#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

02 February 2016

16 penagih dadah berjaya dicekup

                Pondok yang diperbuat daripada kayu dan kanvas di atas bukit di Seri Bandi ini menjadi port kepada penagih untuk melepaskan gian.

KEMAMAN – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kemaman yang menyusup masuk ke lokasi penagihan dadah di atas bukit Seri Bandi pada waktu awal pagi berjaya cekup 16 penagih dadah termasuk dua daripadanya warga Thailand dalam Ops Bukit, Rabu lalu.

Port itu menjadi tumpuan bukan sahaja kepada penagih dadah dari Seri Bandi malahan dari kawasan berdekatan seperti dari Pasir Gajah, Kijal dan Kemasik ekoran kedudukan port atas bukit itu yang strategik kerana membolehkan penagih melihat pergerakan orang yang mendekati sarang mereka.

Ketua Pegawai AADK Kemaman, Lokman Hakim Othman berkata, ekoran keadaan itu pihaknya mengatur strategi menggempur port itu bermula jam 4.30 pagi bagi mengelakkan kehadiran penguatkuasa AADK Kemaman disedari penagih.

Katanya, kesemua penagih yang dicekup dalam operasi yang berakhir pada jam 10 pagi itu berusia dalam lingkungan 21 hingga 50 tahun.

“Daripada kesemua suspek yang ditangkap, seorang daripadanya  yang menetap di Seri Bandi merupakan orang yang dikehendaki bersabit satu kes langgar syarat pengawasan di bawah Seksyen 2(f) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 kerana gagal hadir program pemulihan oleh kerajaan.

“Sehari selepas tangkapan, lelaki berusia 30-an itu dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman setahun penjara dan satu sebatan mengikut Seksyen 6(3) akta sama,” katanya.

Lokman Hakim berkata, dua penagih warganegara Thailand berusia lingkungan 20-an dan 30-an yang tidak memiliki pasport pula diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut manakala  baki 13 lagi suspek lain pula disiasat di bawah Seksyen 3 (1) APD 1983.

Menurutnya, kebanyakan mereka yang ditahan berkenaan bekerja sebagai buruh ladang sawit dan tinggal di sekitar Seri Bandi, Pasir Gajah dan Kijal.

“Port di Seri Bandi ini menjadi tumpuan ramai penagih dadah untuk melampiaskan gian mereka kerana mereka mudah melihat pergerakan pihak berkuasa.

“Walaupun, sebenarnya kita sudah banyak kali serbu port ini namun penagih masih berani membina pondok dari kayu dan kanvas untuk dijadikan tempat mereka menagih,” katanya sambil memberitahu,  dalam operasi yang dilakukan seramai 12 orang kakitangan AADK Kemaman itu, pondok itu turut dimusnahkan keseluruhannya dan kawasan itu dibersihkan sepenuhnya.

Tambahnya, pihaknya akan terus memantau kesemua port dadah yang sudah dimusnahkan di sekitar Kemaman bagi memastikan kawasan sama tidak lagi menjadi sarang penagihan dadah.

Sumber: Sinar Harian
  Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya