#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

20 January 2016

Rumah Sewa Popular Dengan Aktiviti Remaja Tidak Bermoral Terbongkar



Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )

SUNGAI PETANI, 19 JANUARI : Aktiviti tidak bermoral anak muda akhirnya terbongkar apabila sepasukan Unit Penguatkuasaan AADK Kuala Muda menjalankan satu operasi berkaitan aduan di sebuah rumah sewa di Kampung Cheruk Kelubi. Melalui maklumat yang diberikan kepada pihak AADK, rumah ini menjadi tempat persinggahan popular bagi remaja untuk bersuka ria serta menjalankan aktiviti tidak bermoral. 

Dalam serbuan sekitar jam 11.00 pagi, didapati beberapa pasangan bukan mukhrim berada di dalam rumah sambil leka tidur berpelukan. Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai AADK telah menahan 1 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu dipercayai terlibat dengan penagihan dadah. 

Dalam operasi aduan ini juga telah menahan 1 lelaki melayu dan 1 lelaki india yang tinggal di perumahan Taman Ria, Sungai Petani. Turut dijumpai alatan menagih dadah serta cebisan daun dipercayai dadah jenis ganja dalam sebuah buku tulis yang digunakan untuk kegunaan sendiri. 

Kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda dan hasil ujian saringan air kencing dapat mengesan 2 positif dadah jenis methaphetamin di Kg Cheruk Kelubi dan 2 tangkapan di Taman Ria positif dadah jenis ganja. Masing-masing berusia diantara 20 tahun ke 38 tahun. Mereka semua akan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983. 

Keprihatinan masyarakat tentang masalah sosial terutamanya aktiviti penagihan dadah di kawasan kediaman amatlah diharapkan dengan melaporkannya kepada pihak penguatkuasa agar masalah ini tidak menjadi satu masalah yang lebih serius dan memberi kesan yang negatif seperti kecurian dan jenayah yang lain.

















Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya