#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

18 December 2015

Port Kampung Pokok Asam Digempur Lagi


Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )

PINANG TUNGGAL, 16 DISEMBER : Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah (AADK) Kuala Muda bertindak ke atas 2 buah rumah yang dijadikan port penagihan dan membungkus dadah di Kampung Pokok Asam, Pinang Tunggal, Kedah. 


Dalam serbuan dijalankan oleh 5 orang pegawai penguatkuasaan AADK Kuala Muda, tangkapan dijalankan ke atas 6 orang lelaki melayu yang disyaki menagih dadah. Dalam serbuan itu juga, salah seorang yang ditangkap mempunyai sejumlah wang disyaki untuk membeli dadah dan dijual semula kepada pelanggan yang sering membeli dengan mereka. 




Kesemua individu yang ditangkap dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk proses dokumentasi. Hasil ujian saringan air kencing didapati kesemua mereka positif dadah jenis opiat, ganja dan methaphetamine. Dalam pemeriksaan yang dijalankan ke atas mereka juga, salah seorang mempunyai pertuduhan di bawah seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah 1983 kerana langgar syarat pengawasan. Individu yang lain akan didakwa di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. 



Kerjasama masyarakat amatlah diperlukan bagi memastikan kawasan kediaman bebas daripada aktiviti penagihan serta pengedaran dadah yang mengancam keselamatan dan ketidakselesaan penduduk. AADK Daerah Kuala Muda akan terus berusaha memastikan daerah Kuala Muda sebagai sebuah daerah kesejahteraan sosial dan selamat. 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan




No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya