#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

17 June 2014

Hari Antidadah Antarabangsa 2014



-   Tanggal 26 Jun setiap tahun telah ditetapkan sebagai tarikh untuk memperingati Hari Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Antarabangsa (international day against drug abuse and illicit traficking) oleh Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ketetapan sejak tahun 1987 ini menyaksikan bahawa seluruh negara ahli telah menyatakan persetujuan untuk menjadikan hari tersebut sebagai hari peringatan terhadap pembenterasan masalah dadah sedunia sehingga  mewujudkan masyarakat dunia yang bebas dadah.

-   Malaysia sebagai salah satu negara ahli turut tidak ketinggalan dalam menyatakan sokongan dan komitmen kepada dunia bahawa ia sangat serius dalam melaksanakan usaha-usaha memerangi masalah dadah dan telah membuat sambutan Hari Antidadah Antarabangsa setiap tahun dengan mengadakan pelbagai program antidadah di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan juga komuniti.

-   United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) telah menetapkan tema Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini adalah “A Message Of Hope: Drug Use Disorders Are Preventable and Treatable”. Tema ini merupakan mesej global bahawa pendekatan yang seimbang di antara pencegahan, rawatan & pemulihan seharusnya dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan social di dalam komuniti. Inisiatif yang berterusan terhadap masalah dadah memerlukan kaedah bagi menangani penawaran dan permintaan (supply and demand reduction) dadah itu sendiri.

-   Pada tahun ini acara utama sambutan Hari Antidadah Antarabangsa di Malaysia adalah penganjuran Seminar Penyalahgunaan Dadah: Way Forward dengan kerjasama antara AADK dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seminar ini akan diadakan pada 24 Jun 2014 di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM dan perasmian seminar akan disempurnakan oleh YB Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

-   Objektif penganjuran seminar :
o   Menyedarkan para peserta bahawa dadah MASIH musuh nombor 1 negara;
o   Membangkitkan kesedaran peserta mengenai bahaya penyalahgunaan dadah terutamanya dadah jenis baharu;
o   Menggembelingkan seluruh tenaga, kepakaran dan sumber dari pelbagai pihak dalam membenteras masalah dadah.

-   Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘Dadah Masih Musuh Nombor Satu Negara’.

-   Rasional pemilihan tema tersebut adalah :
i.       Usaha memerangi masalah dadah perlu diteruskan walaupun setelah 31 tahun ianya dilaksanakan. Ia bukan bermakna kerajaan gagal dalam menangani masalah dadah, tetapi ada faktor-faktor lain yang menyebabkan kerajaan perlu menegaskan semula bahawa dadah MASIH musuh nombor 1 negara.

ii.      Pelbagai cabaran baru timbul dan ia memerlukan strategi lebih tersusun melibatkan semua pihak dalam membenteras masalah dadah. Ini termasuklah:
§  Masalah penagihan dadah kini adalah lebih parah kerana ia melibatkan golongan muda terutama remaja dan kanak-kanak. Ini terbukti apabila ramai klien yang mendapatkan perkhidmatan secara sukarela di Klinik Cure and Care 1Malaysia merupakan remaja yang telah menagih dadah sejak berusia seawal 10 tahun;

§  Cabaran penyalahgunaan dadah jenis ATS yang memberi kesan terhadap psikologi, fisiologi dan memberi kesan langsung kepada system saraf tunjang.

Kesan dadah terhadap kesihatan, kesejahteraan, ekonomi dan sosial perlu disebarkan kepada seluruh masyarakat.




Web Page Seminar Penyalahgunaan Dadah : Way Forward






Dengarkan rakaman temubual di sini
http://www.youtube.com/watch?v=xuK64mr6pr4&list=UUitb-TRjaYFqEJ_Np6gYlZg

Dengarkan rakaman temuramah di sini http://www.youtube.com/watch?v=Ztwuw-fl2xE


Tuan Jasri bin Kasim telah diwawancara di rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pada 25 Jun 2014

Suka Baska dari Malaysian Buskers Club yang aktif dalam aktiviti antidadah turut membuat persembahan di rancangan Selamat Pagi Malaysia 



Rakaman temubual klik di sini http://t.co/026EmBzZWo 

Dadah .. Kesannya Membinasakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan


No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya