#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 October 2015

Kes Dadah Pelajar Meningkat



DUNGUN - Statistik menunjukkan peratus pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah mencatat peningkatan dan ia satu perkara membimbangkan.

Berdasarkan ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua pelajar di negeri ini, peratus atau bilangan kes bagi tahun ini semakin tinggi jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Rohayu Ahmad berkata, walaupun peningkatan dalam peratus yang tidak banyak tetapi pihaknya tetap  memandang serius.

“Penglibatan pelajar dalam aktiviti penyalahgunaan dadah adalah seawal tingkatan satu atau 13 tahun tetapi ada yang mengaku sudah terjebak sejak di bangku sekolah.

“Kawasan catat kes paling tinggi  di Kuala Terengganu dan Kemaman," katanya.

Kata beliau, fenomena yang amat membimbangkan apabila ada tiga generasi penagih dalam sesebuah keluarga iaitu datuk, ayah dan anak kerana ia boleh membawa kepada masalah lebih serius serta sukar ditangani.

“Lebih berbahaya penagih mencampuradukkan bahan terlarang seperti pil kuda bersama heroin, ubat selesema bersama panadol diambil dalam kuantiti banyak untuk mendapatkan lebih kesan khayalan selain pelbagai campuran lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika program pemutihan dadah di Ketengah Jaya, di sini.

Beliau berkata, bagi membendung gejala berkenaan, AADK dengan kerjasama kerajaan negeri melaksanakan program pencegahan yang diperkenalkan pada tahun ini.

“Program pendidikan pencegahan dadah bagi pelajar di negeri ini dibuat mengikut zon iaitu zon A merangkumi kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, manakala zon B bagi Besut dan Setiu serta zon C untuk Dungun dan Kemaman.

“Pelajar berkaitan dikumpulkan mengikut zon dan akan menyertai program sebanyak tiga kali," katanya.

Kata beliau, program berbentuk kem kesedaran itu dilaksanakan hasil peruntukan kerajaan negeri dengan harapan ia mendatangkan impak positif.

Sumber : Sinar Harian

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
 

2 comments:

  1. Wonderful blog! I truly love how it’s easy on my eyes as well as the info are well written.

    Lydia Supremacy

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ for your compliments. It is only a small contribution on our part to fight against drugs. :)

      Delete

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya