#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

04 March 2015

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2015 peringkat Negeri Sarawak

Disediakan oleh : Unit Pencegahan AADK Negeri Sarawak 

KUCHING, 3 MAC : Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2015, satu perhimpunan bersama pegawai dan kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan telah diadakan di CCRC Kuching bersama Pengarah AADK Sarawak Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh.

Amanat perutusan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah AADK Malaysia disampaikan oleh beliau kepada semua kakitangan AADK Negeri Sarawak, AADK Daerah Kuching, CCRC Kuching, CCSC Kuching dan Klinik C & C Kuching.


Dengan kata sepakat, perhimpunan ini juga telah dilaksanakan serentak dengan semua AADK Daerah dan CCSC di Negeri Sarawak iaitu AADK Sibu, AADK Miri, AADK Bintulu, AADK Mukah, AADK Sarikei, CCSC Limbang dan CCSC Sri Aman.


Amanat perutusan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah disampaikan oleh Ketua Daerah dan Penyelaras CCSC masing – masing. 


Dalam perutusan tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah menyeru agar semua kakitangan berazam untuk terus beriltizam dan memperbaharui tekad dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada semua klien dan ahli keluarga serta seluruh rakyat yang mempunyai masalah dadah. 

Tema “Dadah….Kesannya Membinasakan” dipilih sebagai pesanan dan peringatan kepada semua mengenai bahaya dadah. Diharap dengan adanya kata sepakat dalam menjalankan tugas, maka kita mengharapkan hasil yang diredhai dan mendapat berkat dari-Nya. Selesainya perhimpunan, pertandingan sukan antara kumpulan telah diadakan bagi memberi peluang dan ruang kepada kakitangan untuk mencungkil bakat dalam bersukan.





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.

AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya