#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

26 November 2015

Tidak tahu adik turut terjebak dadah


Sumber Harian Metro 25 November 2015


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

'Rindu' Dadah Lenyap



Sumber Harian Metro  25 November 2015

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

27 PPR, PA `sarang` dadah

 
WAN MOHAMAD GHAZALI NOR (kiri ) bersama Nor Azmi Amin Abd. Rahman (tengah) dan Zolkifli Mohd. Dom (dua dari kanan) melihat kesan kebakaran yang berpunca daripada perbuatan khianat sekumpulan remaja menghidu gam di PPR Beringin, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini. UTUSAN/Zakaria Idris
 

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sebanyak 27 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara dikenal pasti menjadi ‘sarang’ kepada kegiatan penagihan dadah. 

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zolkifli Mohd. Dom berkata, sebanyak 80 peratus kes dadah dikesan di perumahan tersebut antaranya PPR Desa Tun Razak, PPR Intan Baiduri, Flat San Peng dan PA Desa Rejang.

Jelasnya, seramai 2,409 penagih dadah telah dikesan berusia dalam lingkungan 14 hingga 60 tahun dan majoritinya kaum Melayu.

“AADK melaksanakan operasi secara habis-habisan bagi membanteras gejala itu. Program kesedaran komuniti juga diperhebatkan termasuk sesi dialog,­ pameran dan ceramah di perumahan terbabit.
“Kami turut mengadakan program pemulihan dan rawatan di rumah penagih serta menilai tahap pemulihan mereka dari semasa ke semasa,” katanya semasa membuat tinjauan di PPR Beringin, Jinjang, Kepong di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Wan Mohammad Ghazali­ Nor dan Timbalan Ketua Balai Polis Jinjang, Ibu Pejabat Polis Daerah­ Sentul, Sub Inspektor Nor Azmi Amin Abd. Rahman.

Tinjauan itu dibuat ekoran beberapa siri pendedahan Utusan Malaysia berhubung kegiatan penagihan dadah yang semakin menjadi-jadi di kawasan perumahan itu.

Sementara itu, Wan Mohammad Ghazali berkata, beliau yakin kerjasama antara DBKL, AADK, polis dan persatuan penduduk dapat menangani masalah sosial dan dadah di PPR.

“Program yang dijalankan adalah berbentuk kesedaran. Jika kita mempunyai bukti berhubung vandalisme, DBKL akan bertindak tegas bukan sahaja mengeluarkan kompaun tetapi juga menamatkan sewa rumah mereka,” katanya.

Beliau tidak menafikan unit-unit rumah kosong di PPR menjadi lokasi tumpuan sarang penagihan dadah termasuk kegiatan menghidu gam.

“Bagi mengatasi masalah itu, unit-unit kosong tersebut akan dibaik pulih terlebih dahulu sebelum penyewa baharu masuk. Keutamaan akan diberi kepada pemindahan penduduk dari penempatan se­tinggan di ibu kota,” katanya.

Sementara itu, Nor Azmi Amin berkata, pihak polis turut mengambil inisiatif dengan mewujudkan saluran melalui Whatsapp yang melibatkan semua persatuan penduduk PPR di kawasan Jinjang.

“Ini bagi membolehkan pengerusi-pengerusi persatuan tersebut menyalurkan aduan berkaitan kes jenayah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan dengan segera,” katanya.

Sumber Utusan Online 24 November 2015

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

24 November 2015

Dua beradik dicekup

DUNGUN - Dua beradik berusia 14 dan 18 tahun antara ditahan ketika serbuan pegawai bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik IPD Dungun, di sebuah rumah di Felda Jerangau, kelmarin.

Suspek berusia 18 tahun ditahan bersama dua botol heroin seberat 8.6 gram dan 8 biji pil kuda serta dipercayai mengedar serta menjadi pembekal kecil untuk penagih di sekitar kawasan itu.

Manakala adiknya yang tidak bersekolah dipercayai bersubahat dan disahkan positif dadah menerusi saringan air kencing yang dilakukan.

Serbuan Ops Tapis yang diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail dibantu lima anggota itu bermula jam 7.30 hingga 11.30 pagi dan tiga rumah diserbu yang membawa tangkapan empat suspek berusia antara 14 hingga 29 tahun.

Serbuan di dua rumah seterusnya berjaya menahan dua lagi suspek dipercayai turut mengedar dadah dan satu botol heroin serta 140 pil kuda dirampas.

Kesemua ditahan disahkan positif dadah dan dua daripadanya turut memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan kesemua mereka di tahan reman untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah 39A2 Akta Dadah Berbahaya (ADB( 1952, 39A1 ADB 1952 dan 3 (1) Akta Penagihan Dadah (APD) 1983.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.

 Sumber Sinar Harian  24 November 2015

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

5,236 penagih dadah diletak bawah pengawasan


ALOR SETAR - Sejumlah 5,236 penagih dadah diletak di bawah kategori Orang Kena Pengawasan (OKP) di Kedah sehingga November tahun ini, kata Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah, Mohammad Nazer Mustafa.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 496 penagih berbanding tempoh sama pada tahun lepas iaitu 4,740 penagih dadah.

Daerah Kota Setar/Pokok Sena katanya mencatatkan jumlah OKP tertinggi iaitu 1,010 berbanding 838 OKP bagi tempoh sama tahun lalu, katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Kedah hari ini.

Menurutnya, hasil kajian menunjukkan golongan remaja (30 tahun ke bawah) paling ramai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, dengan dadah sintetik jenis opiat berbanding ganja dan amphetamine, menjadi pilihan utama.

"Daripada 5,181 penagih dadah yang ditahan sehingga Oktober lalu, 2,753 daripadanya yang dikenakan OKP berumur di bawah 30 tahun manakala peringkat umur 31 hingga 49 tahun (2,204) dan diikuti 50 tahun ke atas dengan 224 OKP," katanya. - Bernama

Sumber Sinar Harian  22 November 2015


 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

RUU senarai ketum sebagai dadah akan dibentang


KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 untuk mengekang penyalahgunaan daun ketum perlu diperhalusi bagi membolehkannya di bentang di Parlimen pada tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu memerlukan masa untuk menyediakan takrifan baharu bagi daun ketum agar ia disenaraikan sebagai dadah berbahaya kerana penyalahgunaan bahan organik untuk khayal itu,  kini terletak di bawah Akta Racun 1952.

"Tahun depan baru bentang semula, tahun ini rasanya tidak sempat, banyak yang perlu diperhalusi, " katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya semalam, bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil alih daripada Kementerian Kesihatan untuk membentangkan semula rang undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum itu.

Pada persidangan Parlimen sebelum ini Kementerian Kesihatan terpaksa menarik balik pembentangan rang undang-undang itu berikutan terdapat bantahan terhadap cadangan definisi penyalahgunaannya kerana dikhuatiri boleh berlaku penganiayaan kepada penduduk kampung, yang menanam dan menggunakan bahan itu untuk tujuan perubatan dan kesihatan diri.

Nur Jazlan berkata, sehingga kini kementeriannya belum dimaklum secara rasmi bagi mengambil alih peranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membentangkan rang undang-undang berkenaan di Parlimen. - Bernama

Sumber Sinar Harian   9 November 2015
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan



 

20 November 2015

Selidik pasaran kerja bekas penagih


Sumber : Harian Metro 17 November 2015 
 
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan


Sambutan Hari Inovasi KDN 2015


Disediakan oleh : Rozeelia binti A. Wahid, Cawangan Penyelidikan

PUTRAJAYA 18 NOVEMBER 2015 : Sambutan Hari Inovasi KDN 2015 yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diadakan dengan jayanya pada 17 November 2015 di Auditorium, Aras 5, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dihadiri bersama YBhg. Dato’ Hj. Suhaimi bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK dan pegawai-pegawai kanan AADK, Pengarah-pengarah AADK Negeri dan Institusi.



Sambutan Hari Inovasi KDN 2015 ini melibatkan penyertaan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Lembaga Penapisan Filem, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Percetakan Nasional.

AADK telah diwakili oleh tiga Kumpulan KIK iaitu Kumpulan De-Breaker daripada AADK Negeri Kedah; Kumpulan Synergy, AADK Daerah Petaling, Selangor; Kumpulan Cenderawasih, AADK Negeri Sembilan manakala dua Kumpulan Inovasi terdiri daripada Kumpulan TMK dan Kumpulan Linear, Bahagian Teknologi Maklumat.


 Kumpulan Cenderawasih daripada AADK Negeri Sembilan telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi Kategori Teknikal manakala En. Syaharul Nizam bin Abu daripada Kumpulan De-Breaker, AADK Negeri Kedah telah memenangi kategori Penyampai KIK Terbaik.



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Pelajar dibuang sekolah berisiko menagih dadah

Sumber : Berita Harian 19 November 2015 
 
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Industri Vape negara berisiko tinggi

Sumber : Kosmo 19 November 2015 
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Para pengguna takut terjebak dengan vape perisa ganja

Sumber : Kosmo 19 November 2015
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Penagih-penagih dadah AS lepaskan gian guna cara baharu

    Sumber : Kosmo 19 November 2015

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Operasi AADK bersama komuniti tahun hadapan


  Sumber: Utusan Online 19 November 2015
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya