#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

06 August 2015

Pelancaran Pusat Integrasi Klien (PIK) Tasek Gelugor, Pulau Pinang




TASEK GELUGOR 4 Ogos - Jumlah penagih dadah yang mendapatkan rawatan di Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) kendalian Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dijangka meningkat sekiranya tiada sokongan keluarga untuk menge­lakkan jumlah penagih berulang.

Sehingga kini terdapat 5,988 penagih atau klien berada di 18 CCRC di seluruh negara dengan 40 peratus daripadanya adalah penagih berulang.

Kira-kira 70 peratus daripada klien itu berusia di bawah 39 tahun, malah terdapat klien yang berusia sembilan tahun yang kini dirawat di CCRC Karangan di Kulim, Kedah.

Ketua Pengarah AADK, Dato' Suhaimi Abdullah berkata, jumlah klien di CCRC mungkin bertambah pada masa depan sekiranya lebih banyak operasi dan tangkapan dijalankan di seluruh negara.

“Sokongan keluarga amat diperlukan dalam memastikan proses pemulihan penagih dadah dapat dilakukan dalam masa yang singkat dan berkesan serta mengelakkan penagih berulang.

“Jumlah penagih dadah berulang mungkin bertambah sekiranya tiada usaha daripada keluarga dan masyarakat bagi membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Integrasi Klien (PIK) di Pusat Perkhidmatan, Rawatan dan Pemulihan (CCSC), di sini hari ini.

PIK ditubuhkan dengan memberi fokus kepada klien prabebas dari CCRC dengan menggunakan kemudahan yang ada di CCSC di seluruh negara.

Antara modul yang disediakan kepada klien di PIK adalah psikososial, rawatan kesihatan, keagamaan dan latihan vokasional dengan kerjasama Kolej Komuniti.

Di PIK, melalui sokongan daripada ahli keluarga, klien mampu membina jaringan sosial melalui peluang kemahiran serta penempatan pekerjaan dalam bidang yang bersesuaian dengan mereka.

Tambah Suhaimi, daripada 59 CCSC di seluruh negara, 11 buah CCSC dipilih sebagai PIK iaitu di Kangar, Perlis; Kuala Muda, Kedah; Tasek Gelugor, Pulau Pinang; Teluk Intan, Perak; Ampang, Selangor; Seremban, Negeri Sembilan; Segamat dan Johor Bahru, Johor; Du­ngun dan Besut, Terengganu serta Kuantan, Pahang.

“Pada peringkat permulaan, sebanyak 83 klien akan ditempatkan di enam PIK terpilih iaitu Johor Bahru, Segamat, Teluk Intan, Kuala Muda, Tasek Gelugor dan Ampang.

“PIK berkonsepkan parol yang dilaksanakan Jabatan Penjara de­ngan memilih klien yang berpotensi yang turut memberi perhatian kepada kemahiran kendiri dalam bidang pertanian,” ujarnya.

Sumber: utusan.com.my


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya