#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

31 December 2015

Apa azam kita di tahun 2016?




1 Januari setiap tahun kita akan mula memikirkan apa pula azam tahun baru. Di awal tahun biasanya memang berkobar-kobar kita menanam tekad untuk membuat sesuatu perubahan. Perubahan yang ingin dibuat pula biasanya berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.. ye lah, matlamat hidup kita kan lain-lain. 

Ada yang nak berazam untuk menurunkan berat badan, meninggalkan tabiat merokok, membuat simpanan keluarga, mendidik anak-anak, mendirikan rumah tangga, melebarkan bisnes dengan keuntungan berlipat kali ganda, menjadi perkerja yang cemerlang, ibubapa yang berjaya (seimbang antara kerjaya dan keluarga) dan bermacam-macam lagi..

Pada ketika ini, mula lah kita bermuhasabah. Apa pencapaian kita setakat ini. Azam tahun lepas tercapai atau tidak? Berapa peratus? Atau hanya tinggal atas kertas? Yang paling tragisnya, kita tak ingat pun kita ada membuat azam.. huhu..:(

Untuk mencapai azam yang diharapkan bukan suatu perkara yang mudah. Penetapan azam yang baik dan berkesan biasanya diikuti dengan langkah-langkah yang jelas untuk mencapai matlamat yang diinginkan. 

Cuba lihat contoh azam atau matlamat tahun baru yang jelas seperti " Menurunkan Berat Badan Sebanyak 10kg". Ia diikuti dengan langkah-langkah untuk mencapai azam atau matlamat tersebut seperti berikut:
1. Jongging seminggu sekali
2. Amalkan diet yang seimbang setiap hari (sila semak diet yang sesuai yang dicadangkan oleh pakar pemakanan)
3. Amalkan aktiviti bersenam 2 kali seminggu, 1 jam setiap sesi
4. Tingkatkan aktiviti fizikal setiap hari seperti membasuh kereta, membuat kerja rumah, bermain bersama anak dan berjalan ke kedai atau ke pasar malam
5. Sertai aktiviti di gym seminggu sekali
6. Tinggalkan tabiat suka makanan dan minuman manis   
7. Buat senarai semak amalan pemakan dan aktiviti senaman setiap hari 

OK macamana? Nampak tak, azam yang bersungguh-sungguh akan diikuti dengan langkah-langkah yang jelas untuk mencapai azam tersebut..barulah perubahan dan kejayaan dapat diukur dan dicapai :)




Tips menetapkan azam baru:
1. Pilih azam yang spesifik dan boleh diukur.
2. Pilih satu azam sahaja supaya penumpuan dan daya usaha boleh difokuskan.
3. Buat perancangan yang tersusun utk mencapai matlamat yang diimpikan.
4. Mulakan dengan perkara yang mudah dahulu dan diikuti dengan perkara-perkara yang sukar atau kompleks.
5. Elak mengulang azam yang sama dengan tahun sebelumnya. Sekiranya masih perlu mencapai matlamat tersebut, kita perlu perkemaskan strategi atau langkah untuk mencapai azam itu.
6. Perubahan hidup adalah satu proses. Tiada perkara yang boleh berubah sekelip mata terutama sikap dan tabiat yang buruk. Oleh itu, jangan mudah mengalah.
7. Dapatkan sokongan dari kawan-kawan atau ahli keluarga.
8. Sentiasa bermotivasi. Kadangkala kita menghadapi kesukaran untuk melaksanakan langkah-langkah mencapai azam, pertingkat dan perbaharui motivasi untuk terus maju.
9. Terus berusaha dan tawakkal kepada yang maha Esa.


Selamat Berazam!




hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah Ambil Tindakan




No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya