#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

08 July 2015

Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kemahiran Vokasional Klien CCVC Sepang

INSTITUT LATIHAN & KEMAHIRAN CCVC SEPANG, 6 Julai 20 : Seramai 73 orang Klien Cure & Care Vocational Centre (CCVC) Sepang telah berjaya menamatkan kursus latihan yang dijalankan bagi Kursus Pendawaian Elektrik (19 orang), Jahitan Pakaian Lelaki (17 orang), Kursus Landskap (16 orang) dan Kursus Kimpalan (21 orang) bagi sesi 1/2015. Kursus-kursus kemahiran vokasional ini mendapat kerjasama pihak Giat Mara dan Sijil Latihan Dual Nasional (SLDN), Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.



 
Sijil tamat latihan telah disampaikan oleh Dato’ Suhaimi bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan. Pada majlis tersebut Ybhg Dato’ Suhaimi telah menyampaikan Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan kepada Mohd Farhan bin Othman dari Kursus Pendawaian Elektrik.


Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Kemahiran Vokasional ini diakhiri dengan majlis iftar tetamu kehormat dan jemputan bersama klien-klien CCVC sepang dan ahli keluarga yang turut hadir bagi meraikan majlis. YBhg Dato’ Ketua Pengarah juga berbesar hati menunaikan solat Isyak dan Terawih bersama-sama pelatih dan tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
 


Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Jabar Azman bin Jaafar, Timbalan CEO Sektor Pengurusan Strategik dan Pembangunan Sumber Giat Mara, Y.D.M Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Ah-Haj, Tengku Maha Bijaya Sepang, Dato’ Marsum bin Paing, Pengerusi Lembaga Pelawat CCVC Sepang, Tuan Haji Izhar bin Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan.  Selain itu keluarga pelatih, pegawai-pegawai AADK dan pegawai-pegawai dari lain-lain jabatan turut dijemput .

Disediakan oleh: CCVC Daerah Sepang

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya