#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

29 February 2016

Masalah Dadah Menular Kalangan Remaja

Lawas: Masalah penagihan dadah bukanlah perkara baru di negara ini tetapi sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Suhaimi Abdullah berkata, malangnya sebahagian anggota masyarakat  masih ada yang kurang mengambil berat mengenai perkara itu dan meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada kerajaan.

" Bagi keluarga yang terbabit dengan dadah, tiada yang lebih menyeksakan daripada kesan penagihan terutama kepada ibu bapa, anak dan sanak saudara.

" Ancaman dan keluh kesah disebabkan penagih terhadap keluarga akan menjejaskan kebahagian hidup sehingga merana" katanya ketika menghadiri Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 di Taman Awam Lawas di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mewakili Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Suhaimi berkata, AADK berdepan pelbagai cabaran untuk menangani perkara ini berikutan semakin ia menular di kalangan golongan muda.

"Situasi ini bertambah parah apabila ia turut membabitkan murid dan pelajar. Kesedaran masyarakat mengenai bahaya kesan penagihan terhadap diri, keluarga dan masyarakat perlu dipertingkatkan," katanya.

Suhaimi berkata, ketagihan dadah mampu mencetuskan kesalahan lain seperti mencuri dan menyamun seterusnya mewujudkan rantaian jenayah.

Sumber : Harian Metro 29 Februari 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya