#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

17 August 2015

Penggunaan dadah sintetik menyamai Heroin, Morfin

 
SUNGAI PETANI - Peningkatan penggunaan pelbagai dadah seperti 'syabu', 'Ice', 'Kristal' dan 'Diamond dalam kalangan remaja ketika ini semakin membimbangkan malah penggunaannya hampir menyamai populariti heroin dan morfin.
 
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, pengambilan dadah jenis itu boleh memberikan kesan lebih buruk kepada individu termasuk berkelakuan agresif dan gangguan mental.
 
Bagi mengekang masalah penagihan dalam kalangan generasi muda, AADK Kedah dengan kerjasama sekolah telah melaksanakan operasi melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah, katanya.
    
"Hasilnya bagi tempoh Jan-Mei tahun ini, 359 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima didapati positif dadah, dengan 46 peratus dikesan positif syabu," katanya kepada pemberita di Pejabat AADK Kuala Muda, hari ini.

Mohamad Nazer berkata, AADK memandang serius perkara ini dan melaksanakan pelbagai program termasuk memberi motivasi serta melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka tidak terjebak lebih jauh. 
 
Pengguna dadah sintetik seperti syabu katanya, sanggup bertindak luar batasan mengugut dan mencederakan anggota keluarga, kesan daripada tindak balas daripada pengambilan dadah itu.
 
"Bagi kes yang menyebabkan ganggungan mental pula, jika pada peringkat awal, ia boleh dikendalikan AADK bagaimanapun akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan sekiranya masalah mental itu semakin serius," katanya.
 
Menurutnya, dalam operasi bersepadu bersama beberapa agensi baru-baru ini, 25 individu didapati positif dadah, iaitu 20 daripadanya mengambil dadah syabu, empat ganja dan seorang heroin. - Bernama
 
Sumber Sinar Harian
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya