#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

18 February 2016

Coklat khayal dari Dubai

 CHIK Omar (tengah) menunjukkan antara ketulan dadah yang dirampas.

Sepang: Cubaan seorang wanita warga Afrika Selatan mengelirukan pihak berkuasa dengan menyorok dadah jenis kokain bernilai RM622,000 dalam tin berisi coklat gagal apabila diberkas anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Ahad lalu.

Dalam serbuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, suspek berusia 28 tahun itu baru tiba di Malaysia dari Dubai sebelum diberkas di ruang menunggu Balai Pelepasan ketika menunggu penerbangan seterusnya ke Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, tangkapan dibuat selepas pemeriksaan ke atas bagasi suspek berjaya menemui sembilan tin berisi coklat, dengan empat daripadanya diisi 166 ketulan kokain yang dibungkus menyerupai bungkusan coklat.

Beliau berkata, setiap ketulan dadah itu dibungkus dan diletakkan bersama bungkusan coklat dengan setiap ketulan seberat kira-kira 15 gram.

“Keseluruhan dadah dirampas adalah seberat 3.11 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM622,000.

“Siasatan awal mendapati, suspek pertama kali tiba di Malaysia malah, siasatan mendapati suspek juga adalah keldai dadah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari berakhir Sabtu ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Chik Omar berkata, ketika disoal siasat, suspek mendakwa ingin ke Kota Bharu, Kelantan kerana melancong namun, pihaknya percaya dadah berkenaan sepatutnya diserahkan kepada sindiket tempatan untuk diedarkan.

Menurutnya, penahanan dan rampasan berkenaan adalah hasil risikan, pemantauan dan perkongsian maklumat secara kerjasama dengan pihak berkuasa negara lain.

Dalam pada itu, Chik Omar berkata, pihaknya berjaya menahan 20 individu berkaitan kes dadah dengan jumlah keseluruhan dadah seberat 120.471 kg dengan nilai RM22.3 juta sepanjang tahun lalu.

Selain itu, katanya, pihaknya menyeru orang ramai supaya memberi kerjasama kepada JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah selain rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.

Sumber : Harian Metro 18 Februari 2016

 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya