#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

26 May 2014

Dapatkan bahan antidadah di sini




Sila layari laman web pencegahan AADK untuk mendapatkan poster, video, gambar dan aktiviti antidadah terkini. Klik di http://public.adk.gov.my/antidadah/






Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

SMART di Taman Rimba Kenong Kuala Lipis.

LIPIS, 23 MEI: Peningkatan penglibatan belia dalam masalah penagihan dadah di 
Daerah Lipis amat membimbangkan terutama di Kawasan Merapoh Dan Sekitar 
Felda Sungai Koyan. Menyedari masalah ini AADK Daerah Lipis dengan kerjasama 
Pejabat Belia Daerah Lipis telah bangkit melaksanakan program SMART bertempat 
di Taman Rimba Kenong Kuala Lipis. 

Program yang dijalankan melibatkan seramai 35 orang peserta yang terdiri dari 
golongan belia yang tinggal di kawasan berisiko di sekitar Felda Sungai Koyan dan 
Merapoh Kuala Lipis. Program ini juga dilihat telah membentuk individu atau belia 
yang berorientasikan ilmu pencegahan dadah yang mampu menyumbang ke arah 
usaha mencegah dan membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan 
belia bahkan mampu memberi impak positif kepada masyarakat mahupun negara. 

Pemilihan tema alam semulajadi sebagai tema program ini difikirkan sangat wajar 
kerana kedudukan geografi Daerah Lipis yang terletak berdekatan kawasan yang 
mempunyai Keindahan Hutan semulajadi seperti Taman Rimba Kenong. Lokasi ini 
menjanjikan cabaran fizikal dan mental kepada peserta dengan menawarkan aktiviti 
seperti menerokai gua, merentasi sungai, merentasi belantara dan banyak lagi. 

Hasil kajian yang dijalankan oleh Pejabat Belia Daerah Lipis mendapatai rata-rata 
belia mengikuti program ini berpuas hati dan mendapat input yang positif dengan 
program ini. Justeru itu, program ini sangat bersesuaian untuk dilaksanakan lagi 
pada masa hadapan. 





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.



POGRAM SEPAKAT KOMUNITI 1 MALAYSIA DAN PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

Dungun 22  MAY 2014 : Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun telah dijemput untuk turut serta menjayakan Majlis Pelancaran Pogram Sepakat 1Malaysia Dan Pemimpin Bersama Rakyat Peringkat Daerah Dungun 2014. 

Program anjuran Pejabat Penerangan Malaysia daerah Dungun dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Bandar Dungun  telah diadakan di Dataran Kejal, Kampung Pasir Raja Dungun. Selain AADK Daerah Dungun, agensi-agensi kerajaan sekitar Dungun seperti Pejabat Agama Dungun, Klinik Kesihatan Dungun, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun serta Penyelaras Program Sepakat 1Malaysia turut terlibat dalam program tersebut. 

Antara objektif program komuniti sejahtera ini diadakan adalah untuk melahirkan komuniti yang sihat fizikal dan mental, melahirkan komuniti yang berilmu, menghindarkan komuniti dari pelbagai masalah sosial serta mengeratkan ukhwah antara ahli komuniti.


Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak penganjur bagi menarik minat para pengunjung seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, pameran kesihatan serta pameran dari agensi-agensi lain yang terlibat, penyampaian hadiah kuiz dan hamper kepada pengunjung yang bertuah.




AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.



22 May 2014

Edisi Jelajah Kelantan - Bas Pameran Antidadah di Kota Bharu

Bas Pameran Antidadah
 di lima lokasi di Daerah Kota Bharu, Kelantan

Tarikh: 24 –28 Februari 2014

Bas pameran AADK telah menjelajah di sekitar Daerah Kota Bharu dengan kempen ‘Ambil Kisah.Ambil Tindakan’. Bas pameran AADK ‘Adam dan Mia’ telah menjadi tarikan pelajar, kakitangan awam dan swasta serta penduduk tempatan di ketika berada di lima lokasi iaitu SMK Panji, ILP Kota Bharu, Kompleks Sekolah-Sekolah Kota Bharu yang terdiri daripada SMK Kota Bharu, Sekolah Menengah Ismail Petra, SMK Puteri dan SMK Putera, Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dan lokasi terakhir Mydin Mall Kubang Kerian. 

Objektif utama program ini adalah untuk menyampaikan maklumat pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi dadah. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pameran adalah kuiz antidadah, sesi penerangan dan pendaftaran ahli Skuad 1Malaysia. Pihak HUSM turut serta dalam memeriahkan pameran di Mydin Mall dengan membuka ‘booth’ untuk kempen menderma darah. 

Sejumlah 4,700 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mengunjungi bas pameran di lima lokasi tersebut. 

Diharap agar pameran antidadah ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat dan menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.


SMK Panji






Institut Latihan Perindustrian, Kota Bharu




Kompleks Sekolah-sekolah




Kolej Vokasional Pengkalan Chepa




Mydin Mall, Kubang Krian




Edisi Jelajah Kelantan - Bas Pameran Antidadah di SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh

BAS PAMERAN ANTIDADAH
Lokasi: Dataran SMK Cherang Ruku,
Pasir Puteh, Kelantan
Tarikh: 9 Mac 2014

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan para remaja sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko.

Pendidikan pencegahan dadah boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk dan mesej. Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah.

Apabila pendidikan tentang dadah mula dijalankan di sekolah, mesej yang hendak disampaikan hendaklah secara mudah dan senang difahami. Golongan remaja mesti didedahkan dengan kesan dan akibat penyalahgunaan dadah yang boleh mengancam keselamatan Negara. Pihak AADK telah menggerakkan pameran bas ini di sekolah di setiap daerah termasuklah daerah Pasir Puteh, Kelantan.







Edisi Jelajah Kelantan - Bas Pameran Antidadah di Dewan Kompleks Sekolah Kamil Pasir Puteh

Bas Pameran Antidadah
 Di Dewan Kompleks Sekolah Kamil Pasir Puteh Kelantan

Tarikh: 08 Mac 2013

Pendidikan pencegahan dadah boleh dilakukan dengan pelbagai bentuk dan mesej. Pencegahan tentang bahaya dadah bermula pada peringkat usia yang awal, iaitu di peringkat PRA sekolah lagi. Apabila pendidikan tentang dadah mula dijalankan di sekolah, mesej yang hendak disampaikan hendaklah secara mudah dan senang difahami. Golongan remaja mesti didedahkan dengan kesan dan akibat penyalahgunaan dadah yang boleh mengancam keselamatan Negara.

AKTIVITI

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)  Ibupejabat terlibat secara langsung dengan mengadakan bas pameran di Daerah Pasir Puteh yang mana telah diadakan di Kompleks Sekolah Kamil.Antara aktiviti yang diadakan seperti kuiz antidadah dan kuiz Adam dan Mia.

PENYERTAAN

Hampir 1,200 pengunjung telah hadir dan menyaksikan pameran tersebut yang terdiri daripada pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah sekitar kompleks sekolah.
1.  Senarai sekolah yang terlibat Bas Pameran        :          
1.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
1.2 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman
1.3 Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut
1.4 Sekolah Kebangsaan Kamil 1
1.5 Sekolah Kebangsaan Kamil 2
1.6 Sekolah Kebangsaan Kamil 3

Sebagai salah satu strategi unit pencegahan, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibu pejabat dengan kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)  Negeri Kelantan mengadakan pameran bertujuan bagi menyampaikan maklumat dan perkhidmatan AADK ( program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengesanan ) dengan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan sasar.

Diharap agar pameran antidadah ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada para pelajar serta ibubapa dan menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.
















Edisi Jelajah Kelantan - Bas Pameran Antidadah di SK Seri Wakaf Bharu, Tumpat

Program pendidikan pencegahan dadah peringkat awalan di sekolah-sekolah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat mengenai kesan dan akibat penyalahgunaan dadah memandangkan penglibatan di kalangan pelajar dan remaja yang semakin membimbangkan .

Menyedari hal itu, pihak Agensi Antidadah Daerah Tumpat dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tumpat ( Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa )  telah melaksanakan program kempen antidadah pameran bas bergerak diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu. Antara pengunjung yang terlibat adalah pelajar-pelajar dari sekolah rendah dan menengah yang berada berhampiran sekolah tersebut.


AKTIVITI

Antara aktiviti yang diadakan seperti kuiz antidadah, kuiz Adam dan Mia, Tayangan Adam dan Mia, like facebook Skuad 1Malaysia, kaunter khidmat nasihat dan permainan dam ular antidadah.


PENYERTAAN

Seramai 1200 orang pengunjung yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar sekolah menengah dan rendah sekitar kawasan tersebut .

1. Senarai sekolah yang mengunjungi bas pameran:
· SK Chenderong Batu
· SK Kebakat
· SK Kubang Batang
· SK Seri Wakaf Bharu
· SMU(A) Mardziah Kubang Batang
· SK Chabang Empat
· SK Kok Keli
· SK Wakaf Bharu
· SMK Wakaf Bharu
· SMK Cabang Empat
· SMU(A) Marziah


Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibupejabat dengan kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah Tumpat mengadakan pameran tersebut bertujuan bagi menyampaikan maklumat dan perkhidmatan AADK ( program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengesanan ) dengan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan sasar.


Diharap agar pameran antidadah ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat dan menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.

Tayangan Video Kisah Mia dan Adam

 Antara pelajar yang mengunjungi bas pameran



 Ketua Pegawai AADK Daerah sedang memberi penerangan kepada pelajar





AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya