#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

29 January 2016

AADK di rancangan Ruang Bicara BERNAMA TV

Strategi dan usaha membantu pencegahan dadah di Malaysia bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan, Y.Berusaha Tuan Haji Izhar Bin Abu Talib (TKPO ) di dalam rancangan Ruang Bicara, BERNAMA TV.



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Sanggup bawa ibu beli DADAH

Sumber: Sinar Harian (29 Januari 2016)

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

AADK 'ziarah' tengah malam


Sumber : Harian Metro (29 Januari 2016)

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Majlis Simbolik Menuai Hasil Projek NBOS di CCRC Dengkil

CCRC Dengkil, 28 Jan 2016: Majlis Simbolik Menuai Hasil Projek NBOS telah berlangsung di CCRC Dengkil dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Sri Alwi B. Hj Ibrahim, KSU KDN. Majlis turut dihadiri Dato KP AADK, pegawai kanan KDN serta rakan strategik AADK dalam melaksanakan projek NBOS.






   Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Jelajah AADK - Ekspedisi Membanteras Dadah

Jumpa anda di setiap negeri bermula 11-17.02.2016
‪#‎perangidadahhabishabisan‬
‪#‎jelajahaadk‬
‪#‎hadk2016‬

   Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

21 Hari lagi. Hari Antidadah Kebangsaan 2016

21 Hari lagi. Hari Antidadah Kebangsaan 2016 ‪#‎sayangidirimu‬ ‪#‎ambilkisahambiltindakan‬

 
   Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

28 January 2016

22 Hari lagi. Hari Antidadah Kebangsaan 2016

22 Hari lagi. Hari Antidadah Kebangsaan 2016 ‪#‎sayangidirimu‬ ‪#‎ambilkisahambiltindakan‬

  Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

27 January 2016

Kesan Buruk Syabu Pada Kesihatan


Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.

Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.

Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

23 Hari lagi. Hari Antidadah Kebangsaan 2016

23 Hari lagi. Hari Antidadah Kebangsaan 2016 ‪#‎sayangidirimu‬ ‪#‎ambilkisahambiltindakan‬

 Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

22 January 2016

Keibubapaan positif boleh mencegah dadah di rumah

kebubapaan yang berkesan boleh mencegah penyalahgunaan dadah bermula di rumah. Kajian yang dilaksanakan oleh National Institute on Drug Abuse (NIDA) menunjukkan ibubapa mempunyai peranan yang sangat penting dalam membuat pencegahan awal dalam kalangan anak-anak mereka dari menyalahgunakan dadah. 
Soalan - soalan berikut telah dibangunkan oleh the Child and Family Center di University of Oregon, yang menunjukkan bahawa kemahiran keibubapaan sangat penting dalam mencegah permulaan penyalahgunaan dadah dan progression of drug use dalam kalangan remaja. Sila klik di soalan-soalan tertera untuk menonton video-video yang menjelaskan cara keibubapaan yang betul.  
Family checkup logo

Soalan-Soalan:

  1. Adakah anda mampu berkomunikasi dengan tenang dan jelas mengenai masalah perhubungan dengan anak remaja anda?
  2. Adakah anda memberi galakan yang positif terhadap anak remaja anda setiap hari?
  3. Adakah anda mampu menangani konflik emosi antara anda dan anak remaja serta tahu cara menanganinya?
  4. Adakah anda tahu cara menetapkan peraturan apabila anak remaja anda bersikap kurang ajar dan melawan? Adakah anda mampu membuat peraturan yang melibatkan masalah yang serius seperti penyalahgunaan dadah? 
  5. Adakah anda mengawal pergerakan anak remaja anda supaya dia tidak menghabiskan masa yang terlalu banyak dengan rakan sebaya?

Rujukan:

  1. Dishion TJ, Nelson SE, Kavanagh K. The family check-up with high-risk adolescents: Preventing early-onset substance use by parent monitoring. Behav Ther.2003;34(4):553-571.
  2. Dishion TJ, Kavanagh K, Schneiger A, Nelson S, Kaufman NK. Preventing early adolescent substance use: a family-centered strategy for the public middle school. Prev Sci.2002;3(3):191-201.

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

21 January 2016

20 January 2016

Rumah Sewa Popular Dengan Aktiviti Remaja Tidak Bermoral Terbongkar



Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )

SUNGAI PETANI, 19 JANUARI : Aktiviti tidak bermoral anak muda akhirnya terbongkar apabila sepasukan Unit Penguatkuasaan AADK Kuala Muda menjalankan satu operasi berkaitan aduan di sebuah rumah sewa di Kampung Cheruk Kelubi. Melalui maklumat yang diberikan kepada pihak AADK, rumah ini menjadi tempat persinggahan popular bagi remaja untuk bersuka ria serta menjalankan aktiviti tidak bermoral. 

Dalam serbuan sekitar jam 11.00 pagi, didapati beberapa pasangan bukan mukhrim berada di dalam rumah sambil leka tidur berpelukan. Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai AADK telah menahan 1 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu dipercayai terlibat dengan penagihan dadah. 

Dalam operasi aduan ini juga telah menahan 1 lelaki melayu dan 1 lelaki india yang tinggal di perumahan Taman Ria, Sungai Petani. Turut dijumpai alatan menagih dadah serta cebisan daun dipercayai dadah jenis ganja dalam sebuah buku tulis yang digunakan untuk kegunaan sendiri. 

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda dan hasil ujian saringan air kencing dapat mengesan 2 positif dadah jenis methaphetamin di Kg Cheruk Kelubi dan 2 tangkapan di Taman Ria positif dadah jenis ganja. Masing-masing berusia diantara 20 tahun ke 38 tahun. Mereka semua akan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983. 

Keprihatinan masyarakat tentang masalah sosial terutamanya aktiviti penagihan dadah di kawasan kediaman amatlah diharapkan dengan melaporkannya kepada pihak penguatkuasa agar masalah ini tidak menjadi satu masalah yang lebih serius dan memberi kesan yang negatif seperti kecurian dan jenayah yang lain.

















Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan


Tips Berguna Untuk Ibubapa

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Jadilah seperti Rashid

Inilah Rashid yang sebenarnya.. Ikuti kisah dan pengalaman Mohd Rashid Bani.

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Berkas 8347 pengedar, penagih dalam 2 minggu

    Sumber: Harian Metro (19 Januari 2016)
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Semai kesedaran jauhi dadah

Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my
iskandar@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyasarkan golongan yang pulih sepenuhnya selepas menjalani rawatan bersama agensi itu di seluruh negara akan meningkat sehingga 40 peratus tahun ini.
Pemerhatian mendapati trend penagihan dadah menunjukkan peningkatan saban tahun walaupun pelbagai kempen kesedaran dan tindakan penguatkuasaan dijalankan bersama agensi keselamatan lain.

Justeru, AADK mahu mempergiatkan kerjasama erat dengan media yang turut memainkan peranan penting untuk membanteras permasalahan itu merangkumi aspek kesedaran, pendidikan atau pengetahuan selain peringatan kepada masyarakat terutama golongan muda.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Izhar Abu Talib berkata, pihaknya mengutamakan dua faktor yang dianggap penting mengenai isu dadah ini iaitu pencegahan dan rawatan atau pemulihan penagih.

“Tahun ini, sasaran kami mahu mengurangkan 20 peratus penagih dadah baru di seluruh negara dan mahu jumlah itu semakin berkurangan, sekali gus mencapai sehingga paras sifar pada 2020.

“Bagi aspek rawatan dan pemulihan, kita menyasarkan sehingga 40 peratus jumlah penagih yang pulih sepenuhnya daripada penagihan berbanding 25 peratus pada tahun lalu.

Golongan itu adalah mereka yang menjalani rawatan di bawah seliaan kami,” katanya ketika ditemui selepas melakukan kunjungan rasmi di Balai Berita The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), semalam.

Hadir sama, Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Wan Addenan Wan Mohd Noor dan Pengarah Pencegahan, Abdul Rahman Hamid.

Rombongan itu disambut Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Timbalan Pengarangnya Ahmad@Salim Bachok dan Pengarang Eksekutif (Berita dan Hal Ehwal Semasa) Shariffudin Mohamed.

Ketika ditanya wujudnya trend peningkatan jumlah penagih dadah, menurut Izhar, pengukur atau indikator mengenai perkara itu bergantung kepada operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya bersama agensi lain.

“Namun secara keseluruhannya, berdasarkan keadaan masa kini dengan pengaruh media sosial dan Internet, trend peningkatan memang berlaku daripada tahun ke setahun termasuk membabitkan penagihan di peringkat belia, remaja dan pelajar sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan pelbagai program termasuk konvoi kenderaan ke seluruh negara sempena Hari Antidadah Kebangsaan yang dijangka berlangsung di Sarawak pada 19 Februari depan.

“Selain kempen kesedaran menerusi pengedaran risalah dan perbincangan, kami akan menyediakan maklumat terperinci antaranya berkaitan lokasi atau port penagihan di setiap negeri untuk diserahkan kepada pihak berkaitan,” katanya.


Mustapa (empat dari kiri) menerima cenderamata daripada Izhar (lima dari kanan) sambil diperhatikan Ahmad@Salim (tiga dari kanan) dan Shariffudin (dua dari kiri) pada kunjungan kerja pengurusan AADK ke Harian Metro, Bangsar.

Sumber : Harian Metro, Selasa, 19 January 2016

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Dadah - Perangi Habis-habisan


Sumber : Berita Nasional RTM


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Positive Parenting Prevents Drug Abuse

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Adakah Anak Anda Terlibat dengan Dadah?

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

19 January 2016

18 January 2016

14 January 2016

Pelajar Sekolah Positif Pil Kuda

AADK JELI, 13 JANUARI 2016 – Dua pelajar sekolah antara tujuh orang ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jeli baru-baru ini. Dua pelajar terbabit masih bersekolah dalam tingkatan empat di sebuah sekolah agama di Batu Melintang, Jeli.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi selama lapan jam dari 8 malam hingga 4 pagi dengan kerjasama Unit Sempadan (UAS) Bukit Bunga. Mereka yang ditahan berumur 14 hingga 22 tahun dan positif dadah jenis Amphetamine (pil kuda) hasil ujian awal saringan air kencing. 

Operasi yang dijalankan hasil Unit Risikan AADK Jeli selama seminggu melibatkan Kampung Gunung, Sungai Satan dan batu Melintang.

Taklimat sebelum operasi bermula

Kawasan port yang diserbu

Antara penagih yang ditahan
  
Antara pelajar yang disyaki terlibat dalam
penagihan dadah

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
 

'Sekolah lalok' ponteng tumpuan pelajar diroboh

Sumber : Harian Metro (12 Januari 2015)
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Program Kepulihan Awalan Penting Bantu Klien Pulihkan Diri

Disediakan Oleh : AADK Negeri Kedah (AADK Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 12 JANUARI : Dalam sesi Kepulihan Awalan, klien diberi pendidikan dan kemahiran untuk menghadapi masalah triggers iaitu cabaran besar diperingkat awal kepulihan. Sesi ini dilaksanakan sebaik sahaja klien berada dalam keadaan stabil dari masalah withdrawal symptom. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bandar Baharu hari ini telah menjalankan satu sesi kepulihan awalan kepada klien-klien seliaan di perkarangan Tasik Serdang yang memberikan suasana yang kondusif. 



Program tersebut telah dikendalikan oleh En.Deris yang merupakan salah seorang PRS di sini. Turut diadakan beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan ( LDK ) yang mampu memberikan kefahaman yang lebih berbanding perkongsian biasa.


Program seperti ini dilihat mampu membimbing klien-klien seliaan agar mampu mengubah diri terutamanya sikap agar mengamalkan kehidupan yang positif tanpa bergantung kepada dadah yang membinasakan diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Fakta : Ketum - Mengapa Ia Berbahaya


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Hukum Minum Air Ketum

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

5 Pemenang Utama Peraduan Selfie! Bersama Mesej Antidadah



1. FALY AZMY
2. FAEZAH ABD RAHIM
3. NISHA SHAH
4. ISZ IMER
5. YVONNE P'HNG


TAHNIAH!! kepada 5 pemenang utama PERADUAN SELFIE BERSAMA MESEJ ANTIDADAH.
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

30 Pemenang Saguhati Peraduan Selfie! Bersama Mesej Antidadah





1. Linksys NrDs
2. Muhammad Azuan
3. Zizi MBoyz
4. Sue Zane
5. Hasmi Abdul Hamid
6. Mohd Khairul Afiq
7. Muhammad Adham Yahya
8. Nor Hady
9. Shahrin Said
10. Yiin Yng
11. Enchik Fify
12. Jay Ismail
13. Peter EE
14. Fard Danish
15. Yanie Yanie
16. Norin Norin
17. Norazlina Sinnag
18. Zaid Mohd
19. Ricardo Clement
20. Eim Pocoyo
21. Nurul Atika
22. Zahar Amir
23. Anastasia Anas
24. SMS Delima
25. Kaydee Love
26. Khaty Cat
27. Eddy EFBF Original
28. Fauzana Ismail
29. Faiz Faizal
30. Mira Mah watie


TAHNIAH!! kepada semua pemenang saguhati PERADUAN SELFIE BERSAMA MESEJ ANTIDADAH.

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan


Drugs - You Used, You Lose

 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Fakta : Stimulan - Mengapa Ia Berbahaya

 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
 

How Synthetic Cannabinoids (K2/Spice) Affect The Brain


Some Spice users report feeling relaxed and having mild changes in perception. Users also report extreme anxiety, feeling like someone is out to get them (paranoia), and seeing or hearing things that aren’t there (hallucinations).

Spice is a new drug and research is only just beginning to measure how it affects the brain. What is known is that the chemicals found in Spice attach to the same nerve cell receptors as THC, the main mind-altering ingredient in marijuana. Some of the chemicals in Spice, however, attach to those receptors more strongly than THC, which could lead to a much stronger and more unpredictable effect. 

Additionally, there are many chemicals that remain unidentified in products sold as Spice and it is therefore not clear how they may affect the user. Moreover, these chemicals are often being changed as the makers of Spice alter them to avoid the products being illegal.

Learn more at http://teens.drugabuse.gov/drug-facts/spice



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

13 January 2016

Perkasa Banteras 'Port' Dadah

Disediakan Oleh : Unit Media Dan Dokumentasi AADK Perlis


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan memperkasakan empat strategi utamanya dalam usaha membanteras isu penagihan dadah yang semakin membimbangkan sejak menjadi ancaman kepada negara lebih 30 tahun lalu. 

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sentiasa peka kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini. Sebagai agensi utama yang membanteras masalah penagihan dadah dalam negara, AADK sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa, pangkat dan keturunan. 

    Sumber : ( Keratan Akhbar Harian Metro -12/01/2016 M/S 34 )

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

12 January 2016

Fakta : Ganja - Mengapa Ia Berbahaya


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan













































#ganja

Jangan Biarkan Dadah Mengawal Dirimu!!


Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Jauhi Dadah, Sayangi Keluarga

 
 Iklan terbaru bersama RTM.
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Why Are Drugs So Hard to Quit

 
Sumber : drugabuse.gov
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Anyone Can Become Addicted to Drugs

 
Sumber : drugabuse.gov
 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Fakta : Opiat - Mengapa Ia Berbahaya

Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Fakta : Depresen - Mengapa Ia Berbahaya

 
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Sayangi Keluarga, Jauhi Dadah



Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya