#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

04 March 2015

DADAH.. KESANNYA MEMBINASAKAN

Disediakan oleh: Unit Media & Komunikasi Korporat , Ibu Pejabat AADK

PAROI, 2 MAC : Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2015 diadakan pada setiap tahun adalah sebagai memperingati pelancaran Kempen Antidadah Nasional yang pertama pada 19 Februari 1983 di mana Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan Dadah Musuh Nombor Satu Negara pada ketika itu. 

Pada sambutan tahun ini yang bertemakan “Dadah... Kesannya Membinasakan”, memberikan mesej mengenai kesan dan bahaya dadah yang ditunjukkan secara jelas dan berterus terang kepada semua masyarakat agar mereka “merasai” bahawa penyalahgunaan dadah membawa kebinasaan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Majlis Sambutan HADK 2015 ini telah disempurnakan bersama oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Suhaimi bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pegawai-pegawai kanan kerajaan persekutuan serta negeri.





Bersempena sambutan pada kali ini, tetamu-tetamu kehormat telah melancarkan Video Animasi Kesan Dadah yang memperihalkan kesan buruk pengambilan dadah jenis Heroin, Syabu, Ecstacy, Pil Kuda dan Ganja. 

Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti Futsal, sandwichboys and sandwichgirls, Persembahan Sukan Ekstrem (Skateboard & BMX oleh Persatuan Belia), booth Doktor Muda Bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan gerai jualan produk PUSPEN.





Dalam masa yang sama hadirin yang hadir dihiburkan dengan beberapa artis tempatan seperti Aris Ariwatan, Saleem, Zehra Zamri dan Nubhan AF.






Warna PUTIH telah dipilih sebagai tema pada kali ini sebagai simbol kontra dengan kesan-kesan akibat penyalahgunaan dadah seperti kesengsaraan, kedukaan, kesusahan dan kebergantungan.


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.

AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya