#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

17 December 2015

Pasangan kekasih ditahan miliki dadah


DUNGUN - Seorang lelaki berusia 33 tahun bersama teman wanitanya antara yang ditahan menerusi Ops Bersepadu Pencegahan Dadah yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Negeri Terengganu di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 6, di sini, kelmarin.

Operasi yang dijalankan adalah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik IPD Dungun serta Balai Polis Ketengah Jaya bermula jam 6 pagi hingga 2 petang.

Ketua Cawangan Penguatkuasaan AADK Negeri Terengganu, Mohamad C’ Ismail berkata, lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan Ketengah Jaya dan pasangannya yang berusia 37 tahun ditahan ketika serbuan di markas yang menjadi tumpuan penagih.

“Pemeriksaan terhadap teman wanita lelaki itu turut menemui satu tiub straw berisi tiga biji pil disyaki dadah jenis methamphatemine dengan anggaran berat 0.4 gram dan satu tiub straw berisi bahan disyaki heroin seberat 0.2 gram.

   Pasangan kekasih ini ditahan dipercayai mengedar dan menagih dadah

“Ketika serbuan lelaki berkenaan cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas dan segala bahan terlarang yang ditemui bersamanya dirampas,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan semakan, lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan pernah menjalani hukuman sebelum ini.

“Kita percaya dia menjadi pengedar di kawasan Ketengah Jaya serta sekitar. Dia juga sudah lama aktif dalam kegiatan haram itu dan hasil saringan air kencing terhadap pasangan itu mendapati kedua-dua mereka positif dadah.

“Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan lelaki yang juga menagih dadah itu disiasat di bawah seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan teman wanitanya bakal didakwa menerusi seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya,” katanya.

Selain pasangan itu, sembilan lagi penagih berusia dalam lingkungan 32 hingga 40 tahun turut diberkas menerusi operasi berkenaan dan akan dikenakan tindakan selanjutnya.

Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, mereka berjaya menemui empat botol plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat kira-kira 19.5 gram dan satu tiub straw berisi pil disyaki dadah jenis methamphatemine.

Katanya, kesemua suspek rata-rata tidak bekerja dan menjadikan pengedaran dadah sebagai sumber pendapatan.

“AADK akan terus bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras aktiviti haram ini. Ladang-ladang kelapa sawit antara lokasi tumpuan dan mereka dipercayai sering menukar port bagi mengelak aktiviti haram itu dihidu pihak berkuasa,” katanya.


   .

Sumber Sinar Harian  16 Disember 2015


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya