#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

26 June 2015

Ketum - Ubat atau Mudarat? Siri 4


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Ketum - Ubat atau Mudarat? Siri 3


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Ketum - Ubat atau Mudarat? Siri 2


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Ketum - Ubat atau Mudarat? Siri 1


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Do The Right Thing

 
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Drugs Make My Life Even Worse



  Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Dato' Jamal Abdillah


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Radhi OAG


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Dato' Suhairi Bin Saad, Ahli Korporat


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Prof Dr Muhaya Binti Mohamad, Pakar Motivasi


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Datuk Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Dato' Suhaimi Bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada YB Dato` Seri Dr. S Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada YB Khairi Jamaludin, Menteri Belia Dan Sukan


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Antidadah daripada YB Dato` Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Perutusan YAB Dato` Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak



Perutusan YAB Dato` Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Sempena Hari Antidadah Antarabangsa 2015




Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Program Selamat Pagi Malaysia (SPM)

Bersama Y.Bhg.Dato Suhaimi Abdullah KP Aadk di Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pagi ini sempena Hari Anti Dadah Antarabangsa ( HADA )




Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Program di Radio Sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2015


AADK turut menyampaikan mesej antidadah dan promosi berkaitan Hari Antidadah Antarabangsa 2015 yang disambut pada 26 Jun 2015 setiap tahun menerusi saluran radio di seluruh negara.






  
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Say No To Drug



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

REBUILDING A SELF AND A LIFE DESTROYED - BY AHMAD CENDANA ( Pusat Serenti Gambang R/N:287/05 )

A Message of Hope : Drug Use Disorders are Preventable & Treatable
‪#‎HADA2015‬ ‪#‎SAYNOTODRUGS‬ ‪#‎AHMADCENDANA












 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan


A Message of Hope : Drug Use Disorders are Preventable & Treatable

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Drugs Hurt...Be Alert!



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

25 June 2015

I Hate Drugs, How About You?



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

DRUGS only make you weak

 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Tempat Kerja Bebas Dadah

Penyalahgunaan dan penagihan dadah merupakan masalah global yang mana seluruh pelusuk rantau di dunia ini amat terkesan dengan permasalahan dadah dan ia berkembang dengan cepat mengikut peredaran zaman dan teknologi. Ia bukan sahaja melibatkan satu golongan sasar sahaja malahan melibatkan banyak golongan sasar seperti murid, pelajar, remaja, belia, pekerja tidak kira dari sektor awam mahupun swasta.

Statistik positif ujian urin dari Januari hingga Mei 2015 menunjukkan sebanyak 1.2% adalah pekerja sektor awam dan 2.8% adalah pekerja sektor swasta. Walaupun jumlah tersebut tidak tinggi, namun ia boleh menjejaskan fungsi, produktiviti, motivasi dan aktiviti sesebuah jabatan/agensi atau syarikat.

Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini adalah selaras dengan tema yang telah ditetapkan oleh UNODC iaitu “A Message Of Hope: Drug Use Disorders Are Preventable and Treatable”. Mesej global ini memberi harapan bahawa penyalahgunaan dan penagihan dadah boleh dicegah dan dirawat.

Pengambilan dadah jenis tradisional seperti Ganja, Heroin dan Morfin melalui jarum suntikan boleh  menyebabkan jangkitan penyakit bawaan darah seperti HIV / AIDS dan Hepatitis. Selain itu, negara kita juga berhadapan dengan ancaman dadah jenis Amphetamine Types Stimulants (ATS) seperti Syabu, Pil Kuda, Ice, WY, Yaba dan Ectasy. Dengan pengambilan dadah ini, penagih dadah akan mengalami kecelaruan mental yang boleh menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan,
rumah tangga dan hubungan sosial.

Penyalahgunaan air ketum juga semakin membimbangkan di negara kita. Walaupun secara tradisionalnya, air ketum dipercayai boleh digunakan untuk merawat penyakit. Namun begitu, pengambilan air ketum yang dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu mengakibatkan ketagihan dan kesan buruk.

Bahan inhalan seperti gam turut memberi kesan serta merta seperti halusinasi, emosi tidak stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan sel – sel otak serta boleh mengakibatkan kematian. Penagihan dan penyalahgunaan dadah ini memberikan kesan yang buruk bukan sahaja kepada penagih malahan kepada pihak lain seperti keluarga, pekerjaan, kehidupan harian, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya, semua pekerja dan majikan bersama-sama berganding bahu dan mengambil tanggungjawab untuk menjadikan tempat kerja selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

A Message From Friend To Friend



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

We're Happy Because We're Drug Free


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Mesej Ketua Pengarah AADK Sempena HADA 2015




Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

1HARI LAGI - Hari Antidadah Antarabangsa 2015

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Shoot For The Stars, Not Your Arms


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

A Message From Teacher To Student



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

What Is Missing?


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

24 June 2015

Khutbah Jumaat Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2015



  KHUTBAH JUMAAT
SAMBUTAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA (HADA)
TAHUN 2015 / 1436H

TEMA : A Message of Hope: Drug Use Disorders Are Preventable and Treatable (Masih Ada Sinar Harapan: Penyalahgunaan Dadah Boleh Dicegah & Dirawat)

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan para Jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala titah perintahnya dan meninggalkan segala yang dilarang. Mudah-mudahan kita akan beroleh kemenangan dan kejayaan di dunia apatahlagi di akhirat. Alhamdulillah kita sedang  melalui fasa pertama dalam bulan  Ramadhan.  Semoga  kita  dapat  menjalani  ibadah  puasa  dengan  penuh keberkatan dan ketaqwaan.

Bersempena dengan sambutan Hari Antidadah Antarabangsa yang berkebetulan jatuh pada hari ini 26 Jun 2015, marilah kita sama-sama menghayati khutbah yang membawa mesej mengenai dadah dan kesannya yang membinasakan.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan ibadah kepada Allah, mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan membaca Al-Quran, memperbanyakkan ibadah sunah, solat terawih, solat witir, bersedekah, qiamulail, menghadiri majlis ilmu. Di samping itu  marilah kita meningkatkan usaha dalam mendidik anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat untuk menyempurnakan segala kewajipan yang telah Allah wajibkan ke atas kita, termasuklah juga usaha menangani gejala sosial, terutama keruntuhan akhlak yang membabitkan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat di sekeliling kita pada hari ini.

Allah mengingatkan kita dalam surah al-Ahzab ayat 70 hingga71:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَقُولُواْ قَوۡلٗا سَدِيدٗا ٧٠ يُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَٰلَكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدۡ فَازَ فَوۡزًا عَظِيمًا ٧١
Maksudnya: ‘Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat yakni benar (dalam segala perkara) supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan”.

Sidang Jumaat Yang Budiman,

Islam melarang umatnya daripada melakukan apa jua perkara yang mendatangkan mudarat sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada masyarakat. Salah satu perkara atau perbuatan yang sangat ditegah dan wajib dijauhi oleh setiap Muslim ialah mengambil atau memakan atau meminum sesuatu yang mengkhayalkan atau memabukkan seperti meminum minuman keras (khamar) dan penyalahgunaan dadah.

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Ma`idah ayat 90 yang berbunyi :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ ٩٠
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan dan membawa kebinasaan terhadap individu dan masyarakat.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang berbunyi;
وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ
Maksudnya: ”Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan

Berdasarkan Muzakarah Fatwa kali ke-3 pada 13-14 April 1982 dan kali ke-76 pada 21- 23 November 2006, memutuskan sebarang penyalahgunaan dadah termasuk dadah jenis baru seperti ecstasy dan ketamine, hukumnya adalah haram. Mimbar ingin mengingatkan bahawa kerosakan yang dibawa oleh gejala dadah sangatlah besar. Sedarlah, bukan hidup penagih saja yang terjejas. Bukan setakat kesihatan, kewangan si penagih, tetapi yang paling malang gejala ini akan menghilangkan kewarasan, menghilangkan ketawa riang anak-anak dan isteri serta akan diwarnai dengan tangisan yang berpanjangan.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al-Diar Al-Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al-Syeikh Hasanin Mahkluf dalam kitabnya, "Fatwa Al–Syari'iyah (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan.

Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengan seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah S.A,W, pernah melaknat tentang khamar.
عَنْ اَنَسٍ قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص فِى اْلخَمْرِ عَشْرَةً: عَاصِرَهَا وَ مُعْتَصِرَهَا وَ شَارِبَهَا وَ حَامِلَهَا وَ اْلمَحْمُوْلَةَ اِلَيْهِ وَ سَاقِيَهَا وَ بَائِعَهَا وَ آكِلَ ثَمَنِهَا وَ اْلمُشْتَرِيَ لَهَا وَ اْلمُشْتَرَاةَ لَهُ.

Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3) peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6)penuanganya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Permasalahan dadah telah mengancam negara kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan wajib dijauhi. Penyalahgunaan dadah ini berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil tanpa pengawasan pihak perubatan dan disalahgunakan bagi tujuan yang lain. Dadah memberi kesan yang negatif ke atas sistem badan, tingkahlaku manusia serta kestabilan mental. Pengambilan dadah pula lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.

Para ulama telah bersetuju bahawa dadah itu termasuk di dalam pengertian arak kerana dadah boleh mengganggu dan mengkhayalkan fikiran sama seperti arak.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Daripada Ibnu Umar R.A: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Semua yang memabukkan itu adalah termasuk dalam erti kata arak dan semua yang memabukkan itu adalah haram." (Riwayat Imam Muslim).

Dan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi
عَنْ اَبِى مَالِكٍ اْلاَشْعَرِيِّ اَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ ص يَقُوْلُ: لَيَشْرَبَنَّ اُنَاسٌ مِنْ اُمَّتِى اْلخَمْرَ وَ يُسَمُّوْنَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا.
Maksudnya: “Daripada Malik bin Abi Mariam katanya: "Telah bersabda Rasulullah s.a.w., pasti akan ada manusia di kalangan umatku yang minum khamar, namun mereka menamakannya dengan nama yang lain." (Hadis Riwayat Imam Abu Daud).

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Penyalahgunaan dadah boleh memberi kesan buruk kepada akal, melemahkan tenaga berfikir dan kecerdasan, mengakibatkan penyakit urat saraf mengakibatkan mati pucuk, kerosakan pada hati dan buah pinggang, angin ahmar (stroke), sawan dan boleh mendatangkan maut. 

Bagi penagih yang sudah berkeluarga, dadah boleh meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga bahkan boleh menyebabkan berlakunya perceraian. Rumah tangga yang sempurna dan bahagia akan musnah di mana anak-anak yang dikasihi akan turut menderita.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:

مُدْمِنُ الْخَمْرِ كَعَآبِدِ وَثَنٍ (أو قما قال)
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata, bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penagih khamar sama seperti penyembah berhala." (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Hadis tersebut menjelaskan dosa penagih khamar atau dadah dengan dosa penyembah berhala adalah sama yang merupakan satu kekufuran yang sangat berat dosanya. Ini menunjukkan betapa besar dosa dan betapa kerasnya larangan tersebut.

Bila melihat betapa buruknya kesan dadah itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri sejauh mana kita telah menjaga anak-anak kita dari terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara mungkar lain yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam api neraka dan jauh dari rahmat Allah S.W.T.

Firman Allah SWT dalam ayat 6 surah at-Tahrim;
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Para ibu bapa adalah bertanggungjawab dalam membentuk anak-anak atau para belia ke arah mengamalkan segala tuntutan Islam. Ini penting bagi melahirkan masyarakat yang memiliki iman yang teguh serta mempunyai ketahanan diri yang utuh dalam menghadapi segala godaan yang boleh merosakkan dan memusnahkan hidup. Di antara perkara-perkara yang boleh mencegah dan mengawal anak-anak kita dari terjebak dan terjerumus dengan gejala dadah serta perkara-perkara mungkar yang lain ialah:

Pertama : Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mendirikan sembahyang fardu lima waktu dengan sempurna kerana sembahyang yang sempurna boleh menjamin seseorang dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabuut ayat 45;
ٱتۡلُ مَآ أُوحِيَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَكۡبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ
Maksudnya: "Bacalah kitab Al Quran yang telah diwahyukan kepada kamu(Muhammad)dan dirikanlah sembahyang dengan tekun, sesungguhya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar faedahnya dan kesannya dan ingatlah Allah Ta’ala Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Kedua : Ibu bapa juga hendaklah mendorong anak-anak untuk membiasakan membaca Al-Qur’an, di samping mengerjakan sembahyang sunat, berzikir dan lain-lain lagi kerana faedahnya yang amat banyak. Sebaliknya orang-orang yang lalai akan sentiasa menjadi teman syaitan dan hidupnya sentiasa menuju ke arah perkara-perkara mungkar.

Ketiga : Melakukan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan. Sesungguhnya kehidupan manusia akan menjadi manis dan indah sekiranya amar makruf nahi mungkar diamalkan dalam kehidupan seperti sentiasa menjaga akhlak dan batasan dalam pergaulan dan takut untuk melakukan perkara-perkara mungkar termasuk penyalahgunaan dadah.

Keempat : Mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga. Adapun rumah tangga yang harmoni akan dapat mewujudkan suasana yang bahagia serta anak-anak tidak merasa bosan dan jemu berada di rumah. Apa yang penting, jangan biarkan serta elakkan anak-anak hidup berfoya-foya kerana ia boleh membuka ruang kepada mereka untuk terjerumus dengan penyalahgunaan dadah.

Kelima : Penglibatan ibu bapa dalam mendidik serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya dan kesan buruk akibat penyalahgunaan dadah hendaklah dipertingkatkan, di samping menjauhi tabiat merokok dan sebagainya. Keadaan ini dapat membuka pemikiran anak-anak terhadap bahaya dadah dan rokok.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak kita dalam mengawasi pergaulan mereka terutama dengan siapa mereka bergaul, ke mana mereka pergi dan apa aktiviti mereka. Keadaan ini bukanlah hendak menyekat atau mengongkong kebebasan anak-anak tetapi mengambil berat dan prihatin terhadap aktiviti mereka sesuai dengan kehendak agama.

Kebebasan yang kita berikan kepada anak-anak mesti ada batasnya iaitu dengan batasan agama, akhlak dan sopan santun. Pencegahan penyalahgunaan dadah perlu bermula dari rumah dan ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan keluarga bebas dari ancaman dadah. Dan sekiranya ada ahli keluarga kita yang terlibat dengan masalah dadah, janganlah kita menyisihkan mereka. Perlulah kita bantu mereka untuk kembali ke pangkal jalan kerana masalah penyalahgunaan dadah ini boleh dirawat. Bantulah mereka agar dapat kembali berfungsi menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada agama dan negara.

Justeru, marilah kita sama-sama berganding bahu mengatasi masalah dadah dari terus memusnahkan diri dan bangsa kita. Jangan mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu sentiasa berusaha menimbulkan kerosakan ke atas kita lantaran perkara maksiat yang kita lakukan.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maa-idah ayat 91:
إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِي ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَهُونَ
Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَألْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya