memancing Gabungan SKUAD 1 Malaysia & Persatuan Belia Perambut Sutera Kampung Batangan, Tuaran, Sabah pada 24 Mac 2013 yang lalu. Sambutan adalah menggalakkan dari ahli-ahli SKUAD 1Malaysia. 


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




kempen united against crime



Kempen "United Against Crime" (Bersama Membanteras Jenayah) sedang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan PEMANDU, Jabatan Perdana Menteri. Kempen ini  menekankan bahawa setiap ahli komuniti mempunyai peranan dalam membanteras jenayah. Kempen telah dilancarkan melalui laman web (www.unitedagainstcrime.com.my) sebagai salah satu platform bagi semua rakyat Malaysia untuk menyatakan ikrar sokongan mereka.

Laman web ini juga mengandungi pelbagai permainan dan tips keselamatan (yang boleh dimuat turun dalam bentuk PDF) yang dapat membantu melatih orang awam supaya mereka boleh berkongsi bersama orang yang tersayang bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.

Langkah mudah untuk mengikuti kempen melalui laman ini: 

      1)      Lawati laman web (www.unitedagainstcrime.com.my) dan tekan klik pada   “Pledge” tab
      2)      Masukkan nama dan lokasi
      3)      Pilih 1 "Pledge" daripada 5 pilihan yang disediakan
      4)      Klik “Pledge”
      5)      Kongsikan di Facebook, untuk rakan anda dan keluarga
      6)      Jelajah laman web, kongsi tips keselamatan dan mulakan permainan

Pastikan keluarga kita selamat!!




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...




Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya