#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

03 April 2015

Mengapa Remaja Mudah Terjebak Dengan Dadah?

Salam Jumaat..

Anak adalah anugerah Allah. Membesarkan anak adalah satu amanah berat yang perlu digalas oleh semua ibubapa.  Semua ibubapa mahu anak-anak mereka cemerlang di dalam pelajaran, mempunyai akhlak yang mulia dan berbudi pekerti tinggi. Tiada ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka gagal di dalam kehidupan dan terlibat dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah.

Sesungguhnya membesarkan anak adalah satu profession yang memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tetapi tidak semua ibubapa mempunyai kelebihan itu dan kebanyakannya hanya mewarisi cara gaya orang tua mereka dahulu. 

Admin ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai perkembangan anak remaja yang perlu diketahui oleh semua ibubapa atau bakal ibubapa. 

Pernahkah kita terfikir mengapa anak remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti kurang sihat? Media arus perdana saban hari telah menyiarkan berita remaja lari dari rumah, remaja merogol, remaja membunuh, remaja menyamun, remaja merempit dan bermacam - macam lagi aktiviti negatif yang dilakukan. 

Kajian yang dijalankan oleh National Institute on Drug Abuse (NIDA) menunjukkan bahawa pembentukan otak manusia adalah satu proses. Bahagian yang paling lewat pembentukan dan perkembangan adalah di bahagian prefrontal cortex iaitu kawasan otak yang berfungsi untuk berfikir dan membuat keputusan. Ia menentukan keupayaan manusia untuk membuat pertimbangan dan membezakan di antara perkara yang baik dan buruk atau betul dan salah. 

Tingkahlaku remaja ada kaitannya dengan proses pembentukan otak. Kajian menunjukkan bahawa pembentukan otak yang sempurna terlebih dahulu adalah di bahagian yang mengawal koordinasi fizikal, emosi dan motivasi. Itulah sebabnya kita boleh melihat manifestasi pembangunan otak terhadap tingkahlaku anak-anak remaja iaitu seperti mempunyai kesukaan kepada aktiviti sukan dan riadah (aktiviti fizikal), sukar mengawal emosi (kerana bahagian yang mengawal pertimbangan belum sempurna pembentukannya), kemahiran membuat keputusan yang rendah, tiada kemahiran membuat perancangan, suka melakukan aktivti yang memberikan keseronokan yang tinggi tetapi kurang aktif seperti menonton video, aktiviti seks dan muzik serta terlibat dengan tingkahlaku berisiko seperti menghisap rokok dan mencuba arak dan dadah.

Pengalaman admin menemuramah klien remaja yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan AADK menyatakan bahawa kebanyakan mereka mula terlibat dengan dadah atau bahan-bahan menghayalkan adalah kerana 'ikut kawan', 'ingin mencuba' dan 'ingin tahu'. Maklumat Dadah terbitan AADK pula menunjukkan 2 sebab utama penyalahgunaan dadah dalam kalangan penagih yang dikesan adalah Pengaruh Kawan (55.8%) dan Perasaan Ingin Tahu (17.9%). Ini meneguhkan dapatan kajian yang menyatakan remaja gemar melakukan aktiviti yang berisiko dan tidak dijangka.

Adalah membingungkan serta sangat mencabar bagi semua ibubapa untuk membesarkan dan mendidik anak-anak remaja iaitu dalam keadaan yang serba serbi terbuka, menempuh era maklumat tanpa sempadan dan budaya hedonism yang semakin berleluasa. Bagaimana ibubapa boleh membina jati diri dan kemahiran asertif dalam kalangan anak-anak mereka?

Bersambung di artikel akan datang..


Nota : 
1. Maklumat lanjut mengenai perkara di atas boleh dirujuk di laman web NIDA dan drugfree.org.
2. Maklumat lanjut mengenai panduan kepada ibubapa mengenai permasalahan dadah boleh dirujuk di wecareweserve.org.




hidup ini terlalu indah untuk disiakan
AMBIL KISAH.AMBIL TINDAKAN.














No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya