#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

10 November 2014

Cerpen AADK : Salah

JUARA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
NAMA PENULIS: NUR IZZATI BINTI MOHD ASERI
ALAMAT : NO. 26 JALAN MURNI 1, TAMAN MURNI,
34200 PARIT BUNTAR, PERAK.
TAJUK CERPEN : SALAH


Buta. Aku teraba-raba dalam kegelapan, mengharapkan
pertolongan. Ada banyak suara di luar sana. Namun, tiada satu tangan
pun yang cuba untuk menarik aku keluar dari neraka dunia. Suara-suara
itu hanya tahu ketawa dan memaki dia sesedap rasa. Mereka menghina
dia yang tersilap masuk lorong hidup.

Aira menenyeh puntung rokok di atas rumput. Asap
terakhir dihembus perlahan ke udara. Pandangannya ditebarkan ke dada
angkasa biru. Awan yang berarak perlahan disertai dengan hembusan
bayu sepoi-sepoi bahasa, menambahkan rasa nyaman yang sedia ada.
Rambutnya yang merah dikusutkan, menandakan kekacauan dalam
hatinya. Aku cuba bangun namun untuk kesekian kalinya, aku tersungkur
di muka dunia. Di mana mama dan ayah di saat aku perlukan mereka?

Adakah benar aku hidup hanya menyusahkan hidup mereka?
Aira hidup dengan menggendong berbakul-bakul kata nista.
Dia sudah biasa. Islam?. Melihat rambut dan tatu di lengan kirinya
sudah cukup membuatkan mereka ragu-ragu dengan status agama dia.
Aah! Sekurang-kurangnya aku tidak menutup kecelaanku dengan topeng
keindahan. Aku tidak mahu menjadi orang bodoh yang menipu diri
sendiri.

Seorang pegawai polis wanita menghampirinya. “Sudahlah tu.
Kau duduk di luar ni pun bukannya menyenangkan mana-mana mata
yang memandang. Baik kau masuk dalam dan siapkan makan malam.”
Sinis. Namun, langsung tidak terkesan dalam hatinya. Alah, benda sudah
biasa, perlukah dia terasa?

Rumahku syurgaku. Ya, dia kini bergelar banduan dan sel ini ialah
rumahnya. Kenapa? Kerana Aira binti Hashim telah membunuh seorang budak.
Itulah tuduhan serkap jarang yang dilemparkan padanya. Dan tanpa bukti yang
kukuh, dia disumbat ke dalam lokap. Dia tidak diberi peluang untuk membela
diri. Dunia ini memang tidak adil, bukan?

Begitu juga dengan ketagihannya. Aira tidak teringin langsung
untuk menghisap dadah bodoh itu. Tetapi, disebabkan hati-hati busuk yang
sarat dengan rasa dengki, dia menjadi hamba abdi dadah. Dia sendiri tidak
faham, kenapa mereka cemburukannya? Dia yang seperti hidup segan mati tak
mahu ini juga yang mereka dengkikan. Disebabkan manusia yang hidup
bertuhankan duit dan berkiblatkan nafsu itulah, Aira selamat dibuang keluarga.

Rambut merahnya semakin nipis. Aira masih melangkah tenang.
Virus HIV semakin bermaharajalela memakan diri. Namun, dia tidak pernah
menyesal dilahirkan di dunia ini. Semoga keadaan dia akan membuka mata
masyarakat betapa buruknya kesan dadah. Selama aku hidup, aku belajar satu
perkara. Dadah tidak salah, tetapi orang yang menyalahgunakan dadah itulah
yang berdosa.

Aira selamat menghembuskan nafas terakhir di tali gantung.



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
Ambil Kisah. Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya