#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

29 February 2016

Megah "Henjut" Mabuk

Sumber :Harian Metro 29 Februari 2016.

"AADK akan sentiasa memantau kegiatan penyalahgunaan dadah terutamanya di pusat hiburan yang membenarkan kemasukan remaja bawah umur."
 - Ketua Operasi AADK Nik Muhammad Nik Dir.


 #HADK2016 #SAYANGIDIRIMU


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Masalah Dadah Menular Kalangan Remaja

Lawas: Masalah penagihan dadah bukanlah perkara baru di negara ini tetapi sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Suhaimi Abdullah berkata, malangnya sebahagian anggota masyarakat  masih ada yang kurang mengambil berat mengenai perkara itu dan meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada kerajaan.

" Bagi keluarga yang terbabit dengan dadah, tiada yang lebih menyeksakan daripada kesan penagihan terutama kepada ibu bapa, anak dan sanak saudara.

" Ancaman dan keluh kesah disebabkan penagih terhadap keluarga akan menjejaskan kebahagian hidup sehingga merana" katanya ketika menghadiri Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Suhaimi berkata, AADK berdepan pelbagai cabaran untuk menangani perkara ini berikutan semakin ia menular di kalangan golongan muda.

"Situasi ini bertambah parah apabila ia turut membabitkan murid dan pelajar. Kesedaran masyarakat mengenai bahaya kesan penagihan terhadap diri, keluarga dan masyarakat perlu dipertingkatkan," katanya.

Suhaimi berkata, ketagihan dadah mampu mencetuskan kesalahan lain seperti mencuri dan menyamun seterusnya mewujudkan rantaian jenayah.

Sumber : Harian Metro 29 Februari 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Petikan akhbar NST 29 Februari2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Kerjasama Strategik AADK dan Harian Metro

     Sumber :  Harian Metro 29 Februari 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Petikan Akhbar Harian Metro 29 Februari 2016


#HADK2016 #SAYANGIDIRIMU


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Petikan Akhbar Berita Harian 29 Februari 2016



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Petikan Akhbar Utusan Malaysia 29 februari 2016


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Dadah: Ramai tak faham konsep 'halalkan' ganja




Dadah jenis ganja dan syabu yang dirampas. - Gambar hiasan
Saya tertarik dengan cadangan supaya kerajaan mengkaji semula dan meminda status pengharaman ganja diutarakan oleh Ahli Parlimen Belia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli dan kemudian disokong Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail.
Lebih menarik apabila cadangan itu mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Pengasas Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi.
Mohd Ridhwan dan Syed Rosli mendakwa ganja tidak 'dianggap sebagai dadah' oleh golongan muda. Malah ia dikata mampu memberi ketenangan serta menghilangkan stres. Mereka juga yakin langkah itu mampu mengurangkan kadar jenayah seperti yang berlaku di Belanda (di mana ganja dibenarkan) kerana bahan itu tidak menjadikan individu agresif atau hilang pertimbangan seperti dadah berbahaya lain.
Rakyat Malaysia menyambut cadangan ini dengan reaksi bercampur. Maklum balas menunjukkan ramai belum faham konsep 'menghalalkan' ganja seperti dicadangkan.
Dadah musuh nombor satu
Mungkin mereka yang mencadangkannya pun belum begitu faham rasional dan justifikasi penggunaan ganja di sesetengah negara Barat serta kesesuaian langkah sama di negara ini. Kita tidak boleh terburu-buru membuat sebarang keputusan kerana di negara Barat pun, penggunaannya masih belum menyeluruh.
Dadah adalah musuh nombor satu di Malaysia. Hingga kini, kita masih gagal mencari formula berkesan menangani isu berkaitan dengannya. Penggunaan heroin masih berleluasa. Kebelakangan ini, pasaran tempatan dibanjiri dengan pelbagai dadah sintetik. Itu belum lagi dikira  masalah penyalahgunaan 'vape', ketum dan shisha. Jadi tidak hairan kalau kerajaan enggan memberi perhatian kepada cadangan 'menghalalkan' ganja ini kerana masanya sangat tidak sesuai.
Ganja (marijuana) berasal daripada beberapa spesies tumbuhan kanabis seperti Cannabis Sativa, Cannabis Indica dan Cannabis Inderalis. Ia mengandungi lebih 460 bahan kimia. Tiga bahan utama yang memberikan kesan kepada manusia ialah 9-delta- tetrahidrocannabinoids, cannabinol dan cannabidiol.  
Tumbuhan ini mempunyai banyak aplikasi dalam perubatan tradisional, sama seperti pokok ketum. Ia diguna sebagai ubat penahan sakit, penawar demam panas dan bahan menambah selera makan. Ganja juga dikatakan berkesan bagi mengurangkan sembelit, kegelisahan, kekejangan otot dan merawat penyakit sawan.
Malangnya, ganja lebih popular di Malaysia sebagai bahan disalah guna. Penagih mengambil ganja dengan tujuan mendapat high atau euforia, menghilangkan malu atau memudahkan 'interaksi sosial' serta mengurangkan stres atau tekanan. Hakikat sebenar ialah ia tidak mengubat stres, tetapi sekadar mengaburi atau mengurangkan simptom semata-mata.
Banyak kajian menunjukkan keburukan mengambil ganja. Implikasi dan kesannya bukan sahaja dari segi ketagihan, malah pelbagai aspek. Ganja boleh menyebabkan gangguan memori jangka pendek, konsentrasi, imbangan dan koordinasi.  Kesannya ke atas sistem imunisasi manusia mengurangkan daya tahan terhadap infeksi atau jangkitan kuman. 
Kesan kepada IQ
Lebih membimbangkan ialah pengambilan ganja pada umur belasan tahun akan mengurangkan kecerdasan minda (IQ) dan meningkatkan risiko mendapat kecelaruan jiwa jenis psikotik apabila dewasa.
Kajian dijalankan di Amerika Syarikat, 95 juta rakyatnya berumur 12 tahun ke atas pernah menggunakan ganja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 10.7 peratus rakyat Kanada berumur 15 tahun ke atas dilapor menggunakan ganja dalam tempoh satu tahun lalu. Di Malaysia, ganja menduduki tempat ketiga dalam senarai penggunaan dadah paling popular selain opiat dan metamphetamin (Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan 2014). 
Jika dikaji secara mendalam, ganja sebenarnya kurang popular pada masa ini berbanding era 60-an dan 70-an. Ramai anak muda beralih kepada heroin dan dadah sintetik. Ketum mengambil alih tempat ganja sebagai 'pintu permulaan ketagihan'. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ganja kembali mendapat perhatian dunia terutama kerana keberkesanannya dalam mengubat beberapa penyakit tertentu.
Kajian di Barat termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan England, ganja didapati efektif menghilangkan rasa loya dan muntah dalam kalangan pesakit kanser, merangsang selera makan pesakit AIDS, mengurangkan ketegangan dan kesakitan pesakit sklerosis berbilang (multiple sclerosis). Ia juga dikatakan berkesan sebagai ubat penahan sakit untuk pesakit kanser terutama bila digabungkan dengan ubat penahan sakit. Terdapat juga kajian menunjukkan ganja berkesan merawat jenis sawan tertentu (Dravet Syndrome).
Atas alasan inilah, banyak negara membenarkan penggunaan ganja. Antaranya Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, England, Australia, Israel, Republik Czech dan Portugal. Apa yang jelas, pindaan undang-undang yang membenarkan penggunaan ganja bukanlah menyeluruh. Ia terhad untuk tujuan perubatan semata-mata. Dalam erti kata lain, ganja dibenarkan bukan untuk rekreasi atau untuk disalah guna.
Rawatan terhad
Di sinilah kekhilafan dan salah faham dalam kalangan mereka yang ingin melihat ganja dihalalkan di negara ini. Jika akta membabitkan ganja diubah, ia tetap tidak mengubah statusnya untuk kegunaan umum. Ganja tidak boleh ditanam secara persendirian, tetapi perlu dihasilkan dalam keadaan terkawal. Bentuk ganja digunakan untuk rawatan pula bukan daun daripada pokok ganja, sebaliknya terhad kepada ganja sintetik yang diubah kepada bentuk pil, suntikan atau semburan (aerosol) seperti digunakan beberapa negara di Eropah.
Langkah ini dibuat bagi memastikan jaminan kawalan mutu produk dihasilkan. Bahan kimia aktif daripada ganja diestrak dan bahan tidak berguna atau boleh membawa mudarat diasingkan. Oleh yang demikian, jumlah bahan aktif (dos) dibekalkan kepada pesakit boleh dikawal dan sentiasa konsisten bagi setiap pil atau semburan diperoleh.
Ia berbeza dengan penggunaan daun daripada pokok kanabis yang dipetik kerana ia masih mempunyai pelbagai bahan kimia yang boleh membawa bahaya, mempunyai dos atau kandungan bahan aktif berbeza dan mutu pengeluaran yang tidak terjamin jika ditanam dalam keadaan tidak terkawal.  
Kesimpulannya, penggunaan ganja dalam bidang perubatan masih pada peringkat kajian. Itupun terhad kepada penyakit tertentu dan dalam bentuk berbeza daripada digunakan dalam kalangan penagih. Usah terlalu ghairah memberi cadangan menghalalkannya jika belum memahami secara mendalam mengenainya.
Kepentingan umum dan kesejahteraan rakyat perlu diambil kira. Banyak lagi isu belum selesai. Mungkin lebih baik, tenaga dan masa pemimpin muda ini difokuskan ke arah membasmi dadah berbanding usaha dan cadangan menggalakkannya.

Sumber:
Dr Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud, Pakar Perunding Psikiatri & Psikologi, Kedah Medical Centre.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.








































#ganja

Kerajaan isytihar 
perang terhadap dadah


AHMAD ZAHID HAMIDI melambaikan tangan kepada orang ramai yang hadir pada Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, semalam. Turut kelihatan, Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir Khalid. BERNAMA

LAWAS 28 Feb. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengisytiharkan bahawa kerajaan akan memerangi jenayah penyalahgunaan dadah secara besar-besaran pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, tindakan tersebut berikutan kebimbangannya terhadap statistik sejumlah 26,660 orang penagih dikesan tahun lalu dengan 76.1 peratus daripadanya merupakan penagih baharu manakala selebihnya adalah penagih berulang.

“Bertambah malang apabila 73.4 peratus daripada yang dikesan itu adalah golongan muda. Penagih dadah termuda yang dikesan tahun lalu berusia tujuh tahun. Ini menyedihkan, ada ‘pelaburan’ yang dilakukan oleh pengedar dadah dengan menggunakan gula-gula (diletakkan ganja) seperti dilaporkan media, yang diberikan kepada murid sekolah.

“Harap Kementerian Pendidikan ambil perhatian selain Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan Parlimen Belia Malaysia, Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli yang memohon kerajaan memperhalusi pengharaman ganja di negara ini, kerana mendakwa ia tidak menyebabkan penghisap agresif atau hilang pertimbangan seperti mereka yang mengambil alkohol berlebihan. 

Tegas Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak boleh mengikut tanda aras digunakan negara-negara Eropah yang membenarkan penggunaan ganja untuk mengurangkan ketagihan.

“Terdapat beberapa cadangan untuk kita perhalusi penggunaan ganja supaya dapat digunakan dengan beberapa peraturan. Tetapi secara peribadi, saya rasa kita tidak boleh mengikut penanda aras beberapa negara Eropah yang mengizinkan ganja untuk mengurangkan ketagihan.

“Saya tidak setuju kerana ganja melibatkan (menyebabkan) ketagihan berulang. Cadangan itu (penggunaan ganja) saya tidak berkenan (setuju),” katanya

Ahmad Zahid memberitahu, berdasarkan kajian, penggunaan ganja tidak mengurangkan masalah penyalahgunaan dadah di negara-negara berkenaan.

“Malah, menyebabkan berlakunya ketagihan berulang dan penambahan penagih-penagih baharu. Kita ada Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya, kita akan runding bersama Pejabat Peguam Negara untuk melihat semula (akta berkenaan) berdasarkan maklum balas pelbagai pihak,” ujarnya.

Sumber : utusan.com.my   29 Februari 2016 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.








































#ganja

TPM tak setuju cadangan halal penggunaan ganja


LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi menjelaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi mengurangkan ketagihan penagih dadah. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian beberapa pihak sebelum ini mendapati langkah menghalalkan penggunaan ganja gagal mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah di negara berkenaan. 

Beliau berkata, tindakan itu menambahkan lagi jumlah penagih berulang dan penagih baharu yang membimbangkan. 

"Ada beberapa cadangan untuk memperhalusi penggunaan ganja supaya ia dapat digunakan dengan beberapa peraturan tetapi secara peribadi, saya berasakan bahawa kita tidak boleh mengikut penanda aras digunakan beberapa negara Eropah yang mengizinkan penggunaan ganja. 

"Sehubungan itu, walaupun secara rasmi cadangan itu belum ditolak tetapi secara peribadi, saya tidak begitu berkenan dengan cadangan itu," katanya pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan di Taman Awam Lawas, di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti perundangan sedia ada dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 berkaitan kesalahan penggunaan ganja. 

Katanya, kementeriannya juga akan mendapatkan maklum balas daripada badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan orang ramai berhubung perkara itu.

Sumber : bharian.com.my  28 Februari 20106


#HADK2016 #SAYANGIDIRIMU


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

































#ganja

SKUAD 1Malaysia Sukarelawan Prihatin

  #HADK2016 #SAYANGIDIRIMU



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

28 February 2016

Selamat menyambut Hari Antidadah Kebangsaan 2016













 #‎sayangidirimu‬
‪#‎ambilkisahambiltindakan‬
‪#‎HADK2016‬
‪#‎dadahkesannyamembinasakan‬
‪#‎perangidadahhabishabisan‬

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Kempen besar-besaran perangi dadah tahun ini - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan kepada warga Lawas ketika tiba untuk merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, Sarawak, hari ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/128928
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan kepada warga Lawas ketika tiba untuk merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, Sarawak, hari ini.

LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi mengumumkan tahun ini sebagai kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah berkaitan dadah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar seramai 26,660 orang pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan 282,660 penagih direkodkan seluruh negara ketika ini.

Ahmad Zahid berkata, peningkatan golongan muda termasuk murid sekolah dengan paling muda berumur tujuh tahun yang dikesan menjadi penagih dadah pada tahun lalu, memerlukan langkah baharu lebih berkesan bagi memerangi gejala itu.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, di sini, sebentar tadi.

Sumber : bharian.com.my  28 Februari 2016
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan kepada warga Lawas ketika tiba untuk merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, Sarawak, hari ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/128928
LAWAS: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi mengumumkan tahun ini sebagai kempen besar-besaran untuk memerangi jenayah berkaitan dadah. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan peningkatan jumlah penagih dadah berdaftar seramai 26,660 orang pada tahun lalu, menjadikan keseluruhan 282,660 penagih direkodkan seluruh negara ketika ini. Ahmad Zahid berkata, peningkatan golongan muda termasuk murid sekolah dengan paling muda berumur tujuh tahun yang dikesan menjadi penagih dadah pada tahun lalu, memerlukan langkah baharu lebih berkesan bagi memerangi gejala itu. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas, di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/128928

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016

Lawas, 28 Feb: Majlis sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 dengan tema 'Sayangi Dirimu' telah berlangsung dalam suasana gilang gemilang dan sangat meriah. Kehadiran dianggarkan mencecah 4 ribu pengunjung. Majlis dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Dr Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri serta diserikan dengan kehadiran YB Datuk Amar Awang Tengah B. Hj Ali Hassan serta beberapa orang menteri persekutuan.





 


 
 






 












  #HADK2016 #SAYANGIDIRIMU



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Marijuana Use Raises SUD Risk

©Shutterstock/Jan Faukner

The health impacts of marijuana are currently the subject of significant public debate. Past data have suggested a link to numerous mental health outcomes including substance use disorders (SUDs), mood disorders, and anxiety, although whether marijuana use actually causes these conditions, or just shares common contributing factors, has been difficult to specify. A new study used data on nearly 35,000 participants in two waves (2001-2002 and 2004-2005) of the longitudinal National Epidemiological Survey on Alcohol and Related Conditions, to prospectively examine associations between marijuana use and various mental health outcomes. 

Like earlier studies, unadjusted analyses of the data found marijuana use to be associated with a wide range of psychiatric disorders; but after adjusting for common underlying factors that predict marijuana use (such as age and other sociodemographic characteristics), the only associations with marijuana use that remained significant across all analyses were SUDs—including alcohol use, nicotine dependence, cannabis use disorder, and other drug use disorders.

Study

Blanco C, Hasin DS, Wall MM, et al. Cannabis Use and Risk of Psychiatric Disorders: Prospective Evidence From a US National Longitudinal StudyJAMA Psychiatry. 

Sumber :  drugabuse.gov

#HADK2016 #SAYANGIDIRIMU


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya