#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

22 May 2014

Edisi Jelajah Kelantan - Bas Pameran Antidadah di Pasaraya Mydin, Rantau Panjang

Sempena sambutan Hari Antidadah 2014, cawangan pencegahan AADK ibu pejabat dengan kerjasama AADK Daerah Pasir Mas telah mengadakan satu pameran bas antidadah di hadapan Pasaraya Mydin Rantau Panjang pada 01 Mac 2014.  

Antara objektif pameran adalah bagi memberi sebanyak mungkin maklumat pada orang awam tentang bahaya penyalahgunaan dadah terutama di kalangan remaja masa kini. Selain itu, melalui pameran ini, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat awam dengan pihak AADK.

AKTIVITI
Sepanjang program pameran bas antidadah beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah edaran risalah tentang bahaya dadah, pembahagian cenderahati kepada para pengunjung dan tidak lupa juga permainan dam ular untuk kanak-kanak cilik.  Selain itu juga setiap pengunjung yang menaiki bas pameran telah diberi penerangan terperinci tentang jenis- jenis dadah, penyalahgunaan dadah, peralatan yang digunakan oleh penagih.

Program  telah dilaksanakan pada 1 Mac 2014 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.  Selain pameran antidadah, peserta juga mendapat khidmat nasihat berkenaan  Klinik C & C 1Malaysia serta Cure & Care Service Centre ( CCVC ) dimana pengguna dadah boleh mendapatkan rawatan secara sukarela tanpa terikat dengan sebarang perundangan. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai permainan  dam ular yang menguji minda kanak-kanak.
          
PENYERTAAN
Lebih kurang 500 pengunjung telah berkunjung ke pameran yang telah diadakan termasuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan sekitar pekan Rantau Panjang.












AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya