#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

17 December 2015

Banyak perniagaan selain jual vape



PONTIAN - Golongan peniaga muda perlu melihat secara positif perintah larangan penjualan rokok elektronik (vape) sebagai peluang menceburi perniagaan baharu yang lebih bermanfaat.

Yang Dipertua Persatuan Pegawai Masjid dan Surau negeri, Idris Bidin berkata, larangan terhadap penjualan vape amat tepat berikutan kesan yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Pihak persatuan yang kini mempunyai kira-kira 13,000 ahli yang mewakili pegawai masjid daripada 6,336 masjid dan 16,851 surau di Johor, menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pengharaman vape.

“Pengharaman vape berkuat kuasa 1 Januari depan amat tepat dilaksanakan bagi menyelamatkan generasi muda,” katanya semalam.

Beliau turut mengingatkan, peniaga vape perlu memikirkan soal tanggungjawab terhadap masyarakat dan bukan memikirkan soal keuntungan sahaja.

“Banyak lagi perniagaan boleh diceburi dan boleh mendatangkan keuntungan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh serta tidak menyalahi hukum dan undang-undang.

“Dalam usia masih muda, saya percaya golongan ini mampu mengharungi cabaran dalam perniagaan yang  mereka ceburi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa peniaga yang berada di negeri ini mentaati arahan yang dikeluarkan agar tidak menjual vape berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

“Langkah pengharaman vape di negeri ini juga disokong banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO). Malah ada juga negeri lain yang mahu mengikut jejak langkah pengharaman vape di negeri ini.

“Justeru, pengharaman vape perlu dilihat dari aspek positif kerana bukan dilakukan secara suka-suka tetapi demi menyelamatkan generasi muda,” katanya.

 Sumber Sinar Harian  11 Disember 2015

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya